Loading Property Genie

Cara Tamatkan Perjanjian Sewa Lebih Awal

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Kadang-kadang, bila ada perkara yang tak boleh nak dielakkan boleh memaksa kita tamatkan perjanjian sewa rumah lebih awal. Persoalannya, boleh ke tamatkan perjanjian sewa lebih awal dan macam mana caranya?

Terdapat beberapa situasi di mana anda boleh menamatkan penyewaan lebih awal dan ia bergantung pada samada klausa khusus yang membenarkannya telah dimasukkan di dalam perjanjian rumah sewa. Terma ini biasanya dimasukkan di dalam perjanjian. Sebagai contoh:

“Dalam situasi Penyewa dipindahkan ke negeri atau negara lain oleh majikannya, Penyewa berhak mengemukakan bukti bertulis mengenainya untuk memberi notis dua (2) bulan bagi maksud menamatkan perjanjian ini atau membayar kepada Tuan rumah dua (2) bulan sewa sebagai ganti notis tersebut.”

Sebab Sah untuk Menamatkan Perjanjian Sewa Awal

Terdapat banyak sebab mengapa penyewa mungkin ingin menamatkan penyewaan mereka lebih awal. Beberapa sebab yang sah untuk penyewa menamatkan surat perjanjian sewa rumah mereka lebih awal juga boleh termasuk:

  • Penempatan kerja: Kena pindah tempat kerja ke negeri atau negara lain.
  • Penerimaan tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara: Terpaksa pindah untuk sambung belajar.
  • Berpindah ke kampung halaman atas sebab peribadi: Kena balik kampung atas sebab keluarga atau peribadi.
  • Jika komersial: Perniagaan yang lemah mengakibatkan penutupan perniagaan tersebut.

7 Langkah Untuk Tamatkan Perjanjian Sewa Lebih Awal

7 Langkah Untuk Tamatkan Perjanjian Sewa Lebih Awal

1. Semak Perjanjian Sewa

Mula-mula sekali, baca balik perjanjian sewa anda. Perjanjian ini biasanya ada klausa tentang penamatan awal, termasuk syarat yang perlu dipatuhi dan penalti yang mungkin dikenakan. Periksa bahagian yang berkaitan dengan:

  • Notis Penamatan: Berapa lama notis yang perlu diberi pada tuan rumah.
  • Penalti: Bayaran tambahan kalau tamatkan sewa awal.
  • Sebab yang Dibenarkan: Kadang-kadang perjanjian benarkan penamatan awal tanpa penalti atas sebab-sebab tertentu seperti pindah kerja atau masalah kesihatan.

2. Maklumkan Tuan Rumah Terlebih Awal

Kalau nak tamatkan perjanjian sewa lebih awal, penting untuk maklumkan pada tuan rumah secepat mungkin. Hal ini adalah untuk berikan masa kepada tuan rumah bagi mencari penyewa baru dan bersedia untuk urusan lain seperti penyerahan kunci dan pengembalian deposit.

Penting juga untuk rujuk balik surat perjanjian sewa kerana ada kemungkinan anda tak dapat balik deposit sewa.

3. Sediakan Surat Notis Bertulis

Notis penamatan bertulis sangat penting. Ini membantu memastikan semua pihak faham kos dan kesan dari penamatan awal. Anda boleh guna contoh surat notis yang boleh dijadikan rujukan.

Kalau anda sebagai tuan rumah yang nak tamatkan perjanjian sewa, pastikan kirim surat rasmi kepada penyewa dengan sebab musabab yang jelas.

4. Cari Penyewa Pengganti

Dalam sesetengah perjanjian sewa, ada klausa yang menyatakan penyewa perlu cari pengganti kalau nak tamatkan sewa awal. Cari penyewa pengganti untuk elak penalti dan pastikan penyewa baru sambung baki tempoh kontrak atau buat kontrak baru dengan tuan rumah.

5. Ketahui Status Pengembalian Deposit Sekuriti

Kalau tamatkan kontrak awal, anda mungkin tak dapat balik deposit sekuriti. Periksa balik perjanjian sewa untuk tahu hak anda. Tuan rumah berhak untuk tak pulangkan deposit kalau anda melanggar perjanjian.

6. Simpan Duit untuk Penalti Penamatan Awal

Sesetengah tuan rumah tetapkan hukuman bayar penalti kalau tamatkan sewa awal. Penalti ini untuk cover kos sewa rumah yang tak ada penyewa ganti. Pastikan anda sedia dengan bayaran penalti ini. Tindakan undang-undang juga boleh diambil oleh tuan rumah kalau anda tak bayar penalti.

7. Jalankan Tanggungjawab Penyewa Hingga Tamat Tempoh Sewa

Sebagai penyewa, penting untuk jalankan tanggungjawab hingga tempoh sewa tamat. Bayar sewa, bil, dan pastikan rumah dalam keadaan baik seperti masa mula-mula masuk. Rujuk perjanjian sewa untuk tahu tanggungjawab anda dengan jelas.

Kandungan Surat Penamatan
Surat penamatan perlu mengandungi maklumat seperti niat untuk tamatkan perjanjian, tarikh penamatan, klausa penamatan, sebab penamatan, dan maklumat perhubungan.

Soalan yang berkaitan

  1. Apa terjadi jika saya melanggar surat perjanjian sewa rumah?
    • Walaupun akta tuan tanah dan penyewa di Malaysia agak longgar, terdapat perjanjian dalam surat perjanjian sewa rumah yang akan melindungi tuan tanah jika anda melanggar surat perjanjian sewa rumah lebih awal. Di bawah Akta Distres 1951 (Akta 255), sekiranya penyewa membuat keputusan untuk melanggar perjanjian sewa rumah, tuan rumah boleh berjumpa dengan Hakim atau Pendaftar, lalu mengeluarkan waran distres untuk mendapatkan semula sewa yang belum dibayar.
  2. Adakah saya akan kehilangan deposit jika melanggar perjanjian sewa rumah?
    • Jawapannya, biasanya ya. Anda akan kehilangan deposit keselamatan jika anda melanggar surat perjanjian sewa rumah anda. Selain itu, jika anda melanggar perjanjian sewa rumah beberapa bulan sebelum kontrak tamat, anda mungkin akan diminta untuk membayar baki sewa bergantung pada apa yang dipersetujui dalam perjanjian.
  3. Bolehkah anda dikenakan bayaran penamatan perjanjian awal?
    • Jika anda memutuskan untuk menamatkan kontrak lebih awal, terdapat kemungkinan anda akan dikenakan bayaran penamatan awal bergantung pada apa yang dinyatakan dalam perjanjian sewa rumah anda.
    • Biasanya, bergantung kepada berapa banyak lagi masa yang anda ada pada kontrak anda, tuan tanah anda boleh samada merampas deposit keselamatan anda atau meminta anda membayar sewa untuk baki bulan yang anda tinggalkan dalam kontrak anda.

Artikel berkaitan:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

tamatkan perjanjian sewa rumah lebih awal

cara menamatkan sewa rumah

notis penamatan sewa rumah

penyewa tamatkan kontrak sewa awal

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!