PROPERTY GUIDE
Written by Fazrina Fezili
Mencari rumah mampu milik dan memahami proses permohonan skim pinjaman perumahan boleh menjadi cabaran terbesar bagi rakyat Malaysia, khususnya di Terengganu. Bagi mereka yang ingin memiliki rumah sendiri dengan kos yang berpatutan, kerajaan negeri kini menawarkan ePerumahan Terengganu bagi meringankan beban rakyat bagi negeri Terengganu.
Kerajaan Terengganu telah memperuntukkan sejumlah besar rumah mampu milik untuk dibangunkan di seluruh negeri. Sebanyak 18,061 unit rumah mampu milik telah siap dibina, sedang dibina, dan akan dibina dari tahun 2018 hingga 2023. Ini termasuk 1,657 unit yang telah siap diagihkan, 10,844 unit dalam proses pembinaan, dan 5,560 unit dalam perancangan.
ePerumahan Terengganu adalah portal dalam talian yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk memudahkan rakyat negeri itu membuat permohonan rumah mampu milik dan jenis-jenis rumah lain yang ditawarkan oleh kerajaan negeri, termasuk Rumah Mesra Rakyat Terengganu yang dikelolakan oleh SPNB. Melalui portal ini, pemohon dapat menguruskan permohonan mereka dengan lebih mudah dan cepat, serta mendapat maklumat terkini mengenai status permohonan mereka.
ePerumahan Terengganu adalah sistem permohonan dalam talian yang mengendalikan Skim Pinjaman Perumahan Negeri Terengganu, Rumah Mesra Rakyat, dan Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (RMMT).
Skim Pinjaman Perumahan Negeri Terengganu, dikenali sebagai i-Rahman, adalah inisiatif pembiayaan perumahan tanpa riba yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Skim ini bertujuan membantu rakyat Terengganu memiliki rumah sendiri dengan syarat-syarat yang lebih mudah berbanding pinjaman konvensional.
Beberapa ciri utama i-Rahman adalah:
Kadar Ansuran Bayaran Pinjaman Perumahan:
Syarat Kelayakan Skim Pinjaman Perumahan Negeri Terengganu (i-Rahman)
Skim i-Rahman ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memastikan lebih ramai rakyat Terengganu dapat memiliki rumah sendiri dengan cara yang lebih mampu milik dan bebas dari bebanan faedah yang tinggi
Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (RMMT) adalah inisiatif kerajaan negeri untuk menyediakan perumahan berkualiti dan mampu milik kepada rakyat Terengganu. Skim ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri dengan syarat yang lebih mudah. Selain itu, Rumah Mesra Rakyat (RMR SPNB) turut tersedia untuk memenuhi keperluan perumahan bagi mereka yang layak.
Sama seperti Rumah Mampu Milik Negeri Terengganu (RMMT) Jenis A, dengan tambahan berikut:
Untuk memohon rumah melalui portal ePerumahan Terengganu, ikuti langkah-langkah berikut:
Berikut adalah senarai projek Rumah Mampu Milik yang sedang dan akan dibangunkan di Terengganu:
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan untuk melengkapkan permohonan:
Anda boleh menyemak status permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu melalui laman web ePerumahan Terengganu. Ikuti langkah-langkah berikut:
Artikel lain:
Share :
Article Highlights
rumah mampu milik
RMMT
Rumah mampu milik terengganu
eperumahan terengganu
rumah mesra rakyat Terengganu
rumah mesra rakyat
spnb
rmr spnb
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent
Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!
Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.
We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!
Top Searched Property For Sale
Properties For Sale in Kuala Lumpur
Properties For Sale in Petaling Jaya
Properties For Sale in Johor Bahru
Properties For Sale in Seremban
Top Searched Property For Rent
Properties For Rent in Kuala Lumpur
Properties For Rent in Petaling Jaya
Properties For Rent in Johor Bahru
Properties For Rent in Seremban
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent