Loading Property Genie

14 Lokasi Terbaik Untuk Buat Pelaburan Homestay Airbnb di Malaysia

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Menguruskan homestay di Airbnb boleh jadi pengalaman yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi bila dapat jumpa macam-macam jenis pelancong dari seluruh dunia. Tapi nak berjaya dalam bisnes ni bukan sekadar post listing dan tunggu customer datang. Salah satu kunci utama adalah lokasi yang strategik.

Di bawah ini, kami kongsikan beberapa lokasi terbaik di Malaysia yang berpotensi besar untuk pelaburan Airbnb yang menguntungkan.

Airbnb Johor Bahru 

Airbnb Johor Bahru atau Airbnb JB kini semakin popular, terutama bagi pelancong dari Singapura. Malah Johor Bahru juga semakin popular sebagai destinasi pelancongan, terutamanya bagi keluarga yang mencari keseronokan di Theme Park seperti Legoland.

Baca juga: Tempat Menarik di Johor Bahru Waktu Malam

Berikut adalah lokasi airbnb yang boleh jadi tempat yang sesuai untuk pelaburan airbnb:

Airbnb Iskandar Puteri

airbnb iskandar puteri

Iskandar Puteri merupakan kawasan yang sedang berkembang pesat, terutamanya kerana lokasinya yang dekat dengan Legoland dan Hello Kitty Town. Lokasi ini sangat sesuai jika anda ingin menarik keluarga dengan anak-anak kecil yang datang untuk melawat taman tema.

Selain itu, jaraknya yang strategik dengan Singapura menjadikan kawasan ini pilihan popular bagi pelancong antarabangsa yang inginkan percutian singkat.

  • Teega Residences
  • D’Pristine Residences
  • Afiniti Residences

Airbnb Mount Austin

Airbnb Mount Austin

Mount Austin pula adalah suasana yang lebih santai tetapi tetap meriah, dengan banyak kafe hipster dan hiburan malam. Lokasi ini terkenal di kalangan pelancong muda dan pasangan yang mencari pengalaman santai sambil menikmati suasana malam.

Ia juga dekat dengan pusat membeli-belah dan taman tema, menjadikan Airbnb di Mount Austin pilihan yang ideal untuk mereka yang mahu berada di kawasan yang penuh aktiviti dan keseronokan.

  • Palazio Residences
  • Austin Regency
  • Greenfield Regency

Airbnb Penang

Penang merupakan destinasi pelancongan utama yang sering menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara. Kalau anda sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam Airbnb Penang atau Airbnb Pulau Pinang, terdapat banyak kawasan strategik.

Baca juga 10 Hidden Gems in Penang - Your Future Home Awaits!

Dua lokasi popular untuk pelancong yang mencari penginapan di Penang adalah Tanjung Bungah dan George Town, yang masing-masing berikan tarikan unik tersendiri.

Airbnb Tanjung Bungah

Airbnb Tanjung Bungah

Tanjung Bungah adalah kawasan pantai yang indah dan tenang, sesuai untuk pelancong yang mahukan percutian santai. Lokasinya yang terletak di antara George Town dan Batu Ferringhi menjadikan ia pusat tumpuan yang ideal. Berikut adalah beberapa pilihan penginapan Airbnb di Tanjung Bungah yang berpotensi menarik ramai tetamu:

  • Infinity Beachfront Condominium
  • Marina Tower Condominium
  • Straits Quay Apartments

Airbnb George Town

Airbnb George Town

Sumber: liveinmalaysia

George Town pula menawarkan pengalaman yang berbeza, dengan keunikan seni bina warisan, makanan jalanan yang lazat, dan suasana bandar bersejarah. Lokasi ini sentiasa menjadi pilihan utama pelancong yang ingin menikmati warisan budaya dan kehidupan bandar. Berikut adalah beberapa pilihan Airbnb di George Town yang popular:

  • Mansion One
  • The Cove Residence
  • Tropicana 218 Macalister

Airbnb Perak

Perak semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai tarikan sejarah, alam semula jadi, dan makanan tempatan yang enak.

Kalau anda sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam Airbnb Perak, terdapat dua kawasan utama yang popular di kalangan pelancong iaitu Ipoh Town dan Taiping. 

Airbnb Ipoh Town

Airbnb Ipoh Town

Sumber: liveinmalaysia

Ipoh kini menjadi salah satu bandar paling popular di Malaysia dengan 'vintage' dan sejarahnya. Tarikan seperti lorong seni, bangunan kolonial, dan makanan tempatan yang terkenal seperti dim sum dan ayam tauge menarik ramai pelancong.

Penginapan Airbnb di Ipoh Town menawarkan pengalaman yang dekat dengan tempat-tempat menarik ini:

  • The Majestic Ipoh
  • Kinta Riverfront Suites
  • Dreamscape Apartment

Airbnb Taiping

Airbnb Taiping

Sumber: suitcase magazine

Taiping adalah bandar yang kaya dengan sejarah dan alam semula jadi. Terkenal dengan hujan yang kerap, Taiping adalah rumah kepada Taman Tasik Taiping yang indah, serta hutan hujan yang subur.

Pelancong yang datang ke Taiping sering tertarik dengan suasana tenang dan pelbagai tarikan semula jadi. Penginapan Airbnb di Taiping menawarkan akses yang mudah ke tempat-tempat menarik ini:

  • Taiping Lake Gardens Stay
  • Hermitage Boutique House
  • Novotel Taiping

Airbnb Pahang

Pahang merupakan negeri yang mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang unik, dari tanah tinggi yang sejuk hingga pantai yang cantik. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam Airbnb Pahang, dua kawasan utama yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah Cameron Highlands dan Kuantan.

Kedua-dua destinasi ini menawarkan pengalaman yang berbeza, namun sama-sama memikat bagi pelancong yang mencari percutian yang santai.

Airbnb Cameron Highlands

Airbnb Cameron Highlands

Cameron Highlands terkenal dengan suhu sejuk dan pemandangan alam semula jadi yang memukau, menjadikannya destinasi utama bagi pelancong yang mencari percutian di kawasan bukit.

Dengan ladang teh yang hijau dan ladang strawberi, Cameron Highlands menawarkan pengalaman yang tenang dan menyegarkan. Dua lokasi utama di sini, Tanah Rata dan Brinchang, sering menjadi pilihan pelancong:

  • The Quintet, Tanah Rata
  • Cameron Jaya Apartments, Brinchang
  • Nova Highlands Resort & Residence, Brinchang

Airbnb Kuantan

Airbnb Kuantan

sumber: facts.net

Kuantan, ibu negeri Pahang, semakin dikenali sebagai destinasi percutian yang popular terutamanya kerana pantainya yang indah dan suasana yang tenang. Kawasan seperti Teluk Cempedak menjadi tumpuan pelancong yang ingin menikmati keindahan pantai di pantai timur Malaysia.

Melabur dalam Airbnb di Kuantan menawarkan peluang besar kepada pelancong yang mencari penginapan berhampiran pantai dan bandar:

  • TimurBay Seafront Residence, Balok Beach
  • Swiss Garden Residences, Teluk Cempedak
  • Zenith Kuantan

Airbnb Negeri Sembilan

Negeri Sembilan adalah destinasi yang semakin berkembang sebagai pilihan pelancong, terutama dengan tarikan semula jadi, warisan budaya, dan pantai yang mempesona.

Jika anda ingin melabur dalam Airbnb Negeri Sembilan, kawasan Seremban dan Port Dickson menawarkan potensi besar untuk menarik pelancong yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk bandar.

Airbnb Seremban

Airbnb Seremban

Seremban, ibu negeri Negeri Sembilan, adalah pusat tumpuan yang menawarkan gabungan antara budaya tradisional dan kemudahan moden.

Lokasinya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur menjadikannya destinasi percutian hujung minggu yang popular. Airbnb di Seremban menawarkan pelbagai jenis penginapan, dari rumah kampung moden hingga apartmen kontemporari:

  • Seremban Gateway Apartments
  • Oakland Park Apartments

Airbnb Port Dickson

Airbnb Port Dickson

Port Dickson terkenal sebagai destinasi pantai yang sering dikunjungi oleh keluarga dan pasangan yang mencari percutian santai di tepi pantai.

Dengan pantai yang panjang dan banyak aktiviti menarik seperti sukan air dan BBQ tepi pantai, Airbnb di Port Dickson menjadi pilihan ideal untuk pelancong yang ingin menikmati suasana laut:

  • Cocobay Resort Apartments
  • Lexis Hibiscus Residences
  • Avillion Port Dickson Villas

Terletak di tepi pantai, Avillion Port Dickson menawarkan suasana penginapan ala resort dengan kemudahan yang lengkap, seperti kolam renang dan spa. Sesuai untuk pelancong yang mahu pengalaman mewah dan relaksasi di tepi laut.

Airbnb Selangor

Selangor mempunyai banyak kawasan yang menjadi tumpuan pelancong, sama ada untuk urusan kerja atau bercuti. Beberapa kawasan utama yang popular dengan Airbnb termasuk Subang Jaya, Cyberjaya, dan Putrajaya.

Airbnb Subang Jaya

Airbnb Subang Jaya

sumber: Business Today

Subang Jaya terkenal sebagai lokasi yang berdekatan dengan Sunway Lagoon, menjadikannya destinasi yang ideal untuk keluarga dan pelancong yang mencari akses mudah ke taman tema tersebut. Lokasi ini juga berdekatan dengan pusat membeli-belah seperti Sunway Pyramid, serta pelbagai restoran dan kafe moden. Subang Jaya sangat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pelbagai kemudahan bandar dalam suasana yang santai.

  • Empire Subang
  • Casa Subang
  • Da Men Residences

Airbnb Cyberjaya

Airbnb Cyberjaya

Cyberjaya pula merupakan hab teknologi Malaysia yang sering dikunjungi oleh profesional dan mereka yang mencari lokasi penginapan yang tenang tetapi masih mempunyai akses mudah ke Kuala Lumpur.

Dengan suasana yang lebih santai dan dekat dengan Putrajaya, Airbnb di Cyberjaya popular dalam kalangan pekerja profesional yang mencari ketenangan selepas hari yang sibuk di bandar.

  • Dpulze Suites
  • Shaftsbury Residence
  • Cybersquare Apartments

Airbnb Putrajaya

Airbnb Putrajaya

Putrajaya menawarkan penginapan yang tenang dengan pemandangan seni bina moden dan tasik yang indah. Pelancong yang datang untuk urusan kerja atau bercuti bersama keluarga sering memilih Airbnb di Putrajaya kerana lokasinya yang dekat dengan bangunan kerajaan dan taman-taman rekreasi yang cantik.

Bandar ini juga mempunyai pelbagai tarikan seperti Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan, dan Tasik Putrajaya.

  • Tamara Residence
  • Conezion Residences
  • Dwiputra Residences

Airbnb di Kuala Lumpur

Airbnb di Kuala Lumpur

Untuk mereka yang ingin tinggal di tengah-tengah ibu kota Malaysia, Airbnb di Bukit Bintang dan kawasan-kawasan utama seperti Ampang menawarkan pengalaman penginapan yang premium dan moden.

  • Regalia Residence Airbnb
  • Arte Plus Ampang Airbnb
  • Airbnb Bukit Bintang

Melabur dalam Airbnb di Malaysia boleh menjadi langkah bijak, terutama jika anda memilih lokasi yang strategik dan menarik bagi pelancong. Setiap kawasan yang disebutkan di atas menawarkan keunikan tersendiri, dari tarikan budaya dan sejarah hingga keindahan alam semula jadi.

Dengan menyediakan penginapan yang selesa dan berkualiti, anda berpeluang untuk menarik pelancong dari pelbagai lapisan masyarakat dan memastikan perniagaan homestay anda terus berkembang. Jadi, pilihlah lokasi dengan bijak dan bersiap sedialah untuk menjadi sebahagian daripada industri pelancongan yang terus berkembang di Malaysia!

Artikel lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

airbnb

homestay airbnb

airbnb sunway pyramid

airbnb mount austin

airbnb ipoh town

airbnb iskandar puteri

airbnb penang

airbnb taiping

airbnb selangor

airbnb port dickson

airbnb putrajaya

airbnb subang jaya

arte plus ampang airbnb

airbnb johor bahru

bangsar airbnb

regalia residence airbnb

airbnb kuantan

airbnb jb

airbnb bukit bintang

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5626 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More