PROPERTY GUIDE
Written by Fazrina Fezili
Bila masuk bab beli atau jual rumah, selalu timbul persoalan, "Siapa sebenarnya yang kena bayar yuran ejen?" Kalau anda tertanya-tanya benda yang sama, jangan risau, anda tak keseorangan.
Topik ni memang selalu jadi tanda tanya, lebih-lebih lagi untuk mereka yang baru pertama kali terlibat dalam urusan hartanah. Jadi, jom panduan ini untuk anda faham lebih jelas!
Ejen hartanah berperanan sebagai "orang tengah" yang membantu proses jual beli atau sewaan hartanah berjalan dengan lancar. Tugas mereka merangkumi pelbagai aspek teknikal dan praktikal, memastikan kedua-dua pihak, sama ada penjual atau pembeli, mencapai persetujuan yang memuaskan. Antaranya:
Ejen akan bantu penjual memasarkan hartanah dengan strategi yang berkesan seperti iklan di platform online, papan tanda, dan kempen media sosial untuk menarik perhatian pembeli yang berpotensi.
Ejen hartanah akan buat kajian pasaran bagi memastikan harga rumah yang ditawarkan adalah kompetitif, adil, dan menarik di mata pembeli.
Mereka akan aturkan sesi lawatan untuk pembeli yang berminat dan memberikan maklumat lengkap tentang hartanah tersebut.
Ejen akan jadi orang tengah untuk membantu pembeli dan penjual mencapai persetujuan harga yang memuaskan kedua-dua pihak.
Ejen hartanah juga akan membantu menyediakan dokumen penting seperti perjanjian jual beli (SPA), dokumen pinjaman, dan dokumen guaman supaya semua proses berjalan dengan lancar.
Sama ada anda pembeli atau penjual, ejen hartanah boleh beri nasihat profesional tentang proses, undang-undang hartanah, dan juga pilihan kewangan seperti pinjaman bank.
Dengan bantuan ejen hartanah, anda tak perlu pening kepala uruskan semua ni seorang diri. Sebab itulah, ejen hartanah adalah aset penting dalam mana-mana transaksi hartanah!
Cari Ejen Hartanah di sini |
Secara umumnya, yuran ejen hartanah dibayar oleh penjual. Kenapa? Sebab penjual melantik ejen untuk membantu menjual hartanah mereka, termasuk mencari pembeli, menguruskan rundingan, dan memastikan dokumen lengkap.
Tapi, ada juga situasi di mana pembeli yang membayar. Contohnya, kalau pembeli secara khusus melantik ejen untuk cari hartanah yang memenuhi keperluan mereka. Dalam kes ini, yuran ejen mungkin ditanggung oleh pembeli sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang diterima.
Semuanya bergantung pada perjanjian awal. Jadi, sebelum apa-apa, pastikan anda faham betul-betul terma dan syarat dengan ejen hartanah untuk elak kekeliruan atau isu di kemudian hari.
Yuran ejen hartanah biasanya bergantung kepada nilai hartanah yang terlibat. Di Malaysia, kadar standard yuran ini sudah ditetapkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (BOVEAP), iaitu:
Contoh: Jika harga jualan hartanah adalah RM500,000 dan kadar yuran ditetapkan pada 2%, jumlah yuran ialah RM10,000.
Kesimpulannya, yuran ejen hartanah bergantung pada jenis hartanah dan perjanjian dengan ejen. Jadi, pastikan anda jelas tentang terma sebelum menandatangani sebarang kontrak!
Beberapa faktor boleh mempengaruhi jumlah yuran yang dikenakan oleh ejen hartanah:
Secara purata, yuran ejen hartanah di Malaysia adalah antara 2% hingga 3% daripada harga jualan hartanah. Namun, untuk hartanah komersial atau bernilai tinggi, kadar yuran boleh dirunding lebih rendah. Dengan memilih ejen hartanah yang berdaftar dan berpengalaman, anda bukan sahaja mendapat khidmat profesional, tetapi juga memastikan transaksi jual beli hartanah anda berjalan lancar dan tanpa isu.
Pastikan semua terma dan syarat, termasuk tanggungjawab pembayaran yuran, dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian bertulis. Ini penting untuk mengelakkan sebarang salah faham di kemudian hari.
Semak kadar yuran yang dikenakan oleh ejen. Pastikan ia tidak melebihi kadar maksimum yang ditetapkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH), iaitu 3% daripada harga jualan hartanah.
Jangan takut untuk berunding kadar yuran. Sebelum memeterai perjanjian, anda berhak berbincang dengan ejen untuk mendapatkan kadar yang adil dan sesuai dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Kebiasaannya, penjual yang kena bayar yuran ejen hartanah di Malaysia. Tapi, ada juga kes khas bila pembeli guna ejen sendiri atau kalau ada persetujuan bersama. Apa pun, penting untuk faham peranan ejen, kadar yuran, dan bincang secara terbuka untuk elak masalah.
Nak urusan jual beli hartanah jadi mudah dan lancar? Pastikan pilih ejen hartanah yang berdaftar dan berpengalaman. Kalau perlukan bantuan, jangan segan-segan hubungi kami di Property Genie. Kami sedia membantu!
Artikel lain:
Share :
Article Highlights
yuran ejen hartanah
tugas ejen hartanah
siapa bayar yuran ejen hartanah
kadar yuran ejen hartanah Malaysia
tips jual beli hartanah
rundingan harga hartanah
perjanjian ejen hartanah
khidmat ejen hartanah berdaftar
panduan jual beli rumah
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent
Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!
Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.
We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!
Top Searched Property For Sale
Properties For Sale in Kuala Lumpur
Properties For Sale in Petaling Jaya
Properties For Sale in Johor Bahru
Properties For Sale in Seremban
Top Searched Property For Rent
Properties For Rent in Kuala Lumpur
Properties For Rent in Petaling Jaya
Properties For Rent in Johor Bahru
Properties For Rent in Seremban
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent