Loading Property Genie

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

HOME RENOVATION

Written by Fazrina Fezili

Rumah selebriti sering menjadi inspirasi, bukan sahaja kerana mereka terkenal, tetapi juga kerana cita rasa unik dalam memilih konsep dan dekorasi rumah mereka. Di Malaysia, beberapa artis telah menunjukkan rumah mereka dengan gaya yang berbeza-beza, dari konsep minimalis hingga kemewahan yang tiada tandingannya. Jom kita lihat 9 design rumah artis yang boleh menjadi inspirasi untuk rumah idaman anda!

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

1. Rumah Dato Aliff Shukri, Aliff Syukri Palace, Kota Damansara

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

Siapa yang tak kenal dengan Dato Aliff Shukri? Jutawan ini membina sebuah rumah bak istana yang diberi nama “Aliff Syukri Palace” di Kota Damansara. Dengan keluasan 400,000 kaki persegi (lebih kurang 1 ekar), rumah ini memang layak digelar istana. Menggabungkan konsep Royal Modern Classic, rumah ini mempunyai 30 bilik termasuk gimnasium, surau, bilik kebal, dan rumah untuk kucing kesayangannya, Dobi.

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

Setiap sudut rumah ini dipenuhi dengan kemewahan, menjadikannya inspirasi untuk mereka yang inginkan gaya hidup yang serba lengkap dan mewah.

2. Rumah Nabila Razali, Minimalis dan Serba Putih, Rawang

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

Sumber: Tiktok Nabila Razali

Jika anda penggemar gaya minimalis, rumah penyanyi popular Nabila Razali di Rawang pastinya menjadi inspirasi utama. Banglo dua tingkat ini mengangkat konsep minimalis dengan tema serba putih. Warna putih yang mendominasi bukan sahaja memberikan rasa lapang dan bersih, tetapi juga memancarkan aura ketenangan yang sesuai untuk mereka yang menghargai kesederhanaan dan ketenangan dalam kehidupan seharian.

Setiap sudut rumah ini tersusun rapi, tanpa banyak perabot atau hiasan yang berlebihan, tetapi tetap kelihatan mewah dan elegan. Ini adalah inspirasi sempurna untuk mereka yang ingin mencipta rumah yang simple tetapi tetap stylish.

3. Rumah Datuk Aznil Haji Nawawi, Dekorasi Ala Marakesh

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

Sumber: Datuk Aznil Haji Nawawi

Datuk Aznil Haji Nawawi, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, memilih dekorasi ala Marakesh untuk rumahnya. Gaya ini membawa nuansa eksotik dari Maghribi, dengan penggunaan warna-warna hangat, tekstur yang kaya, dan perincian yang unik. Rumah Pak Nil adalah inspirasi terbaik untuk mereka yangsukakan elemen budaya dalam dekorasi rumah.

4. Rumah Dato’ Seri Vida, Ipoh

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

Dato’ Seri Vida memang terkenal dengan gaya hidup mewahnya, dan rumahnya di Ipoh, Perak adalah bukti nyata. Bernilai RM20 juta, rumah ini mempunyai 11 bilik dan dilengkapi dengan lif,surau dan banyak lagi. Gaya dekorasi rumah ini mencerminkan personaliti yang ceria oleh Dato’ Seri Vida, penuh dengan elemen kemewahan yang tiada tandingannya. 

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

Sumber: Dato' Seri Vida

Dari lampu kristal yang bergemerlapan hingga perabot mewah yang tersusun rapi, rumah ini benar-benar mencerminkan gaya hidup yang penuh dengan kemewahan dan keanggunan. Rumah ini adalah inspirasi utama untuk mereka yang bermimpi memiliki rumah yang mewah, di mana setiap inci ruang dipenuhi dengan keindahan dan prestij.

5. Rumah Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Mewah dan Eksklusif Bak Hotel

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

Pasangan selebriti yang sangat popular ini telah mencipta sebuah kediaman yang menyerupai kemewahan hotel lima bintang. Dengan warna-warna cerah dan hiasan dinding wainscoting, rumah ini memberikan rasa elegan dan eksklusif. 

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

Rumah ini adalah pilihan inspirasi untuk mereka yang inginkan pengalaman yang serupa dengan tinggal di hotel mewah setiap hari, tanpa perlu meninggalkan rumah sendiri.

6. Rumah Janna Nick, Djannahome di Armanee Terrace, Damansara Perdana

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

Sumber: Impiana

Janna Nick telah memilih untuk menetap di sebuah kondominium di Armanee Terrace, Damansara Perdana, yang beliau gelarkan sebagai Djannahome. Janna berjaya mencipta suasana cozy yang selesa. Dengan sentuhan peribadi dalam hiasan dan susun atur, rumah ini menjadi inspirasi ideal untuk mereka yang tinggal di apartmen atau kondominium tetapi masih mahukan sentuhan unik dan personal.

7. Rumah Datuk Nora Ariffin, Mewah, Selesa dan Minimalis

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

Datuk Nora Ariffin, seorang penyanyi terkenal, memilih gaya yang menggabungkan kemewahan dengan kesederhanaan untuk rumahnya.

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

Sumber: Instagram Datuk Nora Ariffin

Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin, menetapkan gaya mewah tetapi selesa dan minimalis untuk rumahnya. Perabot berwarna cerah dipilih untuk mencipta suasana yang tenang dan nyaman, namun tetap mempunyai elemen kemewahan yang subtle. Rumah ini adalah inspirasi untuk mereka yang menghargai keselesaan dalam kemewahan.

8. Rumah Michelle Yeoh, Minimalis dengan ala English Style

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

Sumber: Financial Times

Rumah Michelle Yeoh menonjolkan gaya minimalis yang digabungkan dengan sentuhan English style yang klasik. Rumah ini adalah manifestasi sempurna keseimbangan antara keanggunan dan kesederhanaan. Dengan perabot yang klasik tetapi tidak berlebihan, rumah ini memberi inspirasi untuk mereka yang ingin mempunyai rumah yang bergaya tetapi praktikal.

9. Rumah Neelofa, Moden dan Kontemporari

9 Design Rumah Artis Sebagai Inspirasi di Malaysia

Sumber: Instagram neelofa

Neelofa, seorang ikon fesyen dan selebriti terkenal, memilih konsep moden dan kontemporari untuk rumahnya. Dengan reka bentuk yang bersih dan penggunaan teknologi terkini, rumah Neelofa adalah contoh bagaimana tradisi dan inovasi boleh digabungkan dalam reka bentuk rumah.

Setiap rumah selebriti ini mencerminkan gaya hidup dan personaliti mereka yang unik. Dari kemewahan istana Aliff Syukri hingga kesederhanaan minimalis Nabila Razali, terdapat banyak inspirasi yang boleh diambil untuk menghiasi rumah anda sendiri. Sesuaikan dengan citarasa dan keperluan anda, dan jadikan rumah anda satu tempat yang penuh dengan keindahan dan keselesaan.

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Rumah Dato Aliff Shukri

Rumah Nabila Razali

Rumah Datuk Aznil Haji Nawawi

Rumah Dato’ Seri Vida

Rumah Hairul Azreen dan Hanis Zalikha

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More