Loading Property Genie

Cara Semak Cukai Taksiran Bagi Setiap Negeri

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

 
Bagi pemilik rumah, cukai taksiran mungkin sudah jadi perkara biasa yang diurus setiap tahun. Tetapi, jika anda baru sahaja menjadi pembeli rumah pertama, anda mungkin tertanya-tanya, “Apa sebenarnya cukai taksiran ni?” “Kenapa perlu cukai taksiran ni perlu bayar?” atau “Macam mana cara kira cukai taksiran ni?”

Jangan risau! Dalam artikel ini, kami akan terangkan maksud cukai taksiran, cara mengiranya, serta cara semak cukai taksiran secara online, mengikut negeri masing-masing.

Apa itu Cukai Taksiran?

Maksud cukai taksiran ialah bayaran tahunan yang wajib dijelaskan oleh setiap pemilik hartanah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Cukai ini juga dikenali sebagai cukai pintu di mana, cukai ini bertujuan untuk menampung pelbagai kos penyelenggaraan perkhidmatan awam seperti kutipan sampah, penyelenggaraan jalan, lampu jalan, dan lain-lain kemudahan di kawasan perumahan atau komersial.

Dengan adanya cukai taksiran, pihak berkuasa tempatan dapat memastikan kawasan persekitaran anda sentiasa dalam keadaan bersih dan terurus.

Bagaimana Cara Pengiraan Cukai Taksiran?

cara kira cukai taksiran

Cara pengiraan cukai taksiran bergantung kepada beberapa faktor utama, dan setiap negeri di Malaysia mungkin mempunyai perbezaan sedikit dalam cara pengiraan. Secara amnya, cukai taksiran dikira berdasarkan nilai tahunan hartanah, yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui penilaian hartanah tersebut.

1. Penilaian Nilai Tahunan Hartanah (Annual Value)

Nilai tahunan hartanah adalah anggaran jumlah sewa kasar tahunan yang hartanah tersebut mampu dijana jika disewakan. Pihak berkuasa tempatan akan membuat penilaian ini berdasarkan pelbagai faktor seperti lokasi, saiz hartanah, dan keadaan harta.

2. Kadar Cukai (Assessment Rate)

Setiap kawasan mempunyai kadar cukai taksiran yang berbeza, yang ditetapkan oleh majlis perbandaran atau pihak berkuasa tempatan. Kadar cukai ini biasanya dinyatakan dalam bentuk peratusan, contohnya 4% atau 7%.

3. Pengiraan Cukai Taksiran

Formula umum untuk mengira cukai taksiran ialah:

Cukai Taksiran=Nilai Tahunan Hartanah×Kadar Cukai Taksiran

Sebagai contoh:

Jika nilai tahunan hartanah anda ialah RM12,000 dan kadar cukai taksiran ialah 6%, maka cukai taksiran yang perlu dibayar ialah:

RM12,000×6%=RM720

4. Perbezaan Mengikut Negeri

Setiap negeri mungkin mempunyai kadar cukai taksiran yang berbeza berdasarkan polisi tempatan, saiz kawasan, dan kos operasi. Misalnya, kawasan bandar besar mungkin mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar.

5. Faktor Tambahan

Dalam sesetengah kes, pihak berkuasa tempatan mungkin mengambil kira faktor tambahan seperti jenis penggunaan harta (komersial atau kediaman) yang boleh mempengaruhi kadar cukai taksiran.

Kadar Cukai Taksiran di Setiap Negeri

Setiap negeri di Malaysia mempunyai kadar cukai taksiran yang berbeza, dan ia juga berbeza mengikut jenis hartanah, sama ada kediaman, komersial, atau industri. Berikut adalah kadar cukai taksiran bagi 14 buah negeri di Malaysia secara umumnya:

  1. Kadar Cukai Taksiran Kuala Lumpur: 2% hingga 5%
  2. Kadar Cukai Taksiran Selangor: 3% hingga 7%
  3. Kadar Cukai Taksiran Johor: 4% hingga 8%
  4. Kadar Cukai Taksiran Perak: 3% hingga 6%
  5. Kadar Cukai Taksiran Pulau Pinang: 4% hingga 7%
  6. Kadar Cukai Taksiran Kedah: 2.5% hingga 5%
  7. Kadar Cukai Taksiran Perlis: 3% hingga 6%
  8. Kadar Cukai Taksiran Kelantan: 3% hingga 7%
  9. Kadar Cukai Taksiran Terengganu: 3% hingga 6%
  10. Kadar Cukai Taksiran Pahang: 3% hingga 6.5%
  11. Kadar Cukai Taksiran Melaka: 3.5% hingga 7%
  12. Kadar Cukai Taksiran Negeri Sembilan: 3% hingga 6%
  13. Kadar Cukai Taksiran Sabah: 3% hingga 7%
  14. Kadar Cukai Taksiran Sarawak: 2.5% hingga 6%

Cara Semak Cukai Taksiran Bagi Setiap Negeri

Sekarang, banyak negeri telah menyediakan perkhidmatan semakan cukai taksiran secara dalam talian. Ini memudahkan anda untuk menyemak cukai taksiran hanya melalui laman web pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri masing-masing.

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan melalui PBTPay yang merangkumi semua kutipan dan pembayaran bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri. PBTPay membolehkan anda semak & cetak bil cukai taksiran serta bayar secara langsung tanpa perlu ke laman web yang berasingan untuk setiap negeri.

semak cukai taksiran online

Cara Semak Cukai Taksiran Melalui PBTOnline:

  • Akses laman web PBTPay atau https://pbtpay.kpkt.gov.my/
  • Pilih negeri dan PBT yang berkenaan.
  • Masukkan nombor akaun cukai taksiran atau maklumat hartanah.
  • Semua butiran berkaitan cukai taksiran anda akan dipaparkan.

Berikut adalah pautan untuk semakan cukai taksiran bagi  negeri di Malaysia:

Cara Semak Cukai Taksiran Perlis

Cara Semak Cukai Taksiran Kedah

Cara Semak Cukai Taksiran Pulau Pinang

Cara Semakan Cukai Taksiran Perak

Cara Semak Cukai Taksiran Selangor

Cara Semak Cukai Taksiran Kuala Lumpur

Cara Semak Cukai Taksiran Negeri Sembilan

Cara Semak Cukai Taksiran Melaka

Cara Semak Cukai Taksiran Johor

Cara Semak Cukai Taksiran Pahang

Cara Semak Cukai Taksiran Terengganu

Cara Semak Cukai Taksiran Kelantan

Cara Semak Cukai Taksiran Sabah

Cara Semak Cukai Taksiran Sarawak

Bila dan Siapa yang Perlu Bayar Cukai Taksiran?

Semua pemilik hartanah di Malaysia, sama ada kediaman, komersial, atau industri, diwajibkan membayar cukai taksiran kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebanyak dua kali setahun, biasanya pada bulan Januari dan Julai. Ini adalah untuk memastikan bahawa perkhidmatan awam seperti penyelenggaraan jalan, pengurusan sampah, dan landskap awam di kawasan anda dapat dijalankan dengan lancar.

Penting untuk diingat, pembayaran perlu dilakukan tepat pada waktunya kerana jika anda terlewat, PBT berhak untuk mengenakan denda tambahan atau faedah lewat. Pastikan anda membuat semakan dan pembayaran pada waktu yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. Jadi, jangan lupa, tandakan kalendar anda untuk elakkan sebarang kelewatan!

 

Artikel lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

cukai taksiran

cara kira cukai taksiran

cukai pintu

cukai harta

semak cukai taksiran online

cukai taksiran mengikut negeri

PBTPay cukai taksiran

cukai taksiran Johor

cukai taksiran Selangor

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More