Loading Property Genie

Kelayakan Beli Rumah Mengikut Gaji: Apa Yang Perlu Anda Tahu

FIRST-TIME BUYER

Written by Fazrina Fezili

Membeli rumah adalah salah satu keputusan kewangan terbesar dalam hidup kita. Sebelum anda membeli rumah, penting untuk anda fahami sejauh mana kelayakan anda berdasarkan gaji yang anda terima.

Mari kita lihat bagaimana cara menentukan kelayakan beli rumah mengikut gaji anda dan apa yang perlu dipertimbangkan.

9 Cara Menentukan Kelayakan Beli Rumah Mengikut Gaji

1. Tahu Matlamat Anda

Pertama sekali, tanya diri anda, kenapa anda nak beli rumah? Adakah ia untuk tinggal sendiri, untuk pelaburan, atau sebagai rumah percutian?

Bila tahu matlamat utama, ia akan membantu anda memilih rumah yang sesuai dengan gaya hidup dan kemampuan kewangan anda. Pastikan tujuan anda jelas supaya anda boleh merancang langkah seterusnya dengan lebih mudah.

2. Rule of 200: Kira Harga Rumah Ikut Gaji

Cara Menentukan Kelayakan Beli Rumah ikut Gaji

Kaedah ini sangat popular digunakan untuk menentukan harga rumah yang mampu dibeli berdasarkan gaji. Secara amnya, harga rumah ikut gaji adalah sekitar 200 kali gaji bulanan anda.

Contohnya, jika gaji bulanan anda RM3,000, harga rumah yang sesuai untuk anda adalah sekitar RM600,000 (RM3,000 x 200). Ini hanyalah anggaran kasar, tetapi ia dapat memberi anda gambaran awal tentang anggaran harga rumah yang sesuai mengikut gaji anda.

3. Kira Gaji Bersih Anda

Cara Menentukan Kelayakan Beli Rumah ikut Gaji

Gaji bersih adalah jumlah wang yang tinggal selepas tolak cukai dan potongan wajib seperti KWSP dan PERKESO. Gaji bersih maksudnya adalah pendapatan bersih yang menunjukkan jumlah sebenar wang yang anda ada untuk perbelanjaan bulanan.

Semakin tinggi pendapatan bersih anda, semakin banyak pilihan rumah yang anda mampu beli. Kiraan gaji bersih ini penting untuk memastikan anda tidak melebihi kemampuan kewangan anda.

4. Maksud Gaji Kasar

Gaji kasar merujuk kepada jumlah pendapatan sebelum sebarang potongan seperti cukai, KWSP, dan PERKESO. Ini adalah gaji asas yang ditetapkan dalam kontrak pekerjaan anda dan merupakan angka yang digunakan untuk mengira gaji bersih.

Memahami maksud gaji kasar adalah penting kerana ia memberi anda gambaran keseluruhan tentang berapa banyak yang anda perolehi sebelum sebarang potongan dilakukan.

5. Net Disposable Income

Cara Menentukan Kelayakan Beli Rumah ikut Gaji

Net Disposable Income merujuk kepada jumlah wang yang tinggal selepas menolak semua perbelanjaan bulanan seperti hutang, sewa, dan bil utiliti. Ini adalah wang yang anda boleh gunakan untuk perbelanjaan harian dan simpanan.

Sebelum membeli rumah, pastikan anda mempunyai Net Disposable Income yang mencukupi untuk menampung kos tambahan seperti cukai pintu, insurans rumah, dan kos penyelenggaraan.

6. Skor Kredit yang Bagus

Cara Menentukan Kelayakan Beli Rumah ikut Gaji

Skor kredit yang bagus adalah penting untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah bagi pinjaman rumah. Bank akan memeriksa sejarah kredit anda untuk menilai kebolehpercayaan anda sebagai peminjam. Pastikan anda membayar bil tepat pada masanya dan mengelakkan daripada memiliki hutang tertunggak untuk meningkatkan skor kredit anda. Skor kredit yang baik juga meningkatkan peluang anda mendapatkan kelulusan pinjaman yang lebih tinggi.

7. DSR (Debt Service Ratio)

DSR adalah nisbah hutang terhadap pendapatan anda. Bank menggunakan DSR untuk menilai kemampuan anda membayar balik pinjaman. Bank biasanya menggalakkan DSR di bawah 70%.

Ini bermakna jumlah ansuran hutang bulanan anda (termasuk pinjaman rumah) tidak seharusnya melebihi 70% daripada pendapatan bulanan anda. Memahami dan memantau DSR anda membantu memastikan anda tidak terbeban dengan hutang yang berlebihan.

8. Kalkulator Loan Rumah dan Kalkulator Kelayakan Loan Rumah

Untuk memudahkan proses pengiraan, anda boleh menggunakan kalkulator loan rumah atau kalkulator pinjaman perumahan yang terdapat di propertygenie.com.my.

Kira dengan Kalkulator pinjaman perumahan

Alat ini membantu anda memahami anggaran bayaran bulanan berdasarkan harga rumah, kadar faedah, dan tempoh pinjaman. Dengan menggunakan kalkulator kelayakan loan rumah, anda boleh mendapatkan anggaran berapa banyak yang boleh anda pinjam berdasarkan gaji dan komitmen kewangan anda.

9. Cara Kira Loan Rumah

Cara kira loan rumah adalah dengan menggunakan pelbagai faktor seperti harga rumah, kadar faedah, tempoh pinjaman, dan pendapatan bersih anda. Biasanya, bank akan mempertimbangkan 30% hingga 40% dari gaji bulanan sebagai ansuran yang selamat.

Contohnya, jika gaji anda RM3,000, kiraan 30% bermaksud RM900 sebulan untuk ansuran rumah. Anda boleh menggunakan kalkulator loan rumah untuk mengira ansuran bulanan yang perlu dibayar dan memahami sejauh mana kelayakan anda berdasarkan gaji.

Contoh Kiraan dan Anggaran Harga Rumah Ikut Gaji

Gaji Bulanan (RM) Anggaran Ansuran Bulanan (30% dari gaji) Anggaran Harga Rumah (Rule of 200) Jenis Hartanah
2,000 600 400,000 Rumah Kos Rendah / Apartmen Kecil
3,000 900 600,000 Apartmen / Kondominium
4,000 1,200 800,000 Kondominium / Rumah Teres
5,000 1,500 1,000,000 Rumah Teres / Semi-D
7,000 2,100 1,400,000 Semi-D 
10,000 3,000 2,000,000 Banglo 

 

Cari rumah baru anda di sini!

Gaji RM1500 Beli Rumah: Adakah Mampu?

Jika anda mempunyai gaji RM1500, mungkin sukar untuk membeli rumah kerana kemampuan ansuran bulanan anda adalah terhad. Menggunakan formula 30% daripada gaji, anda hanya mampu membayar sekitar RM450 untuk ansuran bulanan.

Dalam kes ini, anda mungkin perlu mempertimbangkan rumah kos rendah atau mencari bantuan skim perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan. 

Klik sini untuk baca:  Senarai Skim Perumahan Kerajaan 2024

 

Ingat! Membeli rumah bukan sekadar tentang kemampuan membayar deposit dan ansuran bulanan. Ia memerlukan perancangan kewangan yang teliti dan pemahaman tentang keadaan kewangan anda secara keseluruhan. Rumah adalah pelaburan jangka panjang, dan keputusan ini akan mempengaruhi gaya hidup anda untuk masa yang lama.

Jadi, rancang dengan bijak dan pilihlah rumah yang benar-benar sesuai dengan kemampuan dan keperluan anda. Selamat membeli rumah!

Artikel lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

harga rumah ikut gaji

kalkulator loan rumah

dsr

gaji bersih maksud

gaji bersih

kalkulator pinjaman perumahan

kiraan gaji bersih

maksud gaji kasar

cara kira loan rumah

kalkulator kelayakan loan rumah

gaji 1500 beli rumah

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More