Loading Property Genie

Tips Cari Rumah Sewa Murah yang Selesa dan Strategik di Malaysia

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Mencari rumah sewa yang sesuai dengan bajet, selesa, dan strategik di Malaysia mungkin nampak mencabar, tapi sebenarnya tak susah sangat kalau anda tahu caranya. Dengan kos hidup yang makin meningkat, pastinya anda nak pastikan setiap ringgit yang dibelanjakan untuk sewa rumah berbaloi.

Untuk cari rumah yang betul-betul sesuai, bukan sekadar tengok harga, anda juga perlu pertimbangkan lokasi, kemudahan sekeliling, dan akses ke tempat kerja atau pengangkutan awam. Jadi, untuk memudahkan urusan anda, berikut beberapa tips yang boleh membantu anda dapatkan rumah sewa yang bukan saja murah, tapi juga selesa dan dekat dengan tempat-tempat penting.

12 Tips Cari Rumah Sewa Murah dan Selesa

1. Kira Deposit Rumah dengan Tepat

tips cari rumah sewa murah dan selesa

Salah satu aspek utama yang perlu diambil kira ketika mencari rumah sewa adalah jumlah deposit. Setiap tuan rumah biasanya menetapkan syarat deposit yang berbeza. Berikut adalah panduan umum mengenai deposit rumah:

  • 1+1: Sewa bulan pertama + 1 bulan deposit.
  • 2+1: Sewa bulan pertama + 2 bulan deposit.
  • 2+1+1: Sewa bulan pertama + 2 bulan deposit + 1 bulan deposit untuk bil utiliti.

Contohnya, jika kadar sewa bulanan adalah RM500, dan syaratnya 2+1+1, jumlah yang perlu anda sediakan untuk deposit adalah RM1,500. Oleh itu, pastikan anda menganggarkan bajet dengan tepat agar tidak melebihi kemampuan kewangan anda.

2. Runding untuk Kurangkan Sewa

Walaupun tidak semua tuan rumah terbuka untuk berunding, ada beberapa strategi yang boleh anda cuba untuk mendapatkan kadar sewa yang lebih berpatutan:

  • Tandatangani tempoh sewaan yang lebih panjang: Dengan menawarkan komitmen untuk menyewa dalam tempoh yang lama, anda boleh memberi keyakinan kepada tuan rumah bahawa mereka tidak perlu mencari penyewa baharu dengan kerap. Ini mungkin memberi peluang untuk mendapatkan kadar sewa yang lebih rendah.
  • Panjangkan notis pemberhentian: Dengan menawarkan notis pemberhentian yang lebih panjang, tuan rumah mempunyai masa yang lebih mencukupi untuk mencari penyewa baru jika anda memutuskan untuk berhenti menyewa.
  • Bayar sewa lebih awal: Jika anda mampu, menawarkan bayaran sewa untuk beberapa bulan lebih awal boleh memberi keyakinan kepada tuan rumah bahawa anda adalah penyewa yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

3. Pilih Rumah Dekat dengan Tempat Kerja

Lokasi rumah sewa juga perlu dipertimbangkan, terutamanya jika anda perlu berulang-alik ke tempat kerja setiap hari. Memilih rumah yang terlalu jauh boleh menyebabkan anda penat dan menambah kos pengangkutan. Sebaiknya, pilih rumah yang berada dalam jarak yang munasabah dari tempat kerja.

Contohnya, jika anda bekerja di Bukit Jalil, mencari rumah sewa yang hanya memerlukan 10-15 minit perjalanan ke tempat kerja akan menjimatkan masa dan tenaga.

4. Berdekatan dengan Public Transport

tips cari rumah sewa murah dan selesa

Akses mudah kepada pengangkutan awam juga merupakan faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Rumah sewa yang terletak berhampiran dengan stesen LRT, MRT, atau KTM akan memudahkan pergerakan harian. Sekiranya anda perlu menaiki bas, pastikan kawasan tersebut dilalui oleh bas yang kerap dan boleh dipercayai.

Sebagai cadangan, sebaiknya pilih rumah sewa yang berada dalam jarak berjalan kaki ke stesen pengangkutan awam untuk menjimatkan masa dan mengurangkan kos pengangkutan.

5. Keadaan Rumah Sewa

Satu lagi perkara penting ialah sama ada rumah itu datang dengan perabot atau tidak. Rumah sewa biasanya ditawarkan dalam tiga keadaan, fully furnished (lengkap dengan perabot), semi-furnished (sebahagian perabot disediakan), atau not furnished (tanpa perabot). Jika rumah dilengkapi dengan perabot, anda tidak perlu memikirkan kos tambahan untuk membeli barang asas seperti katil, meja, atau almari. Namun, ini mungkin menambah sedikit kepada kadar sewa bulanan.

Ingat! Anda perlu memilih mengikut keperluan dan bajet anda.

6. Buat Kajian Pasaran

Sebelum buat keputusan nak pilih rumah sewa, pastikan anda luangkan masa untuk bandingkan harga dulu. Jangan tergesa-gesa, sebab kadang-kadang dengan sedikit usaha lebih, anda mungkin jumpa pilihan yang jauh lebih berbaloi. Sekarang ni, ada banyak laman web dan aplikasi yang boleh tolong anda semak harga di kawasan yang anda minat macam propertygenie.com.my, sambil tengok pelbagai pilihan rumah yang ada.

Cari rumah sewa di sini!

Bukan setakat tu je, anda juga boleh baca ulasan dari penyewa lain untuk dapatkan gambaran lebih jelas tentang kawasan tersebut. Jadi, jangan terburu-buru! Pastikan anda buat keputusan berdasarkan maklumat yang cukup, bukan semata-mata sebab rumah tu nampak murah. Yang penting, rumah tu sesuai dengan keperluan anda, selesa, dan dekat dengan segala kemudahan yang penting untuk kehidupan harian.

 7. Semak Keselamatan Kawasan

Keselamatan kawasan rumah memang sangat penting, tak kiralah betapa cantik atau murahnya rumah tu. Sebelum buat keputusan, pastikan kawasan rumah yang anda pilih selamat, sama ada ada kawalan keselamatan, pengawal, atau sekurang-kurangnya ada CCTV yang memantau.

Tak salah kalau anda ambil masa sikit untuk tanya penduduk sekitar tentang tahap keselamatan di kawasan tu. Selain tu, anda juga boleh buat kajian dalam talian untuk tengok statistik jenayah atau ulasan dari penyewa lain. Dengan cara ni, anda akan rasa lebih yakin dan tenang bila dah buat pilihan, sebab keselamatan diri dan keluarga sepatutnya jadi keutamaan.

8.  Periksa Kemudahan Sekitar

Kemudahan seperti pasaraya, kedai serbaneka, restoran, dan klinik yang dekat dengan rumah sewa memang boleh buat hidup anda jadi lebih mudah. Bila rumah anda terletak dekat dengan tempat-tempat ni, urusan harian jadi tak leceh, tak perlu pergi jauh-jauh untuk beli barang dapur, makan di luar, atau dapatkan rawatan kesihatan.

Jadi, bila anda cari rumah sewa, cuba pilih yang ada kemudahan macam ni di sekeliling. Ini bukan saja menjimatkan masa, tapi juga boleh bagi anda lebih keselesaan dan kelapangan bila menguruskan hal seharian.

9. Periksa Keadaan Rumah

Sebelum anda setuju untuk menyewa, pastikan anda periksa keadaan fizikal rumah dengan teliti. Tengok jika ada kerosakan pada paip, sistem elektrik, atau pintu yang mungkin terlepas pandang.

Jangan abaikan perkara-perkara kecil, sebab ia boleh jadi masalah besar nanti. Kalau anda perasan apa-apa yang tak kena, cepat-cepat maklumkan kepada tuan rumah supaya ia boleh dibaiki, dan yang penting, anda tak dipersalahkan di kemudian hari. Lebih baik buat pemeriksaan awal daripada hadapi kesulitan selepas anda dah mula menetap.

10. Semak Surat Perjanjian Rumah Sewa Tuan Rumah

tips cari rumah sewa murah dan selesa

Setiap tuan rumah biasanya ada peraturan tersendiri yang perlu anda patuhi. Ada yang tak benarkan binatang peliharaan, ada juga yang tetapkan bilangan maksimum penghuni atau tempoh minimum sewa yang mesti dipatuhi.

Jadi, sebelum anda menandatangani perjanjian sewa, pastikan anda dah faham betul-betul semua peraturan ni. Jangan segan untuk tanya jika ada perkara yang kurang jelas, sebab anda tak nak hadapi masalah nanti. Dengan memahami semua syarat dari awal, anda boleh elakkan sebarang salah faham atau isu yang mungkin timbul di masa depan.

11. Tahu Hak Anda sebagai Penyewa

Sebagai penyewa, anda ada hak-hak yang perlu dilindungi, jadi sangat penting untuk baca perjanjian sewa dengan teliti sebelum menandatanganinya. Pastikan anda faham tanggungjawab anda dan juga tanggungjawab tuan rumah. Ini termasuk hal-hal seperti penyelenggaraan, pembayaran sewa, dan hak untuk privasi.

Jika ada apa-apa yang anda tak jelas, jangan takut untuk bertanya atau minta penjelasan. Langkah ini penting untuk mengelakkan sebarang masalah di masa depan dan memastikan kedua-dua pihak, iaitu anda dan tuan rumah, ada pemahaman yang sama tentang hak dan tanggungjawab masing-masing.

Baca juga: 8 Hak Penyewa Rumah dan Perkara Penting Dalam Surat Perjanjian Sewa Rumah

 

Dengan buat pertimbangan yang teliti dan perancangan yang baik, anda pasti boleh dapat rumah sewa yang sesuai dengan bajet, selesa, dan strategik. Kira deposit dengan betul, runding harga kalau boleh, pilih lokasi yang senang untuk anda bergerak, dan tentang kemudahan sekeliling. Fikirkan juga sama ada anda memerlukan rumah yang sudah lengkap dengan perabot atau lebih suka mengisi ruang dengan barangan sendiri. 

Selamat berjaya!

Artikel lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

rumah sewa murah Malaysia

tips cari rumah sewa

rumah sewa selesa

sewa rumah strategik

deposit rumah sewa

rumah sewa berperabot

rumah sewa dekat tempat kerja

kemudahan rumah sewa

hak penyewa rumah

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More