Loading Property Genie

Zoo Johor Akan Dibuka Merdeka ini Dengan 50% Diskaun!

FOODS & TRAVELS

Written by Fazrina Fezili

Zoo Johor yang sudah lama ditunggu-tunggu akhirnya dibuka semula selepas tiga tahun ditutup akibat pandemik COVID-19! Pada 31 Ogos 2024 ini, anda berpeluang untuk menikmati wajah baru Zoo Johor yang lebih mesra pengunjung dan penuh dengan keseronokan.

Promosi Hebat Sempena Pembukaan Semula!

Sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung setia, Zoo Johor menawarkan promosi istimewa dari 31 Ogos hingga 30 September 2024. Sepanjang tempoh ini, tiket masuk untuk dewasa akan diberikan diskaun sebanyak 50%! Harga tiket dewasa yang asalnya RM10 kini hanya RM5 untuk warganegara. Lebih menarik lagi, kanak-kanak, warga emas, dan OKU boleh masuk secara PERCUMA! Tawaran ini memang tidak boleh dilepaskan.

Untuk pengunjung bukan warganegara, harga tiket tetap pada RM30 bagi semua kategori umur, kecuali kanak-kanak bawah 5 tahun yang boleh masuk secara percuma.

Harga Tiket Zoo Johor Selepas Tempoh Promosi

harga tiket zoo johor

Jika anda terlepas tempoh promosi, jangan risau. Berikut adalah harga tiket selepas 30 September 2024:

  • Dewasa (Warganegara): RM10
  • Kanak-kanak (5-12 tahun): RM5
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM5
  • OKU dan Kanak-kanak bawah 5 tahun: PERCUMA
  • Bukan Warganegara: RM30 bagi semua kategori kecuali bawah 5 tahun percuma

Waktu Operasi Zoo Johor

Zoo Johor akan beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang, memberi ruang masa yang cukup untuk anda dan kelaurga nikmati kehidupan haiwan di dalamnya. Kemasukan terakhir adalah pada pukul 5 petang, jadi pastikan anda tiba lebih awal untuk menikmati lawatan anda sepenuhnya. 

Walaupun zoo ini beroperasi hampir setiap hari, ia akan ditutup pada dua hari penting dalam kalendar Islam, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Luas Kawasan dan Koleksi Haiwan

zoo johor

Dengan keluasan 4.73 hektar, Zoo Johor menawarkan pengalaman yang selesa dan menarik yang tertumpu kepada alam semula jadi. Kawasan yang luas ini membolehkan haiwan-haiwan di dalamnya hidup dalam suasana yang lebih semula jadi dan selesa, memberi pengunjung peluang untuk melihat mereka dalam keadaan yang terbaik.

Salah satu tarikan utama di sini adalah koleksi haiwan yang dimiliki oleh Keluarga DiRaja Johor, menjadikan lawatan anda bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga eksklusif. Sehingga kini, Zoo Johor menempatkan 53 spesies haiwan yang dibahagikan kepada empat kategori utama, mamalia, primat, reptilia, dan burung. 

Kemudahan Pengangkutan

Zoo Johor terletak di tengah-tengah bandar, menjadikannya mudah untuk didatangi oleh semua lapisan masyarakat. Namun, untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, terutama pada hujung minggu atau cuti umum, Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) telah menyediakan empat buah ‘shuttle bus’ yang akan beroperasi setiap 15 minit dari tempat letak kereta di Penjara Ayer Molek ke Zoo Johor. Ini bermakna anda tidak perlu risau tentang masalah tempat letak kereta yang jauh atau kesesakan lalu lintas, hanya tinggalkan kereta anda di tempat letak yang disediakan dan nikmati perjalanan yang selesa ke zoo.

Selain daripada itu, kemudahan lain seperti tempat rehat, kafe, dan kedai cenderamata juga telah ditambah baik untuk menikmati pengalaman yang lebih seronok. Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak kecil, zoo ini juga sangat sesuai untuk di kecil anda.

Kediaman di Sekitar Bandar Johor Bahru 

1. R&F Princess Cove

Condo near Zoo Johor

  • Jarak ke Zoo Johor: Sekitar 3.5 km
  • JB City Square & Komtar JBCC (Sekitar 1-2 km): Kedua-dua pusat membeli-belah ini merupakan antara pusat komersial utama di Johor Bahru, dengan pelbagai kedai, restoran, dan hiburan.
  • Sultan Abu Bakar State Mosque (Sekitar 3.0 km): Masjid Sultan Abu Bakar adalah sebuah masjid yang bersejarah dan terkenal dengan seni binanya yang indah dan pemandangan menghadap Selat Tebrau.
  • Johor Bahru Chinese Heritage Museum (Sekitar 2.5 km): Muzium ini memaparkan sejarah dan budaya masyarakat Cina di Johor Bahru, dengan pelbagai pameran yang menarik.

2. Twin Tower Residence

Condo near Zoo Johor

  • Jarak ke Zoo Johor: Sekitar 2.7 km
  • Taman Merdeka Johor Bahru (Sekitar 3.5 km): Taman ini adalah salah satu taman rekreasi terbesar di Johor Bahru, yang menawarkan tasik, trek jogging, dan kawasan permainan untuk keluarga.
  • Dataran Bandaraya Johor Bahru (Sekitar 2.5 km): Dataran ini adalah lokasi penting untuk pelbagai acara dan perayaan rasmi di Johor Bahru. Ia juga menawarkan pemandangan indah pada waktu malam.
  • Holiday Plaza (Sekitar 3.0 km): Pusat membeli-belah yang popular, terutamanya untuk elektronik dan fesyen.

3. Astaka @ Bukit Senyum

Condo near Zoo Johor

  • Jarak ke Zoo Johor: Sekitar 2.8 km
  • Istana Besar & Royal Abu Bakar Museum (Sekitar 3.0 km): Istana ini dahulunya merupakan kediaman rasmi Sultan Johor dan kini telah dijadikan muzium yang mempamerkan sejarah dan budaya Johor.
  • Johor Bahru Old Chinese Temple (Sekitar 2.5 km): Kuil ini adalah salah satu kuil tertua di Johor Bahru dan menjadi saksi kepada sejarah masyarakat Cina di bandar ini.
  • Tan Hiok Nee Heritage Street (Sekitar 3.0 km): Jalan Tan Hiok Nee terkenal sebagai kawasan warisan dengan deretan kedai-kedai lama yang mengekalkan seni bina klasik dan menawarkan pelbagai makanan tempatan.

4. Suasana Iskandar Malaysia

Condo near Zoo Johor

  • Jarak ke Zoo Johor: Sekitar 2.5 km
  • Johor Bahru Art Gallery (Sekitar 2.0 km): Galeri ini mempamerkan karya seni tempatan dan antarabangsa, menjadikannya destinasi menarik bagi pencinta seni.
  • City Square Shopping Mall & Persada Johor International Convention Centre (Sekitar 1.5 km): Selain pusat membeli-belah, Persada Johor adalah pusat konvensyen yang menganjurkan pelbagai acara dan pameran.
  • Galleria @ Kotaraya (Sekitar 2.0 km): Pusat beli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan kedai dan tempat makan.

5. Quayside Residence

Condo near Zoo Johor

  • Jarak ke Zoo Johor: Sekitar 4.0 km
  • Danga Bay (Sekitar 1.0 km): Kawasan pesisir pantai ini adalah salah satu destinasi rekreasi utama di Johor Bahru, menawarkan restoran, taman tema, dan pemandangan laut yang cantik.
  • Danga World Theme Park (Sekitar 1.5 km): Taman tema ini menawarkan pelbagai permainan dan aktiviti yang sesuai untuk keluarga, terletak di Danga Bay.
  • Lido Beach (Sekitar 1.0 km): Pantai ini adalah tempat popular untuk penduduk tempatan bersantai dan menikmati pemandangan laut.

 

6. The Coronade Residences

Condo near Zoo Johor

  • Jarak ke Zoo Johor: Sekitar 3.2 km
  • KSL City Mall (Sekitar 2.5 km): Pusat beli-belah ini menawarkan pelbagai kedai, tempat makan, dan panggung wayang.
  • Plaza Pelangi (Sekitar 2.0 km): Sebuah lagi pusat membeli-belah yang terkenal, menawarkan pelbagai pilihan kedai dan restoran.

 

Zoo Johor bukan sahaja sekadar tempat untuk melihat haiwan, ia adalah destinasi untuk pendidikan, rekreasi, dan masa berkualiti bersama keluarga. Zoo Johor adalah tempat yang sempurna untuk membina kenangan indah bersama orang tersayang. Jangan lupa untuk membawa kamera anda dan abadikan setiap detik yang berharga!

Tambahan pula, dengan pembukaan semula ini, Zoo Johor akan memperkenalkan program 'Adopt an Animal' yang membolehkan pengunjung menyumbang kepada penjagaan haiwan pilihan mereka. Ini adalah peluang yang unik untuk anda terlibat secara langsung dalam pemeliharaan haiwan dan membantu zoo.

Artikel berkaitan:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

zoo johor

harga tiket zoo johor

bus shuttle

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5626 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More