Loading Property Genie

5 Konsep Bilik Tidur Untuk Dijadikan Inspirasi

HOME RENOVATION

Written by Fazrina Fezili

Mempunyai bilik tidur atau ruang tidur yang selesa sudah menjadi keutamaan buat semua orang. Tambahan lagi, bilik tidur adalah satu-satunya ruang yang kerap digunakan untuk merehatkan diri, menhilangkan stress dan menjadi ruang pribadi untuk semua orang. Jadi tak peliklah kalau kita berikan perhatian yang lebih dalam menghiasi bilik tidur yang sedia ada itu atas tujuan keselesaan diri.

Jadi dalam artikel ini, kami ingin berikan beberapa Idea atau tema yang boleh anda guna sebagai inspirasi sebelum mulakan kerja-kerja dekorasi. Bila dah ada yang berkenan di mata barulah boleh ubah bilik tidur menjadi syurga duniawi anda!

 

5 Design Bilik Tidur Sebagai Inspirasi

 

5 Design Bilik Tidur Sebagai Inspirasi

1) Minimalis

 

Design Bilik Tidur Sebagai Inspirasi - MINIMALIS

 

Konsep minimalis bersifat praktikal dan simentri yang merujuk kepada elemen ringkas serta moden. Konsep minimalis bukan sahaja menepati trend terkini generasi muda, bahkan ia mampu mengurangkan kos dekorasi dengan rekaan perabot lebih ringkas tetapi kekal menarik.

Gaya Minimalis menggunaan perabot yang sedikit agar rumah sentiasa nampak kemas dan tidak sarat. Dari segi warna pula, konsep ini banyak beri tumpuan kepada gabungan warna seperti putih, coklat cair atau beige atau earth tone. Tekstur perabot tidak perlu terlalu terperinci tetapi lebih kepada ringkas.

 

2) Warna Pastel

 

Design Bilik Tidur Sebagai Inspirasipastel

 

Konsep warna Pastel ini merujuk kepada jenis warna yang menuju ke arah warna muda dari jenis warna asasnya. Selain itu, ia juga boleh bermaksud warna yang cerah. Sebagai contoh, apabila kita mencampurkan warna hijau asas dengan warna putih, ia akan bertukar menjadi warna hijau muda, begitu juga dengan warna-warna lain. Antara ciri warna pastel ialah ianya mempunyai warna yang lembut.

 

3) Kontemporari

 

Design Bilik Tidur Sebagai Inspirasi kotemporari

 

Gaya moden kontemporari antara konsep dekorasi yang menyerlahkan keunikan tersendiri.Selain memanfaatkan keluasan ruang kediaman yang ringkas ia masih tampak kemas dan menarik. 

  • Pemilihan warna asas putih dan hitam, elemen warna bumi sebagai gabungan sekunder dan warna tertier yang dramatik.
  • Reka bentuk perabot yang ringkas tanpa design yang sarat dengan pemilihan elemen warna yang bersesuaian konsep.
  • Gunakan perabut atau hiasan yang ada material besi, kaca, cermin dan kayu untuk menonjolkan konsep kontemporari.

 

4) Klasik Moden

 

Design Bilik Tidur Sebagai Inspirasi klasik moden

 

Konsep Klasik Moden adalah gabungan gaya klasik rumah ala Inggeris klasik yang menggunakan wainscoting dan warna keemasan dengan gaya moden seperti hiasan abstrak, lantai kayu atau vinyl, serta lantai karpet.  Konsep Klasik Moden ini buatkan bilik tidur anda akan tampil fleksibel dan unik serta boleh melambangkan personaliti anda. 

Gaya Klasik Moden memfokuskan pada gabungan warna yang elegant, tekstur pada perabot, kualiti dan reka bentuk. Anda perlu elakkan perincian keterlaluan dan serabut.

 

5) Bohemian

 

Design Bilik Tidur Sebagai Inspirasi bohemian

 

Konsep Bohemian atau 'boho' ini diperkenalkan pada abad ke-19 di Perancis, biasanya dikaitkan dengan gaya hidup kreatif yang tidak terikat dengan peraturan menghias. Walaumacam manapun, ini adalah bebeapa tips yang buatkan boho 'style' anda tampak lebih menarik.

  • Guna tumbuhan hijau: Tumbuhan hijau berikan impak warna dalam dekorasi dan elemen alam menjadi timbuhan ini sebahagian konsep bohemian.
  • Perabut ala klasik: Gunakan perabot yang diperbuat daripada rotan serta buluh dan perabot jenis ini mudah dipadankan dengan pelbagai warna.
  • Warna: Lebih banyak warna lebih baik kerana konsep bohemian ini tiada limit warna atau kombinasi warna yang boleh digunakan untuk sesuatu ruang.

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

deco bilik tidur aesthetic

deco bilik tidur simple diy

idea deco bilik tidur

deco bilik tidur minimalis

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!