PROPERTY GUIDE
Written by Fazrina Fezili
Kita sering melihat iklan-iklan terkini tentang projek perumahan dari pemaju hartanah sehingga ada yang menarik perhatian kita, betul? Ya, rasa teruja itu memang wujud, terutama apabila setiap projek yang dipaparkan oleh pemaju hartanah kelihatan begitu menarik. Lebih-lebih lagi pembeli merupakan pemilik rumah pertama atau pelabur hartanah yang ingin memperluaskan portfolio mereka.
Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak, kita perlu memastikan bahawa pemaju projek hartanah tersebut tidak disenaraikan dalam senarai hitam, kalau tidak, risiko yang ditanggung amat besar. Ingat! Jangan biarkan diri terleka, terus berwaspada untuk mengelakkan daripada ditipu oleh pemaju hartanah atau lebih mudahnya, terlibat dalam 'scam' oleh pemaju hartanah.
Dalam artikel hari ini, kami akan membincangkan bagaimana untuk mengenal pasti ciri-ciri pemaju rumah yang disenaraikan dalam senarai hitam atau ciri-ciri pemaju rumah yang sepatutnya anda elakkan. Teruskan membaca untuk maklumat lanjut!
Syarikat pemaju hartanah perlu menunjukkan nombor lesen pemaju hartanah dan permit pengiklanan serta penjualan dalam setiap iklan yang dikeluarkan. Oleh itu, anda boleh memeriksa dengan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengesahkan status lesen dan permit tersebut.
Jika syarikat pemaju hartanah tersebut tidak memaparkan nombor lesen pemaju hartanah dan permit pengiklanan dalam iklan mereka, ini menandakan ada sesuatu yang tidak betul. Oleh itu, adalah lebih baik untuk membatalkan niat anda untuk berurusan dengan mereka.
Bagi mereka yang baru pertama kali terlibat dalam proses pembelian rumah, penting untuk anda fahami bahawa pihak pemaju hartamah tidak akan menekan atau memaksa pembeli untuk membuat bayaran tempahan secara segera atau tergesa-gesa.
Biasanya, dalam proses pembelian rumah, pembeli akan diberikan satu tempoh yang munasabah untuk menjelaskan bayaran deposit tersebut. Tempoh ini memberi peluang kepada pembeli untuk melakukan penelitian yang lebih mendalam, membuat perancangan kewangan yang lebih teliti, dan membuat keputusan yang lebih matang mengenai pembelian hartanah.
Lebih penting lagi, bayaran deposit hanya dijangka dibuat selepas perjanjian jual beli yang sah telah ditandatangani antara pemaju hartanah dan pembeli. Ini adalah langkah yang memastikan kedua-dua pihak berada dalam kedudukan yang kukuh sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan yang penting.
Dengan memahami proses ini, pembeli dapat melindungi diri mereka daripada sebarang tekanan yang tidak perlu dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa mereka membuat keputusan pembelian yang bijak dan tepat pada masanya.
Penting untuk diingat bahawa pembeli perlu berhati-hati terhadap pemaju yang menetapkan syarat-syarat pelik untuk pembelian rumah, seperti menjadi ahli kelab, ahli koperasi, atau mematuhi keperluan yang tidak berkaitan dengan rumah yang diingini.
Pemaju hartanah yang boleh dipercayai tidak akan menetapkan syarat-syarat yang tidak berkaitan dengan sifat atau kegunaan hartanah yang dibeli. Syarat-syarat yang diputuskan haruslah berhubungan secara langsung dengan rumah itu sendiri atau keperluan undang-undang tempatan yang berkenaan.
Oleh itu, sebagai pembeli, penting untuk menyemak dan memahami dengan teliti setiap syarat dan terma yang dikenakan oleh pemaju hartanah sebelum membuat keputusan pembelian. Ini akan membantu untuk mengelakkan daripada terjebak dalam situasi di mana syarat-syarat yang tidak munasabah atau tidak berkaitan dikenakan kepada pembeli.
Apabila merancang untuk membeli sebuah rumah, adalah penting untuk memastikan bahawa projek perumahan tersebut adalah sah dan telah mendapat kelulusan untuk pembangunan. Anda boleh melakukan ini dengan beberapa cara.
Pertama, anda boleh mengenal pasti lokasi projek perumahan dan mendapatkan maklumat mengenainya. Kemudian, minta untuk melihat salinan geran individu projek dari pemaju hartanah. Salinan ini harus menyatakan butiran penting mengenai pemilikan tanah dan pembangunan yang dirancang.
Selain itu, anda juga boleh membuat semakan terus dengan bahagian perancang majlis daerah atau majlis perbandaran setempat. Mereka akan menyediakan maklumat mengenai status projek perumahan tersebut, termasuk kelulusan perancangan dan semua kebenaran yang diperlukan.
Dengan melakukan langkah-langkah ini, anda dapat memastikan bahawa projek perumahan yang anda minati adalah sah dan mempunyai semua kelulusan yang diperlukan sebelum anda membuat keputusan untuk melabur di dalamnya. Ini adalah langkah yang penting untuk melindungi diri anda dan memastikan kestabilan pelaburan anda pada masa akan datang.
Pemaju yang sah akan menguruskan pembiayaan perumahan di bawah skim pembiayaan perumahan yang ditawarkan oleh pihak bank atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bagi pekerja kerajaan.
Mereka tidak akan meminta anda untuk membuat pembiayaan peribadi dengan mana-mana bank, koperasi atau individu. Ini kerana pemaju yang bertanggungjawab akan menguruskan urusan pembiayaan melalui saluran yang sah dan terkawal, memberikan jaminan dan keselesaan kepada pembeli. Dengan menggunakan skim pembiayaan perumahan yang dikeluarkan oleh bank atau LPPSA, pembeli dapat menikmati kelebihan seperti kadar faedah yang kompetitif, tempoh bayaran yang fleksibel, serta perlindungan undang-undang yang diberikan oleh institusi kewangan yang sah.
Setiap pemaju perumahan di Malaysia diwajibkan untuk beroperasi dengan Permit Pengiklanan dan Lesen Pemaju (APDL). Tanpa dokumen-dokumen ini, mereka tidak diiktiraf sebagai pemaju yang sah!
Semua iklan yang dikeluarkan oleh pemaju perumahan haruslah menyertakan nombor APDL. APDL ini mengandungi tarikh sah yang menunjukkan kelulusan projek tersebut, menjamin bahawa pemaju telah mendapatkan kebenaran dari Kementerian yang berkaitan.
Jika anda merasa ragu-ragu tentang kesahihan iklan tersebut, perhatikan nombor APDL dan ambil langkah untuk menghubungi Kementerian untuk pengesahan. Walaupun mungkin memerlukan sedikit masa dan usaha untuk membuat panggilan, namun usaha ini pasti akan berbaloi jika ia dapat menyelamatkan anda daripada risiko kehilangan deposit sebanyak RM30,000 kepada pemaju yang meragukan, bukan?
Antara pemaju yang disenarai hitamkan atas sebab tidak memiliki lesen:
Semak senarai penuh di sini (dikemaskini pada 31 Mac 2024).
Bahagian penting dalam proses membuat aduan untuk menghalang pemaju yang tidak jujur daripada terus beroperasi adalah melalui Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. Badan ini diperkenalkan pada tahun 2002 untuk mengawasi undang-undang di bawah Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.
Tribunal ini merupakan proses pertikaian yang dipermudahkan untuk membolehkan pembeli rumah menuntut hak mereka terhadap pemaju yang gagal menyiapkan pembangunan seperti yang dijanjikan, atau melanggar Akta Pembangunan Perumahan (HDA). Proses ini memberi keadilan kepada pembeli dalam menyelesaikan pertikaian dengan pemaju.
Untuk membuat tuntutan, pembeli hanya perlu membayar bayaran sebanyak RM10 untuk satu tuntutan, walaupun nilai tuntutan mestilah kurang dari RM50,000. Keputusan yang dikeluarkan oleh tribunal berbentuk perintah mahkamah yang mengikat secara sah.
Namun, perlu diingat bahawa terdapat tempoh masa 12 bulan dari tarikh penerimaan Sijil Penyiapan Dan Pematuhan (CCC), atau selepas tamatnya tempoh tanggungan kecacatan sebelum tuntutan boleh dibuat. Walaupun terdapat prosedur yang jelas, masih terdapat pemaju yang enggan mematuhi pertimbangan ini.
Jika seorang pemaju hartanah disenaraikan dalam senarai hitam kerana gagal memenuhi tuntutan tribunal ini, sekurang-kurangnya pembeli akan mendapat sedikit petunjuk mengenai jenis pemaju tersebut. Ini membantu pembeli untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam proses pembelian hartanah mereka.
Antara pemaju yang disenarai hitamkan atas sebab Ingkar tuntutan mahkamah:
Semak senarai penuh di sini (dikemaskini pada 1 April 2024).
Terdapat beberapa sebab mengapa sesuatu projek boleh terbengkalai, ia boleh berpunca daripada pengurusan yang lemah hinggalah ke aktiviti penipuan. Sebilangan pemaju hartanah yang tidak jujur, langsung tidak mempunyai niat untuk menyiapkan projek perumahan tersebut dan kebiasaannya mereka mungkin hanya mengambil bayaran awal dan kemudian melarikan diri dengan wang tersebut.
Selain itu, banyak projek yang terbengkalai disebabkan oleh faktor-faktor seperti kekurangan pengalaman dan kegagalan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam keadaan pasaran. Oleh itu, penting untuk memastikan bahawa anda yakin dengan kemampuan pemaju hartanah untuk menyiapkan projek tersebut sebelum membuat keputusan pembelian.
Pemaju yang lebih besar biasanya mempunyai lebih banyak pengalaman dan modal kewangan yang kukuh untuk menambahkan tahap keselamatan kepada pembelian hartanah anda. Ini kerana kemungkinan projek mereka terbengkalai adalah jauh lebih rendah disebabkan oleh penutupan syarikat. Namun, bukanlah kami mengesyorkan anda untuk mengelak dari mencuba pemaju-pemaju kecil.
Antara pemaju yang disenarai hitamkan atas sebab projek terbengkalai:
Semak senarai penuh di sini (dikemaskini pada 31 Mac 2024).
Kompaun merupakan bayaran tambahan yang dikenakan kepada pemaju hartanah akibat daripada pelanggaran undang-undang. Ini bermakna jika pemaju hartanah gagal menyelesaikan pembayaran kompaun, mereka bukan saja melanggar undang-undang, tetapi kemudian mungkin akan dikenakan kompaun tambahan atas kegagalan mereka untuk membayar penalti yang dikenakan kerana pelanggaran tersebut.
Dalam konteks pembangunan perumahan, kompaun biasanya dikenakan jika pemaju hartanah yang melanggar undang-undang tempatan atau peraturan yang berkaitan dengan projek mereka, seperti melanggar syarat-syarat perancangan atau gagal mematuhi undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerja.
Bayaran kompaun ini adalah cara bagi pihak berkuasa tempatan untuk menegakkan undang-undang dan memastikan pematuhan oleh pemaju hartanah.
Antara pemaju yang disenarai hitamkan atas sebab gagal menyelesaikan pembayaran kompaun:
Semak senarai penuh di sini (dikemaskini pada 1 April 2024)
Sebelum membuat sebarang pembelian hartanah, langkah yang paling penting adalah melakukan kajian menyeluruh mengenai pemaju yang terlibat, sama ada berkaitan dengan perbandingan harga atau kualiti. Sentiasa ambil masa untuk mengkaji dan mempertimbangkan pemaju sebelum membuat keputusan yang besar ini.
Pemaju hartanah yang cemerlang biasanya mempunyai rekod prestasi yang baik dan mempunyai kehadiran yang kukuh dalam dunia digital. Mereka dengan bangga mempamerkan hasil kerja mereka dalam pembangunan yang telah mereka laksanakan, seringkali melalui laman web atau platform media sosial mereka. Ini membolehkan pembeli untuk menilai kualiti dan kebolehpercayaan pemaju berdasarkan projek-projek terdahulu yang telah mereka laksanakan.
Dengan menggunakan pendekatan ini, anda boleh mengukur sejauh mana anda selesa untuk berurusan dengan pemaju tertentu. Ini membolehkan anda membuat keputusan pembelian yang lebih selamat dan berasas, serta memberikan keyakinan kepada anda bahawa anda membuat keputusan yang tepat mengenai hartanah yang ingin anda beli.
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Malaysia sentiasa menyusun dan mengemaskini senarai pemaju hartanah yang disenarai hitam. Kehadiran senarai ini memberi amaran kepada orang ramai tentang pemaju-pemaju hartanah yang telah melanggar undang-undang atau melakukan pelanggaran yang serius dalam industri pembangunan perumahan.
Sebab-sebab untuk disenarai hitamkan seorang pemaju hartanah boleh bermacam-macam, termasuk gagal menyiapkan projek secara memuaskan, melanggar undang-undang keselamatan, atau terlibat dalam aktiviti penipuan terhadap pembeli. Oleh itu, adalah penting untuk mengelakkan diri dari membeli hartanah daripada pemaju hartanah yang berada dalam senarai hitam ini. Bukan saja anda berisiko kehilangan wang Ringgit, tetapi terdapat juga potensi untuk menghadapi masalah lain.
Pemaju hartanah yang tidak jujur sering kali didaftarkan sebagai syarikat swasta, yang bermakna mereka tidak terikat untuk mendedahkan maklumat syarikat kepada orang ramai. Ini boleh menjadi cabaran bagi pembeli yang ingin mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai pemaju hartanah tersebut.
Bagaimanapun, pembeli yang bijak akan mengambil langkah tambahan dengan memohon maklumat yang dikehendaki dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dengan melakukan ini, mereka dapat mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai pemilik dan pengarah syarikat pembangunan tersebut.
Menggunakan maklumat dari SSM adalah satu langkah yang sangat berguna dalam penyelidikan pembeli terhadap pemaju hartanah. Jika terbukti bahawa pengarah syarikat tersebut mempunyai rekod syarikat yang buruk atau pengalaman pelaburan yang negatif di bawah kendaliannya, adalah lebih baik untuk pembeli dimaklumkan tentang ini dari awal.
Panduan Relevan
Share :
Article Highlights
Ciri-ciri pemaju rumah yang patut elak
redflag pemaju hartanah
Senarai hitam pemaju hartanah
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent
Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!
Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.
We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!
Top Searched Property For Sale
Properties For Sale in Kuala Lumpur
Properties For Sale in Petaling Jaya
Properties For Sale in Johor Bahru
Properties For Sale in Seremban
Top Searched Property For Rent
Properties For Rent in Kuala Lumpur
Properties For Rent in Petaling Jaya
Properties For Rent in Johor Bahru
Properties For Rent in Seremban
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent