Loading Property Genie

Senarai Rumah Berdekatan Dengan RTS Link Johor Bahru Terkini 2024

PROPERTY REVIEWS

Written by Fazrina Fezili

Rapid Transit System Link ( RTS Link ) antara Johor Bahru Dan Singapura mempunyai kira-kira 4km panjang dengan dua stesen, satu di Bukit Chagar, Johor Bahru, Malaysia dan satu di Woodlands, Singapura. yang akan siap menjelang 2026, buatkan ramai yang mencari dan membeli rumah berhampiran RTS Link ini.

Dengan kemudahan RTS Link berdekatan buatkan hartanah atau rumah di RTS Link menjadi tempat yang paling banyak di cari. Rumah berdekatan RTS Link boleh menjadi pelaburan hartanah yang baik atas permintaan hartanah yang tinggi dan menjadi hab aktiviti ekonomi yang sedang pesat membangun.

Jadi, buat anda yang masih lagi tercari-cari hartanah yang berdekatan dengan RTS Link, teruskan membaca untuk tahu senarai hartanah / rumah berhampiran RTS Link.

Senarai Projek Hartanah di Johor Bahru

  1. Twin Tower Residence

    Twin Tower Residence

    Lokasi:
    Jalan Bukit Chagar, Kim Teng Park, 80300 Johor Bahru, Johor
    Keterangan: Twin Tower Residence, apartment yang mempunyai 41 tingkat di Pusat Bandar Johor Bahru. Berdekatan dengan sekolah, pusat membeli-belah, dan pusat pengangkutan, ia menawarkan gaya hidup moden dengan kemudahan bertaraf tinggi.
    Jarak ke RTS Link: 1KM

  2. Apartment Mewah Bukit Chagar
    Apartment Mewah Bukit Chagar

    Lokasi: Jalan Bukit Chagar, Kim Teng Park, 80300 Johor Bahru, Johor
    Keterangan: Dengan 40 unit eksklusif, nikmati keselesaan dengan kemudahan bertaraf tinggi termasuk tempat BBQ, gimnasium, dan kolam renang. Akses yang cepat ke pusat bandar dan tarikan berdekatan seperti Johor CIQ dan Legoland. Malah, Institusi pendidikan dan pusat perubatan juga berdekatan bagi memastikan kemudahan untuk penduduk.
    Jarak ke RTS Link: 1KM

  3. R&F Princess Cove
    R&F Princess Cove

    Lokasi: Jalan Tanjung Puteri, 1, R&F, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor
    Keterangan: Apartment yang selesa dengan unit kediaman tepi persiaran pantai. Berdekatan kemudahan bertaraf tertinggi seperti skypark, Opera House, Hotel Hyatt 5 bintang, dan R&F Mall. Dibangunkan oleh pemaju hartanah dengan pengalaman lebih 25 tahun.
    Jarak ke RTS Link: 2KM

  4. Quayside 
    Quayside

    Lokasi: Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
    Keterangan: The Quayside, terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Johor Bahru dengan pemandangan menakjubkan dari Singapura dan akses mudah ke bandar, hiburan dan pusat membeli-belah. Suite apartment ini serba lengkap dan sangat selesa. 
    Jarak ke RTS Link: 2.1KM

  5. Suasana Residence
    Suasana Residence

    Lokasi: Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
    Keterangan: Suasana Iskandar Johor Bahru, menara apartment 35 tingkat yang menggabungkan teknologi dan kaya dengan kemudahan. Setiap unit mempunyai teknologi Samsung Smart Home untuk kawalan mudah dari telefon. Kemudahan fasiliti juga tersedia seperti kolam renang di tingkat atas dan gimnasium. Terdapat juga Suasana Café dengan pemandangan langit yang cantik tersedia di apartment ini.
    Jarak ke RTS Link: 2.5KM

  6. Sky Habitat
    Sky Habitat

    Lokasi: Jalan Tenteram, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor
    Keterangan: Sky Habitat @ Meldrum Hills menawarkan kediaman tinggi tanah kekal dengan dekorasi moden dan pemandangan bandar yang menakjubkan. Kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, dewan serbaguna, dan pengawasan 24 jam. Terletak berdekatan dengan lebuh raya utama, pusat pengangkutan dan institusi pendidikan sekolah seperti Sekolah Rendah St. Joseph dan pusat membeli-belah seperti City Square berdekatan.
    Jarak ke RTS Link: 2.8KM

  7. The Coronade Residences
    The Coronade Residences

    Lokasi: Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
    Keterangan: The Coronade Residences, sebuah pembangunan freehold yang prestij dijual kepada warga asing. Akses yang mudah ke Stesen RTS dan CIQ melalui jambatan yang disambungkan. Pilihan bermula dari Studio, 1+1, atau unit 2+1 bilik tidur. 
    Jarak ke RTS Link: 3.0KM

  8. Sun City @ Jalan Kuning
    Sun City @ Jalan Kuning

    Lokasi: Jalan Kuning, Taman Pelangi, Johor Bahru, Johor
    Keterangan: Sun City @ Jalan Kuning di Taman Pelangi menawarkan akses yang mudah ke jalan utama dan lebuh raya, menjadikan perjalanan ke Singapura mudah. Pelbagai kemudahan yang ada seperti berhampiran sekolah, pusat perubatan, dan pusat membeli-belah. Malah apartment juga menyediakan kemudahan fasiliti seperti kolam renang, gimnasium, dan keselamatan 24 jam, ia sesuai untuk kehidupan yang selesa.
    Jarak ke RTS Link: 3.1KM

  9. Oasis Residence
    Oasis Residence

    Lokasi: PTB 24692, Jalan Senyum, Kampung Wadihana, 80300 Johor Bahru, Johor
    Keterangan: Apartmen Oasis menampilkan bangunan 5 tingkat dengan unit berukuran 1,172 kps. Kemudahan perubatan berdekatan termasuk Klinik Desa Bakar Batu dan Pelangi Medical Centre. Oasis HiTown terletak di Pusat Bandar Johor Bahru dengan 618 unit di seluruh 1.098 ekar.
    Jarak ke RTS Link: 3.5KM

  10. Pinnacle Tower
    Pinnacle Tower

    Lokasi: Jalan Dato Abdullah Tahir, Johor Bahru, Johor
    Keterangan: The Pinnacles di pusat kewangan Johor Bahru. Kediaman yang dilengkapi sepenuhnya menawarkan fleksibiliti dengan privacy yang tinggi serta sesuai bagi yang bujang dan berkeluarga. Akses mudah dan berdekatan untuk ke sekolah, pengangkutan, Pinnacle Tower menyediakan kemudahan seperti gimnasium, kolam renang, dan taman permainan. Dengan unit berukuran 1,093 hingga 1,410 kaki persegi, ia menawarkan peluang pelaburan yang menarik.
    Jarak ke RTS Link: 3.5KM

  11. Veranda Residence
    Veranda Residence

    Lokasi: Jalan Ikhlas, Yahya Awal, 80100 Johor Bahru, Johor
    Keterangan: Service Appartment di tengah-tengah Johor Bahru. Sistem iNeighbour memastikan kemudahan untuk penduduk. Nikmati aksesibiliti utama melalui laluan utama dan pengangkutan awam yang menghubungkan ke Johor dan Singapura. Kemudahan eksklusif termasuk pengawasan CCTV, keselamatan 24 jam, RFID tempat letak kereta, kolam renang, dan kelab kecergasan. Berdekatan dengan sekolah terkemuka seperti Sekolah Menengah Foon Yew dan institusi antarabangsa seperti Universiti Monash. 
    Jarak ke RTS Link: 3.7KM

  12. The Astaka
    The Astaka

    Lokasi: Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum, 80300 Johor Bahru, Johor
    Keterangan: Nikmati kemewahan di The Astaka @ One Bukit Senyum di Johor Bahru. Nikmati pemandangan menakjubkan, apartment yang luas, dan kemudahan terbaik termasuk kolam renang dan pusat kecergasan. Terletak berdekatan dengan sekolah, hospital, dan pusat membeli-belah. Dibangunkan oleh Astaka Padu Sdn Bhd, dikenali kerana kualiti dan inovasi.
    Jarak ke RTS Link: 3.8KM

  13. Paragon Suites @ CIQ
    Paragon Suites @ CIQ

    Lokasi: Jalan Inderaputra, Stulang Darat, 80300 Johor Bahru, Johor
    Keterangan: Paragon Suites @ CIQ, sebuah kondominium mewah di Johor Bahru. Terletak di kawasan yang sangat diminati, ia menawarkan akses mudah ke  pusat membeli-belah, dan rekreasi. Berdekatan dengan tarikan seperti Restoran Grand Straits Garden Seafood dan Johor Premium Outlet. Boleh diakses melalui jalan utama dan pengangkutan awam, dengan kemudahan termasuk kelab, gimnasium, kolam renang, dan keselamatan 24 jam.
    Jarak ke RTS Link: 3.8KM

Artikel Berkaitan:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

RTS Link

Johor Bahru

Rumah berdekatan RTS Link

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!