Loading Property Genie

Senarai Rumah Banglo di Port Dickson Untuk Dijual

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Rumah Banglo Mewah dan Moden untuk Kediaman atau Pelaburan di Port Dickson

Port Dickson memang popular sebagai destinasi percutian tepi pantai yang menarik. Bagi anda yang mencari rumah banglo di sini, pilihan yang ada memang menarik – dari banglo moden setingkat hingga banglo 2 tingkat cantik dengan pemandangan laut. Berikut beberapa banglo di Port Dickson yang sesuai untuk kediaman atau pelaburan.

1. Double Storey Banglo di Jalan Pantai

banglo di Port Dickson

Rumah Banglo 2 tingkat yang cantik di Port Dickson ini hanya 700 meter dari pantai, sangat strategik untuk anda yang nak dekat dengan laut. Terletak di Jalan Pantai, Batu 4, banglo ini lengkap dengan kemudahan di kawasan sekitar.

  • Status: Freehold
  • Luas Tanah: 5,813 kaki persegi
  • Luas Binaan: 3,000 kaki persegi
  • Bilik: 5 bilik tidur, 4 bilik mandi + 1 bilik mandi luar untuk kegunaan lepas mandi laut
  • Kemudahan Berdekatan: KFC 24 jam, pasar malam, dan sekolah-sekolah seperti SK Panglima Adnan

Banglo ini memang sesuai untuk keluarga besar atau dijadikan rumah percutian.

2. Double Storey Banglo Taman Tanjung

banglo di Port Dickson

Satu lagi pilihan menarik bagi yang mahu banglo di Port Dickson dengan pemandangan laut tanpa halangan. Terletak di Taman Tanjung, banglo ini menawarkan suasana mewah dengan reka bentuk moden yang membolehkan anda menikmati pemandangan laut.

  • Status: Freehold, tiada sekatan untuk pembeli asing
  • Luas Tanah: 11,600 kaki persegi
  • Luas Binaan: 4,600 kaki persegi
  • Bilik: 3 bilik tidur atas (dengan bilik mandi en-suite) dan 3 di bawah
  • Kemudahan Tambahan: Ada outhouse 460 kaki persegi yang boleh dijadikan bilik permainan atau stor

Banglo ini dilengkapi taman luas yang cukup besar untuk kolam renang. Sangat sesuai bagi anda yang cari rumah percutian mewah di Port Dickson.

3. Single Storey Banglo di Tanjung Gemok 

banglo di Port Dickson

Banglo di Port Dickson ini adalah contoh rumah banglo moden setingkat yang terletak hanya 200 meter dari pantai dan dekat dengan bandar. Praktikal dan sesuai untuk mereka yang suka kemudahan bandar.

  • Status: Freehold tanpa sekatan
  • Luas Tanah: 9,150 kaki persegi
  • Bilik: 4 bilik tidur, 3 bilik mandi
  • Kemudahan: Dapur wet dan dry, ruang tamu luas, serta patio besar menghadap laut

Dengan lokasi dekat pantai dan bandar, banglo ini memang ideal untuk dijadikan rumah percutian atau kediaman tetap.

4. Single Storey Banglo Taman Toh Kee Kah 

banglo di Port Dickson

Banglo ini sangat sesuai untuk anda yang inginkan ketenangan. Terletak di Taman Toh Kee Kah, Port Dickson, banglo setingkat ini berada dalam suasana yang damai tetapi dekat dengan bandar utama.

  • Status: Freehold tanpa sekatan
  • Bilik: 4 bilik tidur, 3 bilik mandi
  • Kawasan Luar: Taman matang, carport muat dua kereta
  • Lokasi: 10 minit ke pantai awam, 50 minit ke KLIA

Banglo ini pilihan terbaik sebagai rumah persaraan atau kediaman percutian yang damai di Port Dickson.

5. Private Villa di Port Dickson 

banglo di Port Dickson

Villa eksklusif ini hanya 10 meter dari pantai, dengan keluasan tanah 23,000 kaki persegi dan reka bentuk moden. Terletak di kawasan yang tenang, banglo ini memang sesuai untuk mereka yang mahukan privasi.

  • Status: Freehold (Malay reserved)
  • Bilik: 3 bilik tidur, 3 bilik mandi
  • Ciri Tambahan: Kipas elektrik untuk menghalau monyet
  • Kos Pembinaan: RM1.5 juta, siap dibina pada 2018

Villa ini sempurna untuk rumah percutian yang eksklusif di Port Dickson – hanya beberapa langkah dari pantai!

6. Double Storey Banglo di Taman Suria 

banglo di Port Dickson

Banglo dua tingkat ini menawarkan suasana santai yang sempurna dengan akses pantai yang mudah. Hanya 15 minit berjalan kaki dari pantai Avillion, banglo di Port Dickson ini sesuai untuk keluarga yang suka berkumpul.

  • Status: Freehold tanpa sekatan
  • Bilik: 3 bilik tidur atas, ruang tamu, dapur dan ruang makan bawah
  • Kemudahan Luar: Taman rapi dengan kawasan BBQ

Dengan suasana santai dan lokasi yang dekat dengan pantai, banglo ini memang ideal untuk rumah percutian keluarga di Port Dickson.

Port Dickson sememangnya lokasi ideal untuk mencari rumah banglo moden dengan pemandangan laut atau suasana pantai. Sama ada anda inginkan rumah banglo 2 tingkat cantik atau contoh rumah banglo moden setingkat, Port Dickson menawarkan pelbagai pilihan banglo yang sesuai untuk keperluan peribadi atau pelaburan hartanah.

Property Agent:

Artikel Lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

rumah banglo mewah

contoh rumah banglo moden setingkat

rumah banglo 2 tingkat cantik

design rumah banglo moden

banglo di Port Dickson

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More