Loading Property Genie

Idea Deco Bilik Tidur Untuk Ruang Kecil

HOME RENOVATION

Written by Fazrina Fezili

Bilik tidur ni adalah ruang yang penting untuk setiap orang berehat dengan perasaan selesa dan tenang. Jadi, memang penting untuk kita pastikan deko atau hiasan dalam bilik tidur ni sedap mata memandang.

Bilik tidur yang besar memang mudah nak dihias dengan macam-macam idea tapi kebiasaannya nak deco bilik tidur yang kecil dan sempit ni yang agak mencabar lagi-lagi bila nak mix and match dengan susunan perabot dengan gaya deco yang kita impikan. Nak tahu sebab apa? Bila bilik tidur yang kecil ni di deco dengan cara yang salah, bukan saja akan nampak sempit tapi jadi serabut juga tau.

Jadi, harini kami nak share beberapa idea deco bilik tidur untuk ruang kecil supaya nampak luas dan selesa. Teruskan membaca!

Idea Deco Bilik Tidur Untuk Ruang Kecil

1. Cat Bilik dengan Warna Terang

Cat Bilik dengan Warna Terang

Memilih warna cat dinding bilik dengan warna terang macam putih, beige, atau pastel. Warna-warna ni boleh buat bilik nampak lebih cerah dan luas.

Warna terang ni memantulkan cahaya dengan baik, jadi bilik tidur akan nampak lebih besar daripada saiz sebenar.

2. Gunakan Perabot dengan Fungsi yang Banyak

Gunakan Perabot dengan Fungsi yang Banyak

Perabot serbaguna memang wajib ada untuk bilik tidur dengan ruang yang kecil. Contohnya, katil yang ada laci di bawahnya, meja solek dengan 2 in 1 fungsi seperti menjadi meja kerja, atau rak buku yang juga boleh jadi meja tepi katil.

Dengan perabot macam ni, anda boleh jimat ruang sebab tak perlu beli banyak perabot yang berlainan fungsi dan boleh sekalikan penggunaan.

3. Letak Cermin untuk Ilusi Pantulan

Idea Deco Bilik Tidur Untuk Ruang Kecil

Cermin besar adalah tips terbaik untuk buat bilik tidur nampak lebih besar. Letak cermin di tempat yang strategik, macam bertentangan dengan tingkap atau di belakang pintu. Pantulan dari cermin ni akan buat bilik tidur yang kecil nampak dua kali ganda luas dan lebih terang.

Anda juga boleh pilih perabot yang ada elemen cermin untuk kesan yang sama, seperti almari dengan pintu cermin atau meja solek dengan permukaan cermin.

4. Susunan Perabot Rapat ke Dinding

Idea Deco Bilik Tidur Untuk Ruang Kecil

Susun perabot rapat ke dinding dapat berikan keluasan pada lantai anda. Contohnya, letakkan katil di sudut bilik atau rapatkan rak buku ke dinding. Dengan cara ni, anda akan ada lebih banyak ruang untuk bergerak dan berikan ruang tengah bilik tidur yang lebih luas dan lapang.

Ini juga memudahkan anda untuk membersihkan lantai dan buat aktiviti lain dalam bilik tidur.

5. Pilih Jenis Langsir dengan Dua Lapisan (Sheer dan Blackout)

Idea Deco Bilik Tidur Untuk Ruang Kecil

Gunakan langsir dengan dua layer seperti sheer dan blackout. Langsir sheer membenarkan cahaya masuk untuk berikan pencahayaan bilik yang dan tetapi masih lagi menjaga  privasi, manakala langsir blackout pula boleh halang cahaya sepenuhnya bila anda nak tidur atau berehat pada siang hari.

Gabungan langsir dengan 2 layer ni berikan anda fleksibiliti dalam kawal pencahayaan bilik. Extra tips, bila anda pilih langsir, pastikan langsir adalah panjang sampai ke lantai untuk buat tingkap nampak lebih tinggi dan bilik nampak lebih besar.

6. Gunakan Cadar dengan Corak yang Simple

Idea Deco Bilik Tidur Untuk Ruang Kecil

Pilih cadar dengan corak yang simple atau warna pastel. Corak yang terlalu besar atau terlalu banyak boleh buat bilik tidur nampak serabut dan kecil. Warna-warna pastel atau neutral adalah pilihan yang baik sebab dia buat bilik nampak tenang dan luas.

Cadar dengan corak simple atau warna pastel juga senang untuk dipadankan dengan aksesori lain dalam bilik tidur, seperti bantal hiasan atau karpet. Anda boleh pilih cadar yang diperbuat dari kain yang berkualiti dan lembut untuk tambahan keselesaan.

Dengan 6 idea deco bilik tidur untuk ruang yang kecil ini, anda boleh ubah bilik tidur kecil jadi ruang yang lebih luas, teratur, dan selesa. Gunakan warna, perabot, dan aksesori yang betul untuk capai deco yang anda inginkan tanpa rasa serabut. Selamat menghias bilik tidur anda!

Sumber Gambar: Pinterest

Artikel lain:

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

deco bilik tidur

bilik tidur kecil

idea deco bilik tidur kecil

hias bilik tidur

minimalist

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!