Loading Property Genie

22 Pilihan Warna Cat Rumah Nampak Luas dan Sejuk

HOME RENOVATION

Written by Fazrina Fezili

Bila tiba masa untuk menghias rumah, salah satu perkara paling penting yang selalu orang tak perasan ialah pemilihan warna cat. Nampak macam perkara kecil, tapi sebenarnya warna cat boleh ubah seluruh suasana ruang. Warna cat dinding bukan sahaja mempengaruhi mood dan emosi, tapi juga mampu membuat ruang nampak lebih luas, cerah, atau sejuk. Untuk anda yang sedang mencari warna rumah terkini atau ingin membuat perubahan warna supaya nampak warna rumah moden dan warna rumah cantik, artikel ini sesuai untuk membantu anda.

Ada warna yang buat kita rasa tenang, ada yang buat kita rasa bertenaga, dan ada juga yang buat ruang rasa lebih lega dan nyaman. Memilih warna cat ni memang kadang-kadang boleh buat kita pening, sebab bila dah sampai kedai cat, ada beratus pilihan warna. Jangan risau! Di sini kami akan kongsikan beberapa pilihan warna cat dalam rumah terkini yang

22 Warna Rumah dengan Kombinasi Menarik

Berikut adalah beberapa kombinasi warna cat rumah yang boleh anda cuba untuk mencipta suasana yang moden, luas, sejuk, dan warna rumah cantik dalam rumah:

1. Warna Putih & Kelabu Muda (White & Light Grey)

kombinasi warna cat rumah

Kombinasi warna putih dan kelabu muda adalah pilihan klasik untuk rumah yang ingin nampak moden dan luas. Putih akan memantulkan cahaya dan membuat ruang nampak lebih besar, manakala kelabu muda memberi sentuhan elegan. Kombinasi ini sangat sesuai untuk ruang tamu atau ruang makan, di mana anda mahu ruang nampak lapang dan sophisticated. Ini juga sesuai jika anda mencari warna cat dalam rumah nampak luas dan elegan.

2. Biru Langit & Putih (Sky Blue & White)

kombinasi warna cat rumah

Kalau anda suka suasana tenang dan sejuk, gabungkan biru langit dengan putih. Biru langit ala warna pastel membawa aura segar dan menenangkan, manakala putih memberikan ilusi ruang yang luas. Kombinasi warna pastel ini sesuai untuk bilik tidur atau ruang tamu yang ingin tampil lebih relaks dan sesuai jika anda mencari warna cat dalam rumah yang sejuk.

3. Beige & Sage Green 

kombinasi warna cat rumah

Beige dan sage green adalah kombinasi warna yang natural dan menyegarkan. Beige memberikan kesan hangat dan cozy, manakala sage green menambahkan sentuhan segar dan semula jadi. Kombinasi ini sangat sesuai untuk ruang tamu atau dapur, terutamanya jika anda mahu ruang rasa lebih lapang dan dekat dengan alam.

4. Kelabu & Kuning

kombinasi warna cat rumah

Untuk gaya warna rumah moden yang berani tapi tetap sejuk, cuba kombinasi kelabu dengan kuning . Kelabu memberikan kesan elegan dan minimalis, sementara warna kuning menambah keceriaan tanpa berlebihan. Kombinasi ini sesuai untuk bilik anak-anak atau ruang kerja yang memerlukan tenaga positif.

5. Putih & Coklat Kayu (Off white & Brown)

kombinasi warna cat rumah

Jika anda suka gaya yang lebih natural tapi tetap nampak luas, gabungkan warna putih dengan coklat kayu. Putih akan buat ruang nampak terang, manakala coklat kayu menambahkan kesan hangat dan earthy. Kombinasi ini sangat sesuai untuk ruang tamu, ruang makan, atau bilik tidur yang ingin tampil cozy dan nyaman. Kombinasi ini juga adalah warna cat dalam rumah terkini yang sering digunakan untuk rumah berkonsepkan minimalis.

6. Hijau Pucat & Kelabu Muda (Dark Green & Grey)

kombinasi warna cat rumah

Warna hijau pucat dan kelabu muda mencipta suasana sejuk dan moden. Hijau pucat memberi kesegaran, sementara kelabu muda memberikan kesan elegan. Gabungan ini sangat sesuai untuk ruang yang ingin kelihatan lebih lapang dan tenang, seperti ruang tamu atau pejabat rumah. Jika anda mencari kombinasi warna cat dalam rumah yang sejuk dan lapang, ini adalah pilihan yang tepat.

7. Putih & Biru Navy

kombinasi warna cat rumah

Untuk gaya elegan tapi tetap terasa sejuk, gabungan warna putih dan biru navy adalah pilihan yang tepat. Putih akan membuka ruang, sementara warna biru navy menambahkan sentuhan mewah tanpa membuat ruangan terasa sempit. Kombinasi ini sangat sesuai untuk ruang tamu atau bilik tidur yang ingin nampak classy dan modern.

8. Kelabu & Putih Tulang

kombinasi warna cat rumah

Kombinasi warna gelap dan cerah seperti kelabu dan putih tulang menciptakan suasana moden yang tenang. Kelabu memberi kedalaman pada ruangan, sementara putih tulang mencerahkan dan membuat ruang nampak lebih besar. Kombinasi ini sangat sesuai untuk dapur atau ruang tamu yang ingin tampil minimalis tetapi tetap hangat.

9. Coklat Muda & Krem (Brown and Cream)

kombinasi warna cat rumah

Untuk tampilan yang cozy dan alami, gabungkan coklat muda dengan cream. Warna cerah seperti cream membantu ruang terasa lebih terang dan luas, sementara coklat muda memberikan suasana yang hangat dan earthy. Kombinasi ini sesuai untuk ruang makan atau ruang tamu yang ingin tampil natural tapi tetap nyaman. Kombinasi ini juga sesuai untuk menambahkan rumah nampak luas.

10. Hijau Zaitun & Putih (Olive & White)

kombinasi warna cat rumah

Warna hijau zaitun dan putih untuk kombinasi yang menyegarkan dan menenangkan. Hijau zaitun membawa suasana alam semula jadi, sementara putih mencerahkan ruangan. Kombinasi ini sesuai untuk bilik tidur atau dapur, mencipta suasana yang sejuk dan nyaman, terutama jika anda suka dengan suasana yang lebih earthy.

11. Biru Muda & Beige (Light Blue & Beige)

kombinasi warna cat rumah

Jika anda ingin suasana yang ceria tetapi tetap sejuk, cuba gabungkan biru muda dengan beige. Biru muda memberikan kesan segar dan lapang, sementara beige menambahkan kehangatan. Kombinasi ini sangat sesuai untuk bilik tidur anak atau ruang tamu, di mana anda ingin suasana yang rileks tapi tetap stylish. Ini adalah antara warna cat rumah terkini yang sering dipilih untuk rumah moden.

Dengan memilih warna cat dalam rumah yang sesuai, anda bukan sahaja boleh mencipta ruang yang cantik tetapi memberikan kesan luas dan sejuk. Kombinasi warna cat yang sesuai dalam rumah ini membantu mewujudkan suasana yang lebih nyaman dan moden, sesuai untuk rumah idaman anda. Pastikan anda menggunakan kombinasi warna rumah yang selaras dengan gaya dan citarasa anda agar rumah sentiasa terasa nyaman dan menarik.

 

Artikle Lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

warna rumah terkini

warna rumah cantik

warna cat dalam rumah

warna rumah

warna cat dalam rumah terkini

warna rumah moden

warna cat rumah terkini

kombinasi warna cat rumah

warna cat dalam rumah nampak luas

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More