Loading Property Genie

Bebas Setem Duti 2024: Lebih Mudah Beli Rumah Tanpa Beban Cukai!

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Click here for English version.

Pengecualian Duti Setem boleh dikatakan satu perkara yang sangat gembira buat semua orang yang terlibat dengan hartanah sebab ia bukan saja dapat memudahkan proses tetapi boleh jimatkan kos juga. Haa..  Duti Setem ni juga penting buat anda yang nak beli atau nak tukar hak milik tau.

Nak mudahkan cerita, bila dalam dunia hartanah, anda memang kena ambil kira semua kos yang berkaitan. Jadi, artikel hari ini kami nak kongsikan panduan untuk anda tentang Duti Setem dengan cara mudah difahami.

 

Duti Setem

 

Apa Itu Duti Setem?

Duti setem ialah cukai yang dikenakan atas dokumen/surat perundangan seperti jual beli, pertukaran hak milik, pinjaman rumah, atau perjanjian pinjaman.

Dalam bahasa mudahnya, duti setem ni sebenarnya macam cukai yang kena bayar atas pelbagai dokumen penting dalam dunia hartanah, contohnya macam perjanjian jual-beli rumah, tukar nama rumah atau perjanjian pinjaman, semua tu kena ada duti setem. 

Kos duti setem ni ada 2 kategori je, iaitu:

Kategori Maksudnya
Kadar Tetap  Kos yang tetap atau tidak boleh berubah, termasuk la setem untuk polisi individu atau salinan.
Ad Valorem  Kos boleh berubah bergantung pada nilai transaksi oleh dokumen. Perubahan kos mengikut nilai perjanjian pinjaman atau pertukaran hak milik.

 

Berapakah Kadar Duti Setem Perumahan di Malaysia?

Duti setem untuk perjanjian kontrak dalam hartanah agak berbeza sedikit. Ia bergantung kepada situasi transaksi tersebut.

Bagi duti setem Ad Valorem, pengiraannya berdasarkan harga rumah dalam kontrak jualan atau nilai pasaran. Penilaian itu bergantung kepada maklumat yang terdapat dalam laporan penilaian oleh jurutaksiran kerajaan.

Dalam erti kata lain, tak ada istilah nak kelentong atau buat penilaian harga palsu. Sekiranya harga dalam kontrak adalah lebih tinggi daripada nilai pasaran, duti setem akan dikenakan mengikut nilai yang lebih tinggi.

 

Duti Setem

 

Setiap cukai duti setem mempunyai peringkat dengan kadar yang berbeza. Peratusan duti setem bermula dari tahun 2019 adalah seperti berikut:

Harga Jualan Peratusan
  RM100,000 yang pertama. 1%
  RM100,001 sehingga RM500,000 2%
  RM500,001 sehingga RM1 juta 3%
  Lebih daripada RM1 juta 4%

Masih blur dan tak faham? Okay kami tunjukkan contoh lebih detail, 

Harga rumah: RM600,000

Jadi, ada caj 1% untuk RM100,000, 2% untuk RM500,000 dan 3% untuk RM100,000.

= (RM100,000 x 1%) + (RM400,000 x 2%) + (RM100,000x3%)
= RM1,000 + RM 8,000 + RM3,000

= RM11,000 (Jumlah Duti Setem yang perlu dibayar)

 

Kadar Duti Setem untuk Perjanjian Pinjaman Tu Apa Pula?

Ingat ya! Duti setem juga dikenakan pada mana-mana perjanjian pinjaman yang termasuk dalam pembelian rumah.
Sebabnya, perjanjian pinjaman ini dikira sebagai dokuman undang-undang yang penting, jadi memang akan kena bayar cukai duti setem. Jangan terlepas pandang pula!

 

Duti Setem



Kos Duti Setem perjanjian pinjaman adalah tetap sebanyak 0.5%, dan dikenakan pada seluruh harga pinjaman tu. Ini contoh pengiraan untuk jumlah duti setem bagi instrumen pertukaran hak milik dan perjanjian pinjaman:

 

Harga rumah: RM600,000

Pinjaman rumah: RM550,000

= (RM100,000 x 1%) + (RM400,000 x 2%) + (RM100,000x3%) + (RM550,000 x 0.5%)
= RM11,000 + RM 2,750

= RM13,750 (Jumlah Duti Setem yang perlu dibayar)

 

Cara Matikan Setem Surat Perjanjian

Proses untuk mematikan setem surat perjanjian boleh dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan mengisi borang secara online atau melalui aplikasi 'Digital Franking'.

Nak jimat lebih masa, isi borang melalui apps dan save segala yang diisi, jadi bila tiba giliran anda, dah tak perlu nak isi lagi. Cuma perlu tunjuk QR code pegawai dan dah boleh buat pembayaran dan terus matikan setem surat perjanjian tersebut. Mudah, cepat dan jimat masa kan!

Pengecualian Duti Setem 2024

Pengecualian setem duti bermaksud anda boleh menjimatkan wang daripada cukai tersebut!

 

pengecualian Duti Setem

 

Selepas Kempen Pemilikan Rumah ditamatkan pada Disember 2022, memang semua menanti insentif baru kerajaan dalam pemilikan rumah. Jadi, menurut Bajet 2023, bagi hartanah berharga bawah RM500,000, duti setem dikecualikan sepenuhnya hingga 2025. Kategorinya seperti berikut:

 

1) Pengecualian Sepenuhnya untuk Hartanah Bawah RM500,000:

Bagi hartanah berharga kurang dari RM500,000, setem duti tidak perlu dibayar sepenuhnya sehingga 2025. Ini adalah satu berita gembira terutamanya bagi mereka yang mencari rumah pertama atau pelaburan hartanah.

2) Peningkatan Pengecualian untuk Hartanah RM500,000 hingga RM1 Juta:

Untuk hartanah berharga antara RM500,000 hingga RM1 juta, pengecualian setem duti dinaikkan sebanyak 75% sehingga 31 Disember 2023. Ini memberikan peluang lebih kepada mereka yang berada dalam kategori ini untuk menjimatkan lebih banyak wang.

 

Pengecualian duti setem 2024 adalah satu langkah positif dalam memperkukuhkan pasaran hartanah Malaysia. Bukan saja, memberi peluang kepada pembeli rumah untuk menjimatkan wang, tetapi juga memberi dorongan kepada aktiviti jual-beli hartanah secara keseluruhan. Sebagai pelabur hartanah atau pembeli rumah pertama, pastikan anda mengambil kesempatan daripada pengecualian ini sebelum tamat tempoh. Semoga berjaya dalam pencarian rumah idaman anda!

 

Artikel lain:

 

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

duti setem

hartanah

kadar duti setem

bajet 2023

LHDN

pembeli rumah pertama

Pinjaman Rumah

Lembaga Hasil Dalam Negeri

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5626 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More