Loading Property Genie

Jom Raikan Merdeka di Johor: Senarai Sambutan Program Kemerdekaan 2024

FIRST-TIME BUYER

Written by Fazrina Fezili

Tanggal 31 Ogos 1957 adalah tahun yang amat bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia. Ia menandakan detik bersejarah di mana Malaysia berjaya mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British, membawa negara ini ke era baru kebebasan dan kedaulatan. Setiap tahun, rakyat Malaysia menyambut tarikh ini dengan penuh semangat patriotik sebagai tanda penghormatan kepada perjuangan dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan.

Pada tahun 2024 ini, Hari Kemerdekaan yang ke-67 bakal disambut dengan lebih meriah, terutamanya di negeri Johor. Pelbagai acara dan aktiviti telah diatur bagi memeriahkan sambutan hari bersejarah ini, dari festival kebudayaan, konsert, hingga pameran dan aktiviti keluarga. Jika anda masih belum mempunyai rancangan, berikut adalah beberapa program menarik yang boleh anda sertai untuk meraikan Hari Kemerdekaan dan merasai semangat perpaduan serta cintakan tanah air melalui program-program menarik ini.

Senarai Sambutan Program Kemerdekaan di Johor Bahru, 31 Ogos 2024

1. Majestic Johor Festival 2024

event merdeka

Satu acara yang pasti menarik perhatian ialah Majestic Johor Festival 2024 yang akan diadakan di Puteri Harbour, Iskandar Puteri dari 28 Ogos hingga 1 September 2024. Festival ini akan berlangsung setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam, menampilkan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur.

Aktiviti program:

  • 28 Ogos 2024 (Rabu): Persembahan muzik daripada Irfan & The Barista, Cherpen Band, dan 6ixth Sense.
  • 30 Ogos 2024 (Jumaat): Hiburan daripada Kudien Rafee, Imran Ajmain, dan Aepul Roza.
  • 31 Ogos 2024 (Sabtu): Persembahan oleh Kumpulan Dinamik, Sofazr Band, dan Noh Salleh.

event merdeka

Sumber: Tourism Johor

Selain persembahan muzik yang menghiburkan, Majestic Johor Festival 2024 juga ada macam-macam aktiviti lain. Ada sambutan Hari Kemerdekaan & Kebudayaan dengan perarakan yang meriah dan pertunjukan bunga api yang pasti memukau. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman di Festival Makanan & Minuman, tengok rekaan menarik di Pameran Layang-Layang, dan ikut serta dalam Majestic Fun Run. Jangan lupa singgah ke Pameran Majlis Daerah untuk tahu lebih banyak tentang warisan budaya Johor.

  • Tarikh: 28 Ogos - 1 September 2024
  • Tempat: Puteri Harbour, Iskandar Puteri
  • Masa: 11 Pagi - 11 Malam

Jadi, jom ramai-ramai ke Majestic Johor Festival 2024! Inilah masanya untuk kita sama-sama meriahkan suasana, sambut kemerdekaan, dan menikmati hiburan berkualiti di Johor!

2. Konsert Malam Healing Sempena Chocolate Festival

event merdeka

Sumber: Pakmayafest

Bagi yang suka suasana santai, Konsert Malam Healing sempena Chocolate Festival ni memang pilihan yang tepat! Konsert ni akan diadakan pada 31 Ogos 2024. Pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan tribute selama 2 jam 30 minit oleh Cherpen dan Irfan & The Barista, yang akan membawakan lagu-lagu popular daripada kumpulan terkenal seperti Peterpan, D’Masiv, Nidji, ST12, dan Ungu.

Yang bestnya, konsert ini PERCUMA! Selain tu, ada juga pelbagai aktiviti menarik lain sepanjang festival, seperti:

  • Konsert Ruffedge pada 1 September 2024 jam 9 malam
  • Konsert Malam Indie bersama Jemson pada 30 Ogos 2024 jam10 malam

Bukan saja persembahan muzik tapi jualan dessert & coklat pun ada untuk pencinta makanan manis, jualan barangan terpakai untuk anda yang meminati barangan budle atau barangan vintage, EDM countdown untuk peminat muzik elektronik, dan teater Merdeka untuk mereka yang minat seni persembahan.

  • Tarikh: 29 Ogos - 1 September 2024
  • Tempat: Amphiteater, Tebing, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru
  • Masa: 4 Petang - 12 Malam

Memang seronok dan banyak aktiviti untuk dinikmati! Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dan merasai suasana Chocolate Festival yang santai dan penuh hiburan ini!

3. Kopi O-Rama Merdeka Edition

event merdeka

Sumber: eventjoho

Untuk semua penggemar kopi, Kopi O-Rama Merdeka Edition di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang adalah acara yang memang tak boleh dilepaskan! Anda boleh menikmati lebih daripada 30 jenis kopi dari seluruh dunia. Acara ni berlangsung dari tengahari hingga tengah malam, jadi ada banyak masa untuk mencuba pelbagai jenis kopi. Selain itu, ada juga pelbagai makanan viral dan dessert yang pasti menggugah selera!

Bukan sekadar kopi, Kopi O-Rama juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Anda boleh shopping di jualan barangan runcit dan thrift, menikmati persembahan artis, dan menyaksikan pertunjukan bunga api yang memukau. Untuk pengalaman yang lebih menarik, ada juga perkhemahan bandar selama 2 hari 1 malam, bengkel kreatif bagi yang suka belajar sesuatu yang baru, serta pertandingan Merdeka untuk menambah semangat patriotik.

  • Tarikh: 29 Ogos - 1 September 2024
  • Tempat: Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, JB
  • Masa: 12 Tengah Hari - 12 Malam

Acara ini memang tempat yang sesuai untuk bersantai dan berlibur bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan suasana yang meriah dan pelbagai aktiviti menarik, Kopi O-Rama Merdeka Edition pastinya akan menjadi kenangan yang tak terlupakan!

4. Konsert Jiwa Merdeka

event merdeka

Sumber: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Malam sebelum Hari Kemerdekaan bakal lebih meriah dengan Konsert Jiwa Merdeka yang akan diadakan pada 30 Ogos, di Johor Bahru. Konsert ini menampilkan persembahan hebat daripada artis-artis terkenal seperti Haqiem Rusli, Wani Syaz, Safura Yaacob, dan Afieq Shazwan, menjanjikan hiburan yang pasti memukau semua penonton.

Selain konsert, pelbagai aktiviti menarik lain turut menanti. Pengunjung boleh menjamu selera dengan pelbagai pilihan makanan dari foodtruck, membeli-belah di khemah jualan, dan menikmati persembahan orkestra bandaraya yang memukau. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan deklamasi sajak dan persembahan khas dari sekolah seni, yang pasti menambah lagi kemeriahan acara ini.

  • Tarikh: 30 Ogos 2024 (Jumaat)
  • Tempat: Dataran Bandaraya Johor Bahru
  • Masa: 6 Petang - 12 Malam

Acara ini akan ditutup dengan countdown ambang Merdeka yang disertai dengan pertunjukan bunga api yang menakjubkan, membawa semangat kemerdekaan yang membara. Jom sertai Konsert Jiwa Merdeka dan raikan kemerdekaan dengan penuh gaya dan semangat!

5. Promosi Istimewa di Zoo Johor

zoo johor

Sambut Hari Kemerdekaan dengan cara yang menyeronokkan bersama keluarga di Zoo Johor! Pada 31 Ogos, Zoo Johor akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang, menawarkan promosi istimewa sepanjang bulan Merdeka. Tiket masuk untuk dewasa hanya RM5, dengan diskaun 50% dari harga asal RM10 untuk warganegara. Lebih menarik lagi, kanak-kanak, warga emas, dan OKU boleh masuk secara percuma, menjadikan lawatan ini lebih mesra keluarga dan pastinya lebih berbaloi.

  • Tarikh: Bermula 31 Ogos 2024
  • Tempat: Zoo Johor
  • Masa: 9 Pagi - 6 Petang

Ini adalah peluang terbaik untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga sambil menikmati pelbagai tarikan menarik di Zoo Johor. Dengan harga tiket yang sangat berpatutan dan suasana yang penuh dengan keceriaan, Zoo Johor adalah destinasi yang bijak untuk dikunjungi pada Hari Kemerdekaan ini!

Baca juga info lanjut di Zoo Johor Akan Dibuka Merdeka ini Dengan 50% Diskaun!
 

Hari Kemerdekaan bukan sekadar satu perayaan biasa, ia adalah lambang kebebasan, perpaduan, dan semangat cintakan negara yang menyatukan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Sambutan pada 31 Ogos 2024 ini adalah peluang untuk kita mengenang sejarah, menghayati erti kemerdekaan, dan merapatkan silaturahim di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Dengan pelbagai acara menarik yang dianjurkan, pastikan anda meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati keseronokan dan kemeriahan yang ditawarkan. Marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangga, dan menanamkan semangat patriotik dalam diri kita dan generasi akan datang. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67!

Semoga Malaysia terus maju, aman, dan makmur. Merdeka!

Artikel lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Sambutan Merdeka

Kemerdekaan

67 tahun merdeka

aktiviti merdeka

program merdeka

Majestic Johor Festival 2024

Konsert Jiwa Merdeka Johor

Kopi O-Rama Merdeka Edition

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More