Loading Property Genie

3 Projek Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A Harga RM110K

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Kerajaan Negeri Sembilan kini membuka peluang kepada warga negeri ini untuk memiliki Rumah Mampu Milik Jenis A. Permohonan ini terbuka kepada individu atau keluarga yang memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Jika anda sedang mencari rumah pertama dengan harga berpatutan dan lokasi yang strategik, inilah masanya!

Syarat Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A

Untuk memastikan anda layak memohon, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Status Berkahwin: Pemohon mesti sudah berkahwin.
  • Pendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM4,500 Sebulan: Pendapatan gabungan suami dan isteri tidak boleh melebihi RM4,500.
  • Menetap di Daerah Seremban: Pemohon dan pasangan perlu tinggal dan bekerja di daerah Seremban.
  • Tiada Pemilikan Rumah atau Tanah: Pemohon dan pasangan tidak boleh mempunyai rumah atau tanah atas nama sendiri.

Jika anda tidak memenuhi mana-mana syarat di atas, mohon maaf, permohonan anda tidak akan diterima. Pastikan semua syarat dipatuhi sebelum memohon!

Cara Mohon Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A

  • Hanya SATU (1) borang permohonan sahaja DITERIMA bagi SEISI RUMAH (SUAMI dan ISTERI).
  • Hanya SATU (1) alamat emel sahaja DITERIMA bagi setiap SATU (1) permohonan. Permohonan akan DITOLAK sekiranya SATU (1) alamat emel digunakan bagi 2 atau lebih permohonan.
  • Permohonan akan DITOLAK sekiranya didapati kedua-duanya (SUAMI dan ISTERI) membuat permohonan.
  • Pendapatan KASAR isi rumah tidak melebihi RM3,500.00 sebulan.
  • PEMOHON adalah wajib mempunyai PENDAPATAN dan BEKERJA.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam Daerah Seremban serta telah berkahwin.
  • Keutamaan kepada pemohon yang BELUM MEMILIKI RUMAH atau TANAH.
  • Pemohon / Penyewa PPR Bersepadu Senawang, Rumah Pangsa Senawang 1, Rumah Pangsa Tun. Dr. Ismail (Templer) dan Rumah Pangsa Wisma Sentosa, Kuala Pilah yang ingin memohon hendaklah memastikan tiada TUNGGAKAN sewa rumah. Permohonan akan DITOLAK sekiranya mempunyai tunggakan sewa.
  • Sila hantar dokumen di Bahagian A ke alamat emel rmmlamansendayan@gmail.com bagi melengkapkan permohonan. Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, dokumen tidak lengkap, kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca serta tidak mematuhi ketetapan akan DITOLAK
  • PERMOHONAN YANG LENGKAP ADALAH BERMAKSUD PEMOHON MENGISI BORANG DAN MENGHANTAR DOKUMEN SOKONGAN KE ALAMAT EMEL YANG TELAH DITETAPKAN.
  • Sila pastikan semua maklumat adalah BETUL dan TEPAT sebelum klik 'HANTAR'

Dokumen Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A Yang Diperlukan

  1.  Salinan Kad Pengenalan Pemohon (WAJIB)
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan ATAU Salinan Sijil Kematian Pasangan (WAJIB - KECUALI Bujang)
  3. Salinan Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) Pemohon - jika berkaitan
  4. Salinan Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) Pasangan - jika berkaitan
  5. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (WAJIB)
  6. Salinan Sijil Kelahiran Pasangan (WAJIB - KECUALI Bujang)
  7. Salinan Slip Gaji Pemohon Terkini (3 Bulan Terkini) ATAU Salinan Surat Tawaran dari Majikan (sekiranya slip gaji tidak mencukupi 3 bulan dan baru bekerja di bawah tempoh 3 bulan (WAJIB)
  8. Salinan Slip Gaji Pasangan Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB - KECUALI Bujang)
  9. Salinan Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan / Salinan Surat Perintah Mahkamah (Proses Cerai) / Surat Akuan Sumpah (Perkahwinan tidak berdaftar dengan JPN) - (WAJIB - KECUALI Bujang)
  10. Surat Akuan Sumpah (Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan) Bekerja Sendiri / Pendapatan Tidak Tetap / Tidak Mempunyai Slip Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah ( WAJIB - KECUALI pemohon atau pasangan yang mempunyai Slip Gaji)
  11. Salinan Kad Pesara dan Penyata Bayaran Tahunan Pesara Terkini - (WAJIB BAGI PESARA)

Lokasi Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A yang Tersedia

Taman Nusa Seri Cengal 2 & 3, Mantin, Daerah Seremban

Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan

  • Harga Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A RM110,000
  • Projek ini terletak di Mantin, sesuai untuk mereka yang bekerja atau tinggal di sekitar Seremban.

Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan

Taman Shorea Hartamas, Pasir Panjang, Port Dickson

Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan

  • Harga Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A RM110,000
  • Lokasinya yang terletak di Pasir Panjang, PD, menawarkan suasana yang lebih tenang dan damai untuk didiami.

Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan

Taman Arowana, Lenggeng, Daerah Seremban

Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan

  • Harga Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A RM110,000
  • Terletak di Lenggeng, kawasan ini terkenal dengan persekitarannya yang tenang dan mesra keluarga.

Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan

Jika anda berminat untuk memiliki Rumah Mampu Milik Jenis A ini, jangan lepaskan peluang ini! Pastikan anda memenuhi syarat yang ditetapkan dan segera buat permohonan. Ini adalah peluang terbaik untuk memiliki rumah pertama dengan harga yang berpatutan di Negeri Sembilan.

Artikel lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan

Permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A

Rumah Mampu Milik Seremban

Rumah Mampu Milik Mantin

Cara Mohon Rumah Mampu Milik

Syarat Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan

Rumah Mampu Milik 2024

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More