Loading Property Genie

Panduan Lengkap Permohonan PPRT Sabah dan Jenis Bantuan PPRT

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Ramai di antara kita yang berangan-angan nak ada rumah sendiri, tapi apakan daya, kurang berkemampuan. Walaupun banyak perumahan baru dibangunkan, tak ramai yang mampu beli atau dapatkan pinjaman. Dalam erti kata lain, nak ada rumah sendiri tu seolah-olah impian yang susah nak capai.

Tapi, jangan cepat putus asa! Sesiapa saja boleh memiliki rumah sendiri, dan itulah sasaran utama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Pejabat KPLB Negeri Sabah.

Kami nak kongsikan berita gembira untuk mereka yang tinggal di Sabah sebab impian memiliki rumah sendiri bakal jadi kenyataan dengan adanya Skim Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Mesti anda dah tak sabar nak tahu lebih lanjut tentang skim Rumah PPRT ni, kan? Jom teruskan membaca untuk tahu apa sebenarnya PPRT, di mana lokasinya, kriteria memohon, dan macam-macam lagi maklumat lain.

Apa Sebenarnya Rumah PPRT?

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah satu inisiatif kerajaan Malaysia yang direka khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri. Di Sabah, program ini telah banyak membantu keluarga dengan menyediakan rumah yang selesa dan selamat. Rumah PPRT bukan sahaja menyediakan rumah, tapi juga meningkatkan kualiti hidup penerima dengan menawarkan persekitaran yang lebih baik dan berdaya maju.

Objektif utama PPRT adalah untuk mengurangkan kemiskinan dengan membantu golongan termiskin mendapatkan tempat tinggal yang selesa. Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kualiti hidup penerima dengan menyediakan persekitaran yang lebih baik dan selamat. Rumah PPRT turut berperanan dalam membangunkan komuniti dengan mewujudkan kawasan perumahan yang lebih teratur dan maju.

2 Kategori Rumah PPRT di Sabah

Skop PPRT terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  1. Program Pembinaan Baru Rumah PPRT: Rumah PPRT menyediakan rumah baru yang dibina khas untuk golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah ini direka untuk memenuhi keperluan asas keluarga dengan kemudahan yang mencukupi untuk kehidupan seharian. Lokasi rumah-rumah ini biasanya di kawasan yang strategik dan mudah diakses. Antara penerima yang layak adalah:
    • Tak mempunyai rumah;
    • Rumah yang didiami terlalu uzur;
    • Rumah yang didiami tak selamat diduduki;
    • Rumah sedia ada tak ekonomik untuk dibaiki.
  2. Program Baik Pulih Rumah PPRT: Bagi mereka yang sudah memiliki rumah tetapi dalam keadaan daif atau tidak selamat, Rumah PPRT juga menyediakan bantuan untuk baik pulih rumah. Ini termasuk kerja-kerja pembaikan seperti:
    • Memperbaiki bumbung yang bocor.
    • Menggantikan dinding yang rosak atau retak.
    • Membetulkan struktur asas rumah yang mungkin telah uzur.
    • Membaiki lantai yang rosak.
    • Memperbaiki atau mengganti sistem bekalan air dan elektrik yang tidak berfungsi dengan baik.
    • Kerja-kerja lain yang diperlukan untuk memastikan rumah tersebut selamat dan selesa untuk didiami.

Berapa Kadar Bantuan Rumah PPRT di Sabah Sediakan?

  1. Pembinaan Baru
    • Untuk pembinaan rumah baru, kadar bantuan yang disediakan adalah sekitar RM45,000 hingga RM55,000.
    • Jumlah ini meliputi kos pembinaan keseluruhan rumah termasuk bahan binaan, upah pekerja, dan lain-lain kos yang berkaitan.
  2. Baik Pulih Rumah
    • Bagi program baik pulih rumah, kadar bantuan yang diberikan adalah sekitar RM10,000 hingga RM15,000 bergantung kepada tahap kerosakan dan keperluan pembaikan rumah tersebut.
    • Bantuan ini digunakan untuk membaiki atau menggantikan bahagian rumah yang rosak, memastikan rumah tersebut selamat dan selesa untuk didiami.

Kenapa Perlu Pertimbangkan Rumah PPRT?

Program ini bukan sahaja menawarkan rumah, tetapi juga memberikan anda dan keluarga persekitaran yang lebih baik untuk membesar dan berkembang. PPRT memberikan penyelesaian kepada masalah perumahan yang sering dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah. Dengan adanya bantuan kewangan dan harga rumah yang berpatutan, anda boleh memiliki rumah tanpa perlu risau tentang beban kewangan yang terlalu besar.

Spesifikasi Rumah PPRT di Sabah

Size rumah PPRT Sabah

Rumah PPRT direka untuk memenuhi keperluan asas keluarga dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk kehidupan seharian. Spesifikasi rumah PPRT biasanya termasuk:

  • 3 Bilik Tidur: Sesuai untuk keluarga dengan beberapa anak.
  • 1 Bilik Mandi: Kemudahan asas untuk kebersihan diri.
  • 1 Ruang Tamu: Tempat untuk keluarga berkumpul dan bersantai.
  • 1 Dapur: Ruang memasak dengan kemudahan asas.
  • Keluasan Rumah: Keluasan rumah PPRT biasanya sekitar 700 hingga 900 kaki persegi, bergantung kepada reka bentuk dan lokasi rumah.

Siapa Yang Layak Memohon & Macam Mana Nak Mohon Rumah PPRT?

Untuk memohon rumah di bawah Rumah PPRT Sabah, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Antara kriteria-kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang layak adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan penduduk Sabah.
  • Pemohon mesti disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih).
  • Pemohon boleh diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri.
  • Pemohon boleh diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan.
  • Pemohon boleh diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.
  • Pemohon mesti tidak memiliki rumah sendiri atau tinggal di rumah yang tidak sesuai untuk didiami.
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.

Syarat Tambahan untuk Kategori Rumah PPRT Bina Baru dan Rumah PPRT Baik Pulih di Sabah

PPRT Bina Baru

  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  • Pemohon mempunyai pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf). *Untuk ini, pemohon perlu mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

PPRT Baik Pulih

  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000. 
  • Bantuan hanya diberikan untuk rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Bagi kes menumpang tanah milik orang lain, tanah milik sebahagian, atau tanah Kerajaan, pemohon mesti mendapatkan kebenaran untuk membaik pulih dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.

PPRT Baik Pulih Sabah

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu ada sebelum memohon PPRT kedua-dua kategori di Sabah. Tapi, ada juga perlu tahu yang terdapat beberapa keutamaan ketika diberi bantuan PPRT di Sabah ini:

Keutamaan Pemberian Bantuan

  • Warga emas, ibu tunggal, atau golongan OKU (Orang Kurang Upaya).
  • Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  • Mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  • Daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

Dokumen Sokongan bagi Permohonan Rumah PPRT di Sabah yang Diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan).
  • Penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan dari majikan. Bagi yang bekerja sendiri, surat akuan pendapatan dari penghulu atau ketua kampung.
  • Sijil kelahiran anak-anak, sijil perkahwinan, atau sijil kematian pasangan (jika berkaitan).
  • Bil utiliti terkini (contoh: bil air, bil elektrik) sebagai bukti alamat.
  • Surat sokongan dari ketua kampung atau penghulu, jika ada.

Dengan memenuhi syarat-syarat di atas dan menyediakan dokumen sokongan yang lengkap, peluang untuk permohonan PPRT anda diterima akan meningkat. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan sahih untuk memudahkan proses penilaian oleh pihak berkuasa.

Cara Mohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Sabah

Pada mereka yang layak untuk memohon, boleh muat turun Borang Permohonan PPRT dan sediakan semua dokumen yang diperlukan.

  1. Dapatkan borang permohonan di Pejabat Daerah atau Pejabat Perumahan yang terdekat.
  2. Atau anda boleh muat turun Borang Permohonan PPRT 
  3. Sediakan semua Dokumen Sokongan
  4. Hantar borang permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan ke Pejabat Daerah atau Pejabat Perumahan.
  5. Permohonan akan disemak dan pemohon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.
  6. Keputusan akan dimaklumkan melalui surat rasmi atau panggilan telefon.
  7. Jika berjaya, pemohon perlu menandatangani perjanjian dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Soalan Lazim Tentang Rumah PPRT

Masih lagi keliru? Kami juga ada sediakan soalan yang selalu orang tanyakan tentang PPRT. Berikut adalah Soalan Lazim (FAQ) tentang Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Sabah:

1. Bolehkah pemohon yang tidak mempunyai tanah memohon bantuan PPRT?

  • Ya, pemohon boleh memohon dengan syarat mereka mempunyai kebenaran penggunaan tanah daripada pemilik atau menggunakan tanah kerajaan dengan izin yang sah.

2. Bolehkah saya memohon PPRT jika saya hanya mempunyai sebahagian hak milik tanah?

  • Ya, pemohon yang memiliki sebahagian hak milik tanah juga layak memohon, dengan syarat mendapat kebenaran penggunaan tanah daripada pemilik.

3. Adakah bantuan PPRT hanya untuk membina rumah baru?

  • Tidak, bantuan PPRT juga boleh digunakan untuk membaiki rumah yang rosak akibat bencana atau keadaan yang uzur.

4. Apakah reka bentuk rumah PPRT?

  • Reka bentuk rumah PPRT biasanya adalah rumah asas yang menyediakan keperluan tempat tinggal yang selesa dan selamat. Reka bentuk mungkin berbeza mengikut lokasi dan keperluan penduduk.

Reka bentuk Rumah PPRT Sabah

5. Adakah rumah PPRT dibina secara berkelompok?

  • Ya, dalam beberapa kes, rumah PPRT dibina secara berkelompok bagi memudahkan penyediaan infrastruktur asas seperti jalan, air, dan elektrik.

6. Adakah rumah PPRT boleh diwarisi?

  • Ya, rumah PPRT boleh diwarisi oleh ahli keluarga pemohon mengikut undang-undang warisan yang terpakai.

7. Adakah rumah PPRT boleh diubahsuai atau ditambah?

  • Ya, rumah PPRT boleh diubahsuai atau ditambah dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

8. Bolehkah KPLB membina jalan/jambatan atau lampu jalan menghala ke rumah PPRT?

  • Ya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) boleh menyediakan infrastruktur seperti jalan, jambatan, atau lampu jalan ke rumah PPRT mengikut keperluan dan peruntukan yang ada.

9. Sekiranya tapak rumah PPRT terletak di kawasan banjir, adakah KPLB akan menambak kawasan/tapak tersebut?

  • Ya, KPLB akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penghuni, termasuk menambak kawasan yang terdedah kepada banjir.

10. Bolehkah PPRT dibina atas tanah berstatus TOL (Temporary Occupational License)?

  • Ya, PPRT boleh dibina atas tanah berstatus TOL dengan kebenaran dan kelulusan yang sah daripada pihak berkuasa tanah yang berkenaan.

11. Siapakah yang diberi keutamaan dalam pemberian bantuan Rumah PPRT?

  • Warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu atau bapa tunggal dengan ramai tanggungan.
  • Mangsa bencana kecil.
  • Kawasan dengan kadar kemiskinan yang tinggi.

12. Adakah saya perlu membayar semula bantuan Rumah PPRT?

  • Tidak, bantuan PPRT diberikan sebagai bantuan langsung tanpa perlu dibayar balik.

13. Berapa lama proses kelulusan permohonan Rumah PPRT?

  • Tempoh kelulusan bergantung kepada kelengkapan dokumen dan proses pengesahan di peringkat daerah dan negeri. Biasanya, ia mengambil masa beberapa bulan.

14. Apakah bantuan tambahan yang disediakan oleh PPRT?

  • Selain pembinaan atau pembaikan rumah, bantuan lain seperti penyediaan bekalan air dan elektrik mungkin disediakan bergantung kepada keperluan dan lokasi.

Jika anda mempunyai soalan tambahan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Perumahan Negeri Sabah.

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Sabah merupakan peluang emas bagi mereka yang layak untuk memiliki rumah sendiri dan meningkatkan kualiti hidup. Jangan lepaskan peluang ini. Mohon sekarang dan pastikan anda dan keluarga mempunyai tempat tinggal yang selesa dan selamat.

Kami berharap lebih ramai yang kurang berkemampuan mendapat peluang untuk memiliki rumah sendiri dengan skim bantuan seperti ini. Teruskan usaha anda dan semoga berjaya!

Artikel lain:

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

ekasih

Bantuan Perumahan

PPRT di Sabah

PPRT Baik Pulih Sabah

PPRT Bina Sendiri Sabah

RUMAH PPRT

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!