PROPERTY GUIDE
Written by Fazrina Fezili
Cukai pintu atau cukai taksiran adalah tanggungjawab bersama semua warga Malaysia untuk dibayar mengikut Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Namun mulai Januari 2022, PBT tidak lagi mengelurkan atau membuat sebarang pengeposan bil buat cukai pintu / cukai taksiran ini untuk mengelakkan pembaziran atau selaras dengan objektif kempen bumi hijau dan mesra alam. Maka pembayaran atau semakan cukai pintu ini akan di buat secara atas talian ( bayar secara online ) atau di PBTPay bagi memudahkan semua pihak.
Di sini kami akan kongsikan lebih lanjut supaya anda lebih jelas dan tahu info terkini dan cara pembayaran cukai pintu atau cukai taksiran melalui PBTPay ini.
Maksud cukai pintu atau cukai taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak didalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) / majlis bandaraya (MB) / majlis perbandaran (MP) :
Antara fungsi cukai pintu atau cukai taksiran adalah seperti berikut:
Cukai ini adalah cukai kedua yang wajib dibayar oleh pemilik hartanah kediaman dan komersil. Setiap pemilik hartanah wajib membayar cukai pintu / cukai taksiran walaupun hartanah pemilik kosong, terbiar atau tidak diduduki.
Walau bagaimana pun, pemilik boleh memohon tuntutan remisi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) jika hartanah adalah kosong dan permohonan mesti dibuat sebelum 7 hari daripada tarikh dikosongkan. Jika tidak, pihak berkuasa tempatan akan mengira tarikh hartanah mula dikosongkan sebagai tarikh permohonan dibuat.
Lebih menarik, ada beberapa negeri menawarkan pengecualian cukai taksiran / cukai pintu khususnya di perumahan kos rendah dan sederhana.
Kadar cukai taksiran / cukai pintu yang biasa adalah sekitar 2-7% anggaran Nilai Tahunan hartanah dan ia juga bergantung kepada:
Nilai Tahunan ialah Anggaran Sewa Kasar Setahun yang dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun jika hartanah pemilik disewakan.
Tambahan pula, cukai taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu:
NILAI TAHUNAN = ANGGARAN SEWA KASAR SEBULAN X 12 BULAN |
Contoh pengiraan cuka taksiran / cukai pintu :
Anggaran sewa bulanan rumah setingkat adalah RM2,000 dan kadar cukai pintu 4%
Oleh kerana cukai taksiran dikutip dua kali setahun, bayaran yang perlu anda buat adalah RM480 setiap 6 bulan.
Pembayaran cukai cukai taksiran / cukai pintu boleh dibuat melalui e-perbankan, di mana-mana kaunter pejabat pos, PTG tempatan dan di PBTPay.
PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Perkhidmatan yang disediakan di dalam PBTPay merangkumi PBT di seluruh negara untuk membuat pembayaran secara atas talian ( bayar secara online ).
Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai “Cukai Pintu’ dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna merah. Manakala, Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna kuning.
Artikel Lain:
Share :
Article Highlights
PBTPay
Cukai Pintu
Cukai taksiran
cara bayar cukai pintu
cara bayar guna PBTPay
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent
Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!
Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.
We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!
Top Searched Property For Sale
Properties For Sale in Kuala Lumpur
Properties For Sale in Petaling Jaya
Properties For Sale in Johor Bahru
Properties For Sale in Seremban
Top Searched Property For Rent
Properties For Rent in Kuala Lumpur
Properties For Rent in Petaling Jaya
Properties For Rent in Johor Bahru
Properties For Rent in Seremban
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent