Loading Property Genie

Cara Mohon Rumah Mampu Milik (RMM) Melaka di Lembaga Perumahan Melaka (LPM) 2024

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Rumah Idaman Pelengkap Kehidupan adalah misi yang dipegang oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) bagi menggubal dasar dan menyelaraskan pembangunan perumahan kos rendah serta rumah mampu milik di negeri Melaka. LPM menawarkan pelbagai kategori Rumah Mampu Milik dengan harga yang lebih rendah berbanding harga di pasaran.

Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menyasarkan sebanyak 41,900 rumah mampu milik akan dibina menjelang tahun 2030 di Melaka. Harga jualan Projek Rumah Mampu Milik Melaka melalui LPM telah ditetapkan iaitu Rumah Mampu Milik adalah serendah RM 70,000 dan tidak melebihi RM250,000.

Skim ini bertujuan menyasarkan golongan B40 dan M40 bagi memudahkan mereka memiliki kediaman idaman pada harga mampu milik. Berikut adalah cara permohonan dan syarat kelayakan bagi memiliki Rumah Mampu Milik di Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka.

Apa itu Lembaga Perumahan Melaka (LPM)?

Lembaga Perumahan Melaka (LPM) adalah agensi kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan pada 17 Disember 2002 melalui Enakmen Lembaga Perumahan Melaka 2002. Sebelum ini, urusan perumahan berada di bawah Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Melaka adalah negeri kedua selepas Selangor yang menubuhkan lembaga ini untuk memperkukuhkan peranan kerajaan negeri dalam sektor perumahan.

Tugas utama LPM termasuk:

  • Merancang, menyelaraskan, melaksanakan, memantau, dan menyelenggara projek perumahan.
  • Mewujudkan suasana perumahan yang selesa, harmoni, dan selamat.
  • Menyediakan perumahan mampu milik selaras dengan tema "Satu Keluarga Sebuah Rumah".
  • Memberikan perkhidmatan berkualiti untuk setiap projek perumahan.
  • Bertindak sebagai Pusat Sehenti (OSC) Perumahan.
  • Menjadi pusat rujukan maklumat perumahan Negeri Melaka.

Senarai Kategori Rumah Mampu Milik yang Ditawarkan oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM)

Projek Rumah Mampu Milik daripada Lembaga Perumahan Melaka (LPM) mempunyai jenis perumahan dan objektif yang tersendiri, seiring dengan Dasar Perumahan Negara (2018-2025). Berikut adalah senarai kategori rumah mampu milik yang ditawarkan oleh Lembaga Perumahan Melaka:

[ Telah dikemaskini Mei 2024 ]

Rumah Bahagia (RKR) (RM 70,000 - RM 85,800)

  • Rumah Bahagia Pengkalan Impian (Pangsapuri)
  • Rumah Bahagia Tiang Dua Bestari (Townhouse)
  • Rumah Bahagia Tehel Indah (Townhouse)

Rumah Sejahtera (RKSR) (RM 90,000 - RM 151,000)

  • Rumah Sejahtera Bertam Height (Townhouse)
  • Rumah Sejahtera Impiana Kesang (Teres 1 Tingkat)
  • Rumah Sejahtera Kuala Sg Baru (Pangsapuri)
  • Rumah Sejahtera Pengkalan Impian (Pangsapuri)
  • Rumah Sejahtera Tiang Dua Bestari (Townhouse)
  • Rumah Sejahtera Tehel Indah (Townhouse)
  • Rumah Sejahtera Taman Anjung Ayer Pa'abas (Teres 1 Tingkat)
  • Rumah Sejahtera Scientex Bandar Jasin (Teres 2 Tingkat)

Rumah Belia Melaka (RM 180,000)

  • Rumah Belia Bertam Height (Teres 1 Tingkat)

Rumah Impian Jenis A (RMM C) (RM 150,000 - RM 190,000)

  • Rumah Impian A Bachang Baru (Pangsapuri)
  • Rumah Impian A Bertam Height (Teres 1 Tingkat)
  • Rumah Impian A Taman Bukit Katil Damai (Townhouse)
  • Rumah Impian A Chin Chin Emas (Teres 1 Tingkat)
  • Rumah Impian A Mesra Rim (Teres 1 Tingkat)
  • Rumah Impian A Scientex Jasin (Teres 2 Tingkat)
  • Rumah Impian A Scientex Bandar Jasin (Teres 2 Tingkat)
  • Rumah Impian A Tehel Indah (Townhouse 2 Tingkat)
  • Rumah Impian A Impiana Kesang (Teres 1 Tingkat)
  • Rumah Impian A Pengkalan Impian (Townhouse)
  • Rumah Impian A Durian Tunggal (Teres 2 Tingkat)
  • Rumah Impian A Nuri Durian Tunggal (Townhouse)
  • Rumah Impian A Nuri Botani (Rumah Pangsa 2 Tingkat)
  • Rumah Impian A Anjung Sg Petai (Teres 1 Tingkat)
  • Rumah Impian A Taman Rembia Indah (Teres 1 Tingkat)
  • Rumah Impian A Taman Anjung Ayer Pa'abas (Teres 1 Tingkat)

Rumah Impian Jenis B (RMM D) (RM 219,900 - RM 768,000)

  • Rumah Impian B Bukit Emas (Teres 1 Tingkat)
  • Rumah Impian B Pengkalan Impian (Teres 2 Tingkat)
  • Rumah Impian B Puteri Mutiara (Teres 1 Tingkat)
  • Rumah Impian B Taman Mesra Rim (Teres 1 1/2 Tingkat)
  • Rumah Impian B Taman Anjung Ayer Pa'abas (Teres 1 Tingkat)

[ Senarai Projek Rumah Mampu MIlik LPM: https://lpnm.gov.my/projek/senarai-projek/ ]

Syarat Kelayakan Memiliki Rumah Mampu Milik Melaka (RMM)

Setiap kategori Rumah Mampu Milik di Melaka melalui LPM mempunyai syarat dan terma tersendiri untuk menentukan kelayakan pemohon. Oleh itu, penting untuk menyemak profil dan pendapatan anda sebelum memohon. 

Rumah Impian Jenis A dan B:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 20 tahun ke atas.
  • Pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  • Tidak pernah memiliki rumah.

Rumah Impian Jenis C:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 20 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 sebulan.

Rumah PPR dan Rumah Kos Rendah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
  • Tidak pernah memiliki rumah.
  • Berumur 20 tahun ke atas.
  • Harga maksimum: RM42,000/unit
  • Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air.
  • Keluasan: Minimum binaan 750 persegi.

Rumah Kos Sederhana Rendah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan isi rumah RM6,000 dan ke bawah.
  • Berumur 20 tahun ke atas.
  • Harga maksimum: RM80,000 – RM100,000/unit
  • Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air.
  • Keluasan: Minimum binaan 850 persegi.

Rumah Belia:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
  • Berumur 18 hingga 35 tahun.
  • Harga maksimum: RM150,000 – RM180,000/unit
  • Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air.
  • Keluasan: Minimum binaan 1000 persegi.

Dokumen Diperlukan Untuk Permohonan Semua Kategori Rumah Mampu Milik Melaka 

Untuk semua jenis rumah (RMM Jenis A, B, dan C; Rumah PPR; Rumah Kos Rendah; Rumah Kos Sederhana Rendah; Rumah Belia):

  • 1 keping gambar pemohon berukuran pasport.
  • 1 salinan kad pengenalan pemohon.
  • 1 salinan kad pengenalan pasangan.
  • 1 salinan sijil nikah atau surat pendaftaran kahwin (jika ada).
  • 1 salinan sijil cerai atau sijil kematian (jika berkenaan).
  • 1 salinan slip gaji terkini/Surat Akuan Pendapatan (Suami & Isteri) yang disahkan benar oleh Majikan/MPKK.
  • 1 salinan surat beranak bagi pemohon dari Negeri Sabah dan Sarawak.

Bayaran Permohonan Bagi Rumah Mampu Milik Melaka

  • Rumah Impian Jenis A, B, dan C: RM10.00
  • Rumah PPR: RM5.00
  • Rumah Kos Rendah: RM5.00
  • Rumah Kos Sederhana Rendah: RM7.00
  • Rumah Belia: RM10.00

Berikut adalah perkara wajib yang perlu anda penuhi sebelum memohon rumah dibawah Skim Perumahan Lembaga Perumahan Melaka (LPM) bagi mengelakkan berlakunya permohonan ditolak.

Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka

Cara Mohon Rumah Mampu Milik LPM 2024

1. Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka Secara Manual

  • Dapatkan Borang Permohonan:
    Borang boleh didapati di pejabat Lembaga Perumahan Melaka, kaunter LPM di UTC, atau dimuat turun secara online di laman web LPM.
  • Waktu Operasi Pejabat:
    Pejabat Lembaga Perumahan Melaka beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang.
  • Muat Turun dan Isi Borang:
    Muat turun borang dari laman web rasmi LPM. Baca arahan di dalam borang dengan teliti. Isi borang dengan maklumat yang betul dan lengkap.
  • Pengiriman Permohonan:
    Kirim permohonan melalui POS dengan bayaran menggunakan Postal Order/Money Order beserta sampul surat berukuran 11cm x 16cm yang bersetem dan beralamat sendiri. Pastikan setiap bayaran diakui terima dengan Resit Rasmi.
  • Perubahan Maklumat:
    Sebarang perubahan maklumat adalah percuma. Maklumkan pejabat LPM jika ada perubahan nombor telefon atau alamat. Sertakan nombor kad pengenalan baru atau lama untuk sebarang pertanyaan melalui surat menyurat.

2. Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka Secara Online

  • Akses Laman Web:
    Pergi ke pautan espt.lpnm.gov.my.
  • Daftar Pengguna:
    Klik ‘Daftar Pengguna’. Isikan maklumat yang diminta. Buat pengesahan melalui e-mel.
  • Pilih dan Mohon Projek:
    Pilih projek yang bersesuaian dengan kelayakan. Isi maklumat yang diperlukan. Hantar permohonan.
  • Semak Status:
    Semak status dan maklumbalas dalam masa terdekat.

 Pemohon juga boleh menghubungi Lembaga Perumahan Melaka untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan.

Soalan Lazim Berkenaan Rumah Mampu Milik di Lembaga Perumahan Melaka ( LPM )

Kenapa harga berbeza sedangkan keluasan sama?

Harga RMM ditawarkan LPM ditetapkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Belah Bahagi Negeri Melaka yang mempertimbangkan banyak faktor sebelum menentukan harga RMM.

Saya berasal dari negeri lain, bolehkah memohon?

Boleh! Tetapi, keutamaan diberikan kepada pemohon yang lahir di Melaka.

Artikel Lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Lembaga Perumahan Melaka

Rumah Mampu Milik

Senarai projek rumah mampu milik

Rumah Mampu Milik Melaka

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!