Loading Property Genie

Geran Rumah Hilang: Prosedur dan Cara Memohon Salinan Baru

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

 Bila geran rumah hilang, ia boleh menjadi satu isu yang merisaukan, terutamanya apabila ia melibatkan aset yang penting seperti rumah atau tanah. Iyalah, tanpa geran tanah, anda mungkin menghadapi kesulitan untuk membuktikan pemilikan atau menguruskan hal-hal berkaitan tanah anda.

Dalam situasi ini, penting untuk mengenal pasti langkah-langkah yang betul untuk memohon geran tanah baru dan memastikan semua dokumen sokongan disediakan dengan lengkap.

Artikel ini akan memberikan panduan lengkap tentang cara mendapatkan salinan geran rumah baru serta prosedur yang perlu diikuti untuk menggantikan geran tanah yang hilang.

Anda juga boleh membuat permohonan hakmilik geran tanah yang baru untuk kategori yang berikut:

  • Permohonan Hakmilik Geran Tanah Hilang: Jika geran tanah hilang, anda boleh memohon penggantian hakmilik baru.
  • Permohonan Hakmilik Geran Rumah Rosak: Jika geran tanah rosak, seperti koyak atau tidak lagi boleh digunakan, anda boleh mohon untuk geran yang baru.
  • Permohonan Hakmilik Geran Tanah Hancur: Jika geran tanah hancur atau musnah, misalnya dalam kebakaran, permohonan untuk hakmilik baru boleh dibuat.

Cara Dapat Salinan Geran Rumah

1. Buat Laporan Polis

Langkah pertama yang perlu dilakukan apabila geran tanah hilang adalah dengan membuat laporan polis. Ini merupakan tindakan wajib untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa dokumen penting telah hilang. Laporan polis juga akan menjadi bukti rasmi yang diperlukan oleh Pejabat Tanah semasa proses permohonan geran baru. Pastikan anda menyertakan maklumat hartanah dengan tepat seperti:

  • Nama penuh pemilik
  • Nombor kad pengenalan
  • Maklumat geran
  • Alamat hartanah
  • Bila kehilangan berlaku 

Laporan ini bukan sahaja penting dari segi prosedur, tetapi juga membantu melindungi anda dari kemungkinan penyalahgunaan dokumen tersebut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

2. Buat Akuan Sumpah

Selepas membuat laporan polis, langkah seterusnya adalah membuat akuan sumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah dan dicap di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Akuan sumpah ini berfungsi sebagai pengesahan rasmi yang menyatakan bahawa anda telah kehilangan geran tanah atau rumah. Ia merupakan dokumen penting yang akan digunakan sebagai bukti tambahan dalam proses permohonan penggantian geran.

Jika anda tidak pasti bagaimana menulis akuan sumpah, anda boleh merujuk contoh surat akuan sumpah tanah atau contoh surat akuan sumpah waris sebagai panduan. Dalam akuan tersebut, pastikan maklumat seperti butiran hartanah dan situasi kehilangan dinyatakan dengan jelas dan tepat.

contoh surat akuan sumpah tanah

Contoh surat akuan sumpah untuk geran tanah hilang. © Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP).

 3. Cara Memohon Geran Tanah Baru di Pejabat Tanah

Setelah melengkapkan laporan polis dan akuan sumpah, langkah seterusnya adalah memohon geran tanah baru di Pejabat Tanah. Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan dan disertakan bersama borang permohonan di Pejabat Tanah:

  • Laporan Polis Asal: Ini adalah bukti rasmi yang menyatakan geran tanah telah hilang.
  • Salinan kad pengenalan (MyKad): Pengesahan rasmi anda yang diperakui sebagai pemilik hakmilik tanah
  • Surat Akuan Bersumpah Asal oleh Pemilik: Pengesahan rasmi mengenai kehilangan geran yang dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik yang Diakui Sah: Pengesahan identiti pemilik hartanah.
  • Carian Persendirian Hartanah: Boleh dilakukan di Pejabat Tanah untuk mengesahkan maklumat hartanah. Carian ini boleh dilakukan pada masa yang sama semasa mengisi dan menghantar borang permohonan.
  • Salinan Resit Cukai Tanah dan Cukai Pintu: Bukti pembayaran cukai tanah dan pintu.
  • Bayaran Permohonan: Bayaran yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah bagi permohonan geran baru.

Ketika hadir ke Pejabat Tanah, pemilik akan dikehendaki mengisi borang permohonan untuk mendapatkan geran baru. Semua dokumen di atas perlu dikepilkan bersama-sama dengan borang permohonan tersebut.

  • Carian Persendirian Hartanah: Boleh dilakukan serta-merta di Pejabat Tanah. Dengan cara ini, pemilik tidak perlu berulang-alik untuk proses ini.
  • Carian Rasmi: Sesetengah Pejabat Tanah mungkin memerlukan carian rasmi, bukan carian persendirian. Proses carian rasmi biasanya memerlukan masa lebih lama kerana ia perlu melalui tandatangan pegawai dan cajnya lebih mahal.

Bayaran Permohonan untuk penggantian geran tanah juga berbeza di setiap Pejabat Tanah. Sebagai contoh, di Selangor, bayaran yang dikenakan adalah:

  • Geran Hilang: RM430 – RM440
  • Geran Rosak: RM120 – RM130
  • Geran Hancur: RM10

Pastikan anda membawa semua dokumen dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan bagi mempercepatkan proses permohonan geran baru di Pejabat Tanah.

4. Siasatan oleh Pejabat Tanah

Selepas permohonan dihantar, Pejabat Tanah akan menjalankan siasatan bagi memastikan geran tanah yang dilaporkan hilang benar-benar hilang dan tidak sedang digunakan oleh pihak lain. Proses siasatan ini mungkin memerlukan sedikit masa, bergantung kepada kes dan kelengkapan dokumen yang diberikan.

Pejabat Tanah perlu menyemak rekod pemilikan serta memastikan tiada penipuan atau penyalahgunaan yang berlaku. Langkah ini penting untuk melindungi hak pemilik hartanah yang sah dan mengelakkan kemungkinan pemalsuan dokumen. 

Setelah permohonan diterima dan siasatan dijalankan, pemilik biasanya akan menerima surat dari Pejabat Tanah yang memaklumkan tentang status permohonan. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan alamat surat-menyurat yang diberikan adalah alamat terkini bagi mengelakkan sebarang kelewatan atau kesulitan dalam proses komunikasi.

Dalam tempoh siasatan, pemilik mungkin dipanggil untuk menghadiri sesi soal jawab bersama pegawai Pejabat Tanah. Beberapa soalan akan diajukan untuk memastikan butiran tentang kehilangan geran tanah adalah benar dan tiada keraguan atau percanggahan maklumat. Pemilik perlu memberikan jawapan yang tepat dan bekerjasama sepenuhnya untuk memudahkan proses siasatan.

5. Kutipan Geran Baru di Pejabat Tanah

Setelah siasatan selesai dan permohonan diluluskan, Pejabat Tanah akan mengeluarkan salinan geran rumah atau geran tanah yang baru. Anda akan dimaklumkan oleh pihak Pejabat Tanah mengenai tarikh dan waktu bila geran tersebut sedia untuk dikutip. Pada waktu itu, anda perlu hadir sendiri ke Pejabat Tanah untuk mengambil geran baru tersebut dengan membawa dokumen pengenalan diri.

Proses mendapatkan geran tanah baru ini biasanya akan berjalan dengan lancar sekiranya semua dokumen yang diperlukan diserahkan dengan lengkap dan tepat. Dengan mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan, anda dapat memastikan permohonan berjalan dengan cepat dan tanpa masalah.

Berapa Lama Proses Penggantian?

Proses penggantian geran tanah hilang biasanya mengambil masa antara 3 hingga 6 bulan, bergantung kepada jenis hakmilik tanah tersebut, sama ada ia Hakmilik Sementara (HS(D)) atau Hakmilik Kekal (GRN dan PN) dan Pejabat Tanah yang menguruskan kes tersebut. Waktu pemprosesan ini boleh berbeza-beza berdasarkan kerumitan kes, jumlah permohonan yang diterima, dan keperluan siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Di Selangor, sebagai contoh, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor mengambil masa yang berbeza untuk setiap jenis hakmilik tanah:

  • Hakmilik Pegangan Pajakan (Leasehold) / Hakmilik Sementara (HS(D)) – Tiga (3) bulan
  • Hakmilik Pegangan Bebas (Freehold) / Hakmilik Kekal (GRN dan PN) – Enam (6) bulan

Setiap permohonan perlu melalui siasatan yang teliti untuk memastikan tiada penipuan atau salah guna berlaku. Oleh itu, penting untuk anda bersabar dan memantau status permohonan secara berkala dengan Pejabat Tanah yang berkenaan.

 

Artikel Lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

geran rumah hilang

cara dapat salinan geran rumah

permohonan geran tanah baru

geran tanah rosak

proses ganti geran rumah

cara mohon geran tanah hilang

permohonan hakmilik tanah baru

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5626 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More