FIRST-TIME BUYER
Written by Fazrina Fezili
Bila kita bercakap tentang membeli rumah, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran mestilah “Berapa bayaran bulanan yang saya mampu bayar?” Nak buat keputusan beli rumah ni bukannya mudah, tapi jangan risau, ada cara yang cepat dan mudah untuk kira anggaran bayaran bulanan rumah anda.
Langkah pertama yang paling penting adalah tahu berapa jumlah pinjaman yang anda perlukan. Senang je, jumlah ni adalah beza antara harga rumah dengan bayaran pendahuluan yang anda dah bayar.
FORMULA: Jumlah Pinjaman=Harga Rumah−Bayaran Pendahuluan
Contohnya, kalau rumah yang anda nak beli harga dia RM400,000 dan anda bayar RM40,000 sebagai bayaran pendahuluan, jumlah pinjaman anda ialah:
RM400,000−RM40,000=RM360,000
So, jumlah pinjaman anda ialah RM360,000. Mudah kan?
Okay, lepas dah tahu jumlah pinjaman, anda kena faham tentang kadar faedah (interest rate) yang dikenakan oleh bank sebelum memohon pinjaman. Biasanya, kadar ni dinyatakan dalam peratus tahunan. Sebagai contoh, kalau bank bagi kadar faedah 4.5% setahun, kita akan guna kadar ni untuk kira ansuran bulanan nanti.
Tapi, apa beza kadar faedah tetap dan kadar faedah berubah?
Kadar Faedah Tetap (Fixed Rate) adalah Kadar yang kekal sama sepanjang tempoh pinjaman. Bayaran bulanan anda tak akan berubah walaupun ekonomi atau pasaran berubah. Kadar tetap ni sesuai kalau anda nak bajet yang stabil dan tak nak pening kepala fikirkan perubahan bayaran setiap bulan.
Kadar Faedah Berubah (Floating Rate) adalah kadar yang boleh berubah mengikut kadar pasaran semasa, biasanya dikaitkan dengan Kadar Asas (Base Rate) bank. Bayaran bulanan anda boleh naik atau turun bergantung kepada prestasi ekonomi. Jika ekonomi baik, kadar mungkin rendah dan anda boleh jimat, tapi kalau kadar pasaran naik, bayaran bulanan pun akan meningkat.
Mana satu lebih baik? Itu bergantung pada risiko yang anda sanggup ambil. Kadar tetap memberi kepastian, manakala kadar berubah mungkin memberi peluang untuk bayar kurang apabila kadar pasaran turun, tapi dengan risiko bayaran lebih tinggi jika pasaran naik.
Seterusnya, kita kena tahu berapa lama anda nak bayar balik pinjaman tu. Biasanya, tempoh pinjaman ni antara 20 hingga 35 tahun dan ia bergantung pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pemberi pinjaman. Makin lama tempoh pinjaman, makin rendah bayaran bulanan, tapi jangan lupa, lagi lama tempoh, lagi banyak faedah yang anda kena bayar.
Nak anggaran bayaran bulanan dengan cara yang paling senang? Gunakan formula ringkas cara kira bulanan rumah ini:
Formula: Harga Rumah ÷ 200 = Anggaran Bayaran Bulanan
Contohnya, kalau harga rumah yang anda minat ialah RM400,000, anggaran bayaran bulanan adalah:
RM400,000 ÷ 200 = RM2,000
Ini adalah anggaran kasar yang boleh membantu anda untuk buat keputusan pantas. Formula ini membantu anda dapatkan idea kasar tentang berapa bayaran bulanan yang mungkin anda perlu bayar, tapi ingat, jumlah tepat akan diberikan oleh pihak bank selepas mereka semak profil kewangan anda.
Dengan anggaran ni, lebih senang untuk anda cari rumah yang sesuai dengan gaji dan bajet bulanan anda!
Kalau nak pengiraan yang lebih tepat, kita guna formula yang lebih terperinci:
Formula Detail:
Bayaran Bulanan = P × r × (1 + r)^n / [(1 + r)^n - 1]
Jangan risau, nampak rumit tapi sebenarnya tak susah. Mari kita pecahkan:
P: Jumlah pinjaman (contoh: RM360,000)
r: Kadar faedah bulanan (kadar faedah tahunan / 12)
n: Tempoh pinjaman dalam bulan (tempoh tahun pinjaman × 12)
Dengan contoh rumah harga RM400,000, tempoh pinjaman 30 tahun, dan kadar faedah 4.5%, jumlah bayaran bulanan yang lebih tepat akan jadi lebih kurang RM1,824.
Kalau anda rasa formula tu terlalu teknikal, anda boleh menggunakan kalkulator loan rumah yang ada di Property Genie. Anda cuma perlu masukkan jumlah pinjaman, kadar faedah dan tempoh pinjaman, sistem akan buat semua kiraan pinjaman perumahan untuk anda.
Untuk pengetahuan lebih lanjut article di bawah ni akan ajar step-by-step nak pakai house loan calculator untuk korang kira bulanan korang.
Financial Planning with Our Housing Loan Calculator Malaysia
Selain bayaran bulanan pinjaman, ada beberapa kos tambahan yang anda kena ambil kira, seperti insurans rumah, cukai tanah, dan kos penyelenggaraan. Semua ni penting untuk dimasukkan dalam bajet bulanan supaya kewangan anda tak terganggu.
Mungkin anda pernah dengar tentang Kadar Faedah Efektif (Effective Interest Rate, EIR). Ini penting untuk difahami kerana EIR ni sebenarnya lebih mencerminkan kos sebenar pinjaman anda. EIR mengambil kira bukan sahaja kadar faedah, tetapi juga kesan pembayaran semula secara ansuran sepanjang tempoh pinjaman.
Dengan kata lain, EIR menunjukkan jumlah kos sebenar pinjaman, termasuk caj tersembunyi atau faedah kompaun, jadi ia sering lebih tinggi daripada kadar faedah yang ditunjukkan. EIR penting untuk dibandingkan antara pinjaman yang berbeza supaya anda dapat lihat kos sebenar yang terlibat.
Ini satu soalan penting! Berapa banyak yang anda layak pinjam akan bergantung kepada beberapa faktor yang bank akan tengok sebelum mereka luluskan pinjaman anda. Secara amnya, ada beberapa faktor utama:
Soalan ni selalu ditanya oleh pembeli rumah pertama. Jawapannya, Tidak, bayaran bulanan yang anda bayar kepada bank biasanya tidak termasuk insurans dan cukai hartanah. Bayaran bulanan yang anda buat hanyalah untuk pinjaman pokok (principal) dan faedah (interest).
Untuk insurans dan cukai hartanah, anda kena bayar asing-asing. Ada dua jenis insurans yang biasanya terlibat:
Manakala untuk cukai hartanah (cukai pintu atau cukai tanah), anda akan terima bil dari pihak berkuasa tempatan (majlis daerah atau negeri) dan ini juga perlu dibayar secara berasingan.
Bank guna beberapa formula dan kaedah untuk kira kelayakan anda, tapi yang paling asas ialah Debt Service Ratio (DSR). DSR ni kira jumlah hutang yang anda ada berbanding pendapatan bulanan.
Formula Debt Service Ratio (DSR):
DSR = (Jumlah Komitmen Bulanan ÷ Pendapatan Bulanan) × 100
Sebagai contoh, jika anda ada komitmen bulanan seperti hutang kereta RM700, kad kredit RM200, dan anda mahu tambah pinjaman rumah dengan bayaran RM1,500, total komitmen anda adalah RM2,400. Jika pendapatan bulanan anda RM6,000, DSR anda adalah:
(RM2,400 ÷ RM6,000) × 100 = 40%
Kebanyakan bank lebih suka DSR anda di bawah 50%, bermakna anda ada ruang untuk komitmen lain tanpa membebankan diri.
Sekarang, dah tak perlu pening lagi bila nak kira bayaran bulanan rumah atau berapa banyak anda layak pinjam. Dengan panduan ni, anda boleh buat perancangan kewangan yang lebih mantap sebelum membuat keputusan beli rumah. Pastikan anda buat kiraan yang betul dan ambil kira semua kos yang terlibat. Kalau semua nampak okay, barulah masa sesuai untuk sign borang beli rumah!
Artikel lain:
Share :
Article Highlights
cara kira bayaran bulanan rumah
cara kira bulanan rumah
calculator loan rumah
cara kira loan rumah
kalkulator loan rumah
kiraan loan rumah
pengiraan loan rumah
cara mengira peratus
pengiraan pinjaman perumahan
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent
Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!
Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.
We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!
Top Searched Property For Sale
Properties For Sale in Kuala Lumpur
Properties For Sale in Petaling Jaya
Properties For Sale in Johor Bahru
Properties For Sale in Seremban
Top Searched Property For Rent
Properties For Rent in Kuala Lumpur
Properties For Rent in Petaling Jaya
Properties For Rent in Johor Bahru
Properties For Rent in Seremban
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent