Loading Property Genie

9 Tempat Menarik di Shah Alam Wajib Pergi 2024

FOODS & TRAVELS

Written by Fazrina Fezili

Shah Alam, ibu negeri Selangor, memang tak pernah mengecewakan bila bercakap tentang tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Bandar ini menawarkan pelbagai aktiviti seronok, pemandangan cantik, dan tempat-tempat unik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Jom kita tengok sembilan tempat menarik di Shah Alam yang anda wajib lawati!

9 Tempat Menarik Shah Alam

1. Wet World Water Park Shah Alam

9 Tempat Menarik Shah Alam

Wet World Water Park Shah Alam adalah tempat menarik di Shah Alam yang wajib anda cuba jika mempunyai anak kecil! Taman tema air ini menawarkan pelbagai permainan air yang menyeronokkan seperti gelongsor air, kolam ombak, dan taman permainan air yang interaktif.

Taman tema ini direka khas untuk keselesaan dan keselamatan kanak-kanak, dengan kolam cetek yang membolehkan mereka bermain air dengan selamat. Wet World Water Park Shah Alam bukan sahaja tempat untuk berhibur, tetapi juga tempat untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Alamat: 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

2. Laman Seni Shah Alam

9 Tempat Menarik Shah Alam

Sumber: Hole Daze

Kalau anda suka seni dan fotografi, Laman Seni Shah Alam adalah tempat yang mesti anda singgah. Di sini, dinding-dinding bangunan dihiasi dengan mural yang cantik dan kreatif. Setiap sudut adalah peluang untuk bergambar. Malahan ada juga lukisan yang nampak realistic.

Selain itu, ada juga acara seni dan budaya yang sering diadakan di sini. Memang tempat yang "Instagrammable" dan sesuai untuk bergambar dijadikan kenangan.

Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

3. i-City Shah Alam

9 Tempat Menarik Shah Alam

i-City Shah Alam terkenal dengan pelbagai aktiviti menarik. Anda boleh masuk ke Snowalk, taman salji dalam bangunan dan menikmati suasana musim sejuk dengan suhu bawah 8 darjah Celsius yang buat anda rasa macam di kutub utara.

Kemudian, jalan-jalan di City of Digital Lights dan nikmati keindahan lampu LED yang berwarna-warni. Ada juga taman tema air dan pusat membeli-belah yang lengkap. Memang syurga hiburan!

i-City Shah Alam juga boleh dikira sebagai salah satu tempat menarik Shah Alam waktu malam. Dengan tarikan lampu LED berwarna warni di sepanjang jalan i-City Shah Alam ini.

Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

4. Setia Eco Park

Tempat Menarik Shah Alam

Setia Eco Park menawarkan pengalaman yang luar biasa dengan air pancut yang memukau di tengah tasik, dikelilingi oleh deretan kedai yang berkilauan di waktu malam, serta pemandangan yang menenangkan mata.

Setia Eco Park juga menyediakan pelbagai kemudahan sukan, jadi anda boleh memilih untuk bermain tenis, bola keranjang, atau menyertai kelas yoga di premis yang disediakan.

Malah terdapat pelbagai pilihan makanan yang pasti memuaskan selera anda. Dari masakan Barat yang klasik hingga ke hidangan fusion yang menggabungkan rasa tempatan dan western. Tempat ini sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Alamat: Setia Eco Park, Jalan Setia Nusantara U13/17, Setia Alam, Seksyen U13, Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia

5. Setia Alam Community Trail Head

Tempat Menarik Shah Alam

Jika anda seorang yang suka aktiviti luar, Setia Alam Community Trail Head adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Antara aktiviti di Setia Alam Community Trail Head adalah mendaki, larian denai, dan merentas hutan. Laluan denai sepanjang 6.9 km di sini menawarkan pengalaman yang mencabar namun memuaskan, merentasi hutan hujan tanah rendah primer dan sekunder. 

Alamat: Jalan Setia Duta U13/23a, Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor

6. Mudtrekker Paintball Park

Tempat Menarik Shah Alam

Untuk pengalaman yang mencabar dan penuh aksi, Mudtrekker Paintball Park adalah tempat yang tepat. Di sini, anda boleh beraksi dalam permainan paintball yang mendebarkan.

Medan permainan yang direka khas memberikan pengalaman berperang yang realistik dan menyeronokkan. Sesuai untuk outing bersama kawan-kawan atau keluarga.

Alamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor

7. Shah Alam Extreme Park (SAEP)

Tempat Menarik Shah Alam

Sumber: heartpatrick.com

SAEP adalah destinasi utama untuk penggemar sukan ekstrem. Dari skateboard, BMX, hingga wall climbing, semuanya ada di sini. Dengan kemudahan yang lengkap dan suasana yang mencabar, tempat ini adalah surga bagi mereka yang suka aktiviti yang mencabar dan lasak. 

Tempat menarik Shah Alam ini sangat sesuai untuk anda yang suka mencabar diri dan menghilangkan stress dengan melakukan aktiviti lasak.

Alamat: Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

8. Bukit Jelutong Eco Community Park

Tempat Menarik Shah Alam

Bukit Jelutong Eco Community Park adalah tempat yang tenang dan cantik, sesuai untuk mereka yang ingin bersantai. Laluan berjalan kaki dan berbasikal di sini dikelilingi oleh kehijauan yang subur.

Tempat ini juga ideal untuk berkelahmemberi makan haiwan, memancing, mendaki di laluan khas, berbasikal mengelilingi taman. dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Alamat: Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

9. Elmina Valley Park

Tempat Menarik Shah Alam

Elmina Valley Park adalah satu lagi destinasi menarik yang menawarkan pemandangan indah dan kemudahan rekreasi yang lengkap. Dengan tasik yang cantik, laluan berjalan kaki, dan kawasan bermain kanak-kanak, tempat ini sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti berbasikal, berlari, atau sekadar bersantai.

Tempat ini memang jadi kegemaran penduduk tempatan dengan pemandangan cantik dan banyak spot menarik untuk bergambar, seperti laluan pelangi yang berwarna-warni dan ‘Elmina Iconic Bridge’ yang unik di Elmina Valley Park.  

Alamat: Elmina Valley 3, 176, Jln Metafasa U16/3, Shah Alam, Selangor.

 

Shah Alam memang penuh dengan tempat-tempat menarik yang boleh diterokai. Dari aktiviti lasak hingga tempat santai, semuanya ada di sini. Bawa keluarga dan rakan-rakan anda untuk menikmati hari yang penuh menyeronokkan di Shah Alam.

Artikel lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Tempat Menarik di Shah Alam

tempat lepak shah alam waktu malam

tempat menarik shah alam

shah alam tempat menarik

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More