Loading Property Genie

Tips, Fakta dan Perkara Menarik Tentang Luna Light Wonderland Malaysia di Pasir Gudang!

FOODS & TRAVELS

Written by Fazrina Fezili

Semua Perkara Tentang Luna Lights Wonderland di Pasir Gudang 2024!

Dah ada plan nak kunjungi Luna Lights Wonderland di Taman Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang sebelum pameran ni berakhir?

Haa.. sebelum tu pastikan ada prepare diri anda dengan tips, perkara wajib buat dan fakta menarik tentang Luna Lights Wonderland ni. Teruskan membaca!

Pesta lampu pasir gudang

Sumber: Facebook Luna Lights Wonderland

1. Luna Lights Wonderland adalah Pesta Lampu Terbesar di Malaysia!

Luna Lights Wonderland menggunakan 1.4 juta mentol lampu LED yang berwarna-warni untuk memenuhi dan menghiasi suasana malam di Taman Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang.

Setiap mentol lampu LED itu berikan suasana yang menarik dan sangat cantik. Confirm anda akan rasakan keseronokkan yang teramat dan nikmati keindahannya! 

2. Pemilihan Lokasi Luna Lights Wonderland yang Strategik di Taman Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang!

Pesta lampu Luna Lights Wonderland ini diadakan di Taman Bukit Layang-Layang yang luasnya tujuh ekar dan boleh memuatkan 1.4 juta mentol LED.

Taman Bukit Layang-Layang yang luas dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti memudahkan lagi setiap pengunjung yang datang untuk nikmati pesta lampu ini dengan lebih seronok.

Bukan itu saja, dengan keluasan yang besar boleh membentuk pelbagai coak yang menarik dan cantik untuk anda nikmati sambil bergambar dan buat kenangan bersama yang tersayang.

3. Pelbagai Tema Menarik di Luna Lights Wonderland

Apa yang menarik di Luna Lights Wonderland semesti corak yang dibentuk daripada mentol lampu LED yang menyerupai pelbagai bentuk yang comel.

Antara tema atau corak yang dibentuk adalah Ruang angkasa, akuatik, terowong love, haiwan dan banyak lagi. Anda boleh terokai setiap bentuk bersama keluarga, dan rakan-rakan yang lain untuk mencipta kenangan yang indah bersama.

4. Luna Lights Wonderland diiktiraf dalam Rekod Malaysia

Pesta lampu Luna Light Wonderland ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai pesta lampu terbesar di Malaysia dan bukan setiap tahun diadakan pada tempat yang sama.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk meraih pengalaman menjadi sebahagian daripada pengunjung pesta lampu Luna Light Wonderland ini.

5. Tarikh Luna Lights Wonderland 2024

Luna Lights Wonderland berlangsung dari 20 Jun 2024 hingga 29 Julai 2024. Jadi, pastikan anda merancang masa dengan baik supaya tidak terlepas peluang menikmati keindahan lampu-lampu ini. 

Pastikan anda pilih tarikh yang bersesuai untuk menikmati sepuasnya, elakkan pergi pada waktu-waktu yang sesak seperti hujung minggu atau cuti umum.

6. Luna Lights Wonderland Target 300,000 Pengunjung 

Dalam tujuh hari pertama sahaja, pesta Luna Light Wonderland berjaya menarik kira-kira 50,000 pengunjung!

Dalam masa tarikh yang dirancang, target mereka adalah 300,000 pengunjung, jadi pastikan anda termasuk dalam statistik itu!

Tips Sebelum Pergi ke Luna Lights Wonderland

Pesta Lampu Pasir Gudang

Sumber: Facebook Luna Lights Wonderland

  • Datang Awal: Untuk mengelakkan kesesakan dan mendapatkan tempat parkir yang mudah, pastikan rancang masa anda dengan betul supaya tak perlu menunggu masa dan boleh bergambar dengan selesa.
  • Pakai Kasut Selesa: Kawasan Taman Bukit Layang-Layang ini luas, jadi pastikan anda memakai kasut yang selesa untuk berjalan. Jadi tak ada kes kaki sakit atau lenguh bila dah pusing ssatu pesta lampu ini.
  • Bawa Air yang mencukupi: Walaupun terdapat gerai makanan, bawa juga air yang mencukupi. Anda perlu menjaga kesihatan dan kekal hidrasi. Air yang mencukupi boleh buatkan kesihatan anda terjaga lagi-lagi pada musim cuaca yang tidak menentu ini. 
  • Jaga Kebersihan: Pastikan anda membuang sampah di tempat yang disediakan untuk menjaga kebersihan taman.
  • Ambil Gambar: Jangan lupa bawa kamera atau pastikan telefon anda dicas penuh kerana banyak sudut cantik untuk bergambar!

Apa Patut Anda Buat dan Cuba di Luna Lights Wonderland 2024

Pesta lampu pasir gudang

Sumber: Facebook Luna Lights Wonderland

1. Terokai Terowong-Terowong Menarik: Jangan lepaskan peluang untuk berjalan melalui terowong Love, terowong Starwars, dan terowong Avarta.

Setiap terowong mempunyai tema yang unik dan akan membuatkan anda rasa seperti berada di dunia lain. 

2. Nikmati Corak Lampu Berbentuk: Pastikan anda meluangkan masa untuk menikmati setiap ruang bertema seperti ruang angkasa, akuatik, percintaan, haiwan. Setiap ruang mempunyai daya tarikannya tersendiri.

3. Cuba Makanan Tempatan: Terdapat pelbagai gerai makanan yang menawarkan hidangan tempatan yang lazat. Berikut adalah beberapa makanan yang patut anda cuba:

  • Laksa Johor: Laksa yang menggunakan spageti dan kuah ikan yang pekat serta pedas. Memang sedap!
  • Mee Bandung Muar: Mee kuning yang dimasak dengan kuah pekat berasaskan udang kering, daging, dan telur. Sangat menyelerakan!
  • Otak-Otak: Hidangan isi ikan yang dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar, memberikan rasa yang unik dan lazat.
  • Rojak Petis: Campuran buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kuah petis yang manis dan pedas.

4. Sertai Aktiviti Menarik: Ada pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan di Luna Lights Wonderland. Sertai aktiviti-aktiviti ini untuk menambah lagi keseronokan lawatan anda.

5. Beli Cenderahati: Bawa pulang kenangan manis dengan membeli cenderahati yang dijual di gerai-gerai pameran. Cenderahati ini boleh dijadikan kenangan untuk mengingatkan anda tentang pengalaman indah di Luna Lights Wonderland.

Buat pengetahuan anda, Taman Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang juga banyak melakukan event yang menyeronokkan seperti pesta makanan thai dan  pesta layang-layang terbesar. Tempat ini sangat sesuai untuk dijadikan Investment dalam hartanah.

Cari rumah pelaburan anda di sini!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan dan keceriaan Luna Lights Wonderland ini. Bawa keluarga, kawan-kawan atau sesiapa saja yang anda sayangi untuk nikmati pengalaman menikmati Luna Lights Wonderland.

Artikel lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Luna Lights Wonderland

Pasir Gudang

pesta lampu terbesar

Taman Bukit Layang-Layang

cahaya LED

pesta lampu Malaysia

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More