Loading Property Genie

Cara Mohon Pindahan Dan Pengeluaran Akaun Fleksibel (Akaun 3) KWSP 2024

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Pada 12 Mei 2024 yang lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan penstrukturan semula akaun ahli. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan kewangan selepas persaraan dan memenuhi keperluan hidup ahli sepanjang hayat.

Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Dalam penstrukturan ini, akaun ahli akan diubah dari dua akaun (Akaun 1 dan Akaun 2) kepada tiga akaun baru, iaitu:

  • Akaun Persaraan (75%): Akaun ini dikhususkan untuk pengumpulan simpanan bagi pendapatan semasa persaraan.
  • Akaun Sejahtera (15%): Akaun ini bertujuan untuk menangani keperluan sepanjang hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.
  • Akaun Fleksibel (10%): Akaun baru ini menawarkan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.
Baca disini untuk info lanjut KWSP Akaun 3

Cara Membuat Pemindahan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel

Berikut adalah langkah-langkah untuk memindahkan dana dari Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3):

1. Log masuk ke I-Akaun.


Cara buat Pindahan ke akaun fleksibel ( akaun 3 )

2. Pada laman utama, klik "Ketahui Lanjut" di bahagian atas kiri.

Cara buat Pindahan ke akaun fleksibel ( akaun 3 )

3. Baca penerangan yang diberikan sebelum memindahkan dana

Cara buat Pindahan ke akaun fleksibel ( akaun 3 )

Peringatan Penting: Anda hanya boleh membuat pemindahan sekali sahaja sebelum 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk tidak memindahkan sebarang amaun.

4. Klik "Teruskan" untuk melihat jumlah sebelum dan selepas pemindahan.

Cara buat Pindahan ke akaun fleksibel ( akaun 3 )

5. Klik "Teruskan" jika bersetuju dengan jumlah dan memahami terma dan syarat.

Cara buat Pindahan ke akaun fleksibel ( akaun 3 )

6. Klik "Terima" pada Perakuan Ahli.

Cara buat Pindahan ke akaun fleksibel ( akaun 3 )

7. Klik "Ya" jika pasti dengan pilihan anda.

Cara buat Pindahan ke akaun fleksibel ( akaun 3 )

8. Paparan dibawah akan muncul menunjukkan pilihan pindahan anda sedang diproses.

Cara buat Pindahan ke akaun fleksibel ( akaun 3 )

Pemindahan akan diluluskan dalam 3-5 hari bekerja. Sila buat semakan I-Akaun anda dari semasa ke semasa untuk memastikan pemindahan telah berjaya. 

9. Sekiranya permohonan anda berjaya, paparan di bawah akan muncul

Cara buat Pindahan ke akaun fleksibel ( akaun 3 )

Cara Membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel

Setelah anda membuat pemindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel, anda boleh membuat pengeluaran ke akaun bank anda dengan langkah-langkah berikut:

1. Log masuk ke I-Akaun dan Klik "Pengeluaran".

Pengeluaran Akaun Fleksibel

2. Klik "Keluarkan simpanan anda" dan Pilih jenis pengeluaran - Akaun Fleksibel.

Pengeluaran Akaun Fleksibel

3. Jumlah yang boleh dikeluarkan akan tertera di bahagian kanan atas dengan mesej "Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX".

Pengeluaran Akaun Fleksibel

4. Klik "Keluarkan Sekarang" dan masukkan amaun pengeluaran.

Pengeluaran Akaun Fleksibel

5. Masukkan maklumat lengkap akaun bank anda bagi mengeluarkan amaun akaun 3.

Pengeluaran Akaun Fleksibel

6. Pastikan maklumat yang tertera adalah betul dan lengkap, kemudian klik "Teruskan".

7. Baca penerangan yang diberikan sebelum mengeluarkan dana dan klik "Terima".

Pengeluaran Akaun Fleksibel

8. Nombor TAC akan dihantar kepada nombor berdaftar dan masukkan 6 digit kod bagi pengesahan pengeluaran.

Pengeluaran Akaun Fleksibel

9. Permohonan pengeluaran anda telah dihantar dan akan diproses seperti paparan di bawah.

Pengeluaran Akaun Fleksibel

Pembayaran akan diproses dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas permohonan diluluskan. Oleh itu, ahli disarankan untuk sentiasa menyemak status I-Akaun mereka untuk memastikan semua proses berjalan lancar.

Syarat-syarat Pengeluaran Akaun Fleksibel

Untuk membuat pengeluaran dari Akaun Fleksibel atau Akaun 3, ahli perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara dan bukan warganegara.
  • Belum mencapai umur 55 tahun.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
  • Pengeluaran minimum RM50 boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Dengan penstrukturan semula ini, KWSP berharap dapat memberikan lebih banyak fleksibiliti dan keselamatan kewangan kepada ahli dalam menghadapi keperluan kewangan semasa dan selepas persaraan.

 

Artikel Lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Akaun Fleksibel

KWSP

Akaun 3

Cara buat pindahan dan pengeluaran KWSP

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!