Loading Property Genie

Info Lengkap Tentang LPPSA Wajib Tahu 2024!

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Artikel Info Lengkap Tentang LPPSA Wajib Tahu membincangkan:

  • Maksud Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
  • Kelebihan Pinjaman LPPSA
  • 7 Jenis Pinjaman LPPSA
  • Syarat dan Kelayakan Memohon Pinjaman LPPSA
  • Cara Permohonan Pinjaman LPPSA



Miliki rumah sendiri merupakan impian setiap rakyat Malaysia, tak kisahlah dari sektor kerajaan atau swasta sekalipun. Masing-masing ada cara untuk pastikan impian miliki rumah sendiri menjadi realisasi. Namun, untuk artikel kali ini, kami ingin fokuskan buat semua kakitangan kerajaan atau penjawat awam tentang kelebihan membeli rumah dengan pinjaman LPSSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam).

Menurut laporan Berita Harian, masih terdapat banyak penjawat awam yang masih belum memiliki rumah sendiri. Malah, kami juga pasti ramai penjawat awam yang masih tidak mengetahui tentang pinjaman perumahan kerajaan ini. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam tentang pinjaman perumahan kerajaan, menyebarkan maklumat mengenai peluang yang ada khususnya melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

 

Logo LPPSA

 

Apa itu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)?

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), merupakan badan berkanun yang telah ditubuhkan sejak tahun 2016. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk menguruskan pembiayaan perumahan bagi penjawat awam di Malaysia.

Sejak penubuhannya, LPPSA telah memainkan peranan penting dalam menyediakan akses kepada pembiayaan perumahan yang bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kewangan para penjawat awam. Pada tahun 2022, LPPSA telah menetapkan sasaran untuk menyediakan pembiayaan sehingga RM10 bilion, yang dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 40,000 penjawat awam. Ini menunjukkan komitmen LPPSA dalam menyokong keperluan perumahan di kalangan penjawat awam Malaysia. Selain itu, sejak beroperasi, LPPSA telah berjaya menyalurkan pembiayaan sehingga mencapai jumlah sebanyak RM11 bilion setiap tahun. Data ini menunjukkan kesan positif yang telah dibuat oleh LPPSA dalam menyediakan pembiayaan perumahan kepada komuniti penjawat awam.

Hingga kini, LPPSA telah mempunyai lebih daripada 800,000 peminjam yang masih aktif. Jumlah ini mencerminkan kepercayaan yang diberikan oleh penjawat awam terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh LPPSA. Dengan jumlah peminjam yang semakin meningkat dari masa ke semasa, LPPSA terus memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan perumahan di kalangan penjawat awam Malaysia.

Secara keseluruhannya, pencapaian dan komitmen LPPSA dalam menyediakan pembiayaan perumahan bagi penjawat awam telah membawa impak yang positif kepada masyarakat. Melalui pelbagai inisiatif dan program yang disediakan, LPPSA terus menjadi rakan strategik dalam membantu para penjawat awam merealisasikan impian memiliki rumah sendiri.

 

Kelebihan Pinjaman LPPSA

Pinjaman perumahan kerajaan melalui LPPSA menawarkan pelbagai kelebihan yang dapat dinikmati oleh penjawat awam Malaysia. Berikut adalah beberapa kelebihan utama yang ditawarkan oleh LPPSA:

  1. Marjin Pembiayaan Sehingga 100%:
    • Salah satu kelebihan yang menarik adalah LPPSA membolehkan marjin pembiayaan sehingga 100%. Ini bermakna penjawat awam tidak perlu menyediakan sebarang deposit atau modal sendiri untuk membeli rumah.
  2. Kadar Faedah Tetap 4% Setahun:
    • LPPSA menawarkan kadar faedah yang tetap pada kadar yang sangat kompetitif iaitu 4% setahun. Kadar faedah yang rendah ini menjadikan pinjaman perumahan lebih jimat dan menarik.
  3. Bilangan Pembiayaan Maksimum 2 Pembiayaan:
    • Penjawat awam boleh memperoleh sehingga dua pembiayaan melalui LPPSA.
    • Namun, pembiayaan kedua hanya dibenarkan selepas pembiayaan pertama diselesaikan sepenuhnya atau untuk membeli hartanah baru atau kerja ubahsuai rumah tertentu, tertakluk kepada syarat ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa.
  4. Ansuran Bulanan yang Terkawal:
    • LPPSA memastikan ansuran bulanan tidak melebihi jumlah tertentu daripada pendapatan bersih penjawat awam.
    • Bagi pembiayaan pertama, ansuran bulanan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih.
    • Manakala bagi pembiayaan kedua, ansuran bulanan tidak boleh melebihi 50% daripada pendapatan bersih.
  5. Tempoh Pinjaman Fleksibel:
    • Tempoh pinjaman bagi pembiayaan pertama Jenis 1, 2, 3, 4 dan 5 adalah sehingga 35 tahun atau umur 90 tahun, manakala bagi pembiayaan kedua Jenis 1,2,3,4,5 dan 7 adalah sehingga 30 tahun atau umur 90 tahun.
    • Ini memberi fleksibiliti kepada penjawat awam untuk menguruskan pembayaran balik pinjaman mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
  6. Kelebihan LPPSA Lain:
    • Kadar faedah yang kekal pada 4%.
    • Potongan luar gaji tidak dikira sebagai komitmen, menyebabkan kelayakan untuk membeli rumah menjadi lebih tinggi.
    • 100% pinjaman tanpa mengira bilangan rumah, termasuk tanah dan pembinaan.
    • Elaun dan segala imbuhan dikira sebagai gaji kasar, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat pinjaman yang lebih tinggi.

 

Pinjaman LPPSA

 

Selain itu, terdapat manfaat tambahan yang dapat diperoleh melalui LPPSA dan menjadikan LPPSA sebagai pilihan utama bagi penjawat awam yang ingin memiliki rumah sendiri dengan lebih mudah dan berpatutan. Antaranya:

  1. Pembiayaan untuk Pembelian Hartanah di Atas Tanah Berstatus Pertanian:
    • LPPSA membenarkan pembiayaan untuk membeli hartanah yang berstatus pertanian.
    • Memperluaskan pilihan bagi penjawat awam yang mungkin berminat untuk memiliki hartanah di luar kawasan bandar atau untuk tujuan pertanian.
  2. Pembiayaan Individu Walaupun S&P Mengandungi Dua Nama:
    • Pembiayaan perumahan dari LPPSA dibenarkan walaupun Perjanjian Jual Beli (S&P) mengandungi dua nama.
    • Memudahkan penjawat awam yang ingin membeli rumah bersama pasangan atau ahli keluarga tanpa menghadapi sebarang halangan.
  3. Pembiayaan untuk Pembelian Rumah Kos Rendah yang Dalam Pembinaan:
    • LPPSA membenarkan pembiayaan untuk pembelian rumah kos rendah yang masih dalam pembinaan.
    • Memberi peluang kepada penjawat awam untuk memiliki rumah dengan kos yang lebih rendah dan lebih terjangkau.
  4. Pembiayaan untuk Pembelian Petak Rumah yang Belum Memiliki Hakmilik Strata:
    • Skim pinjaman LPPSA juga membenarkan pembiayaan untuk pembelian petak rumah yang telah siap tetapi belum memiliki hakmilik Strata.
    • Dengan syarat tertentu, ini memberi peluang kepada pemohon untuk memiliki rumah tanpa perlu menunggu proses pengeluaran hakmilik Strata.
  5. Pembiayaan untuk Pembelian Hartanah oleh Adik-Beradik:
    • LPPSA juga membenarkan pembiayaan untuk pembelian hartanah oleh adik-beradik.
    • Memberi peluang kepada saudara mara untuk memiliki hartanah bersama dan meningkatkan kepelbagaian pemohon.
  6. Pembiayaan Pembinaan Rumah atas Tanah Kepunyaan Pasangan:
    • Bagi pasangan yang ingin membina rumah atas tanah yang dimiliki bersama, LPPSA membenarkan pembiayaan pembinaan rumah.
    • Memberi peluang kepada pasangan untuk memiliki rumah sendiri tanpa perlu bergantung kepada pembiayaan individu.

 

7 Jenis Pinjaman LPPSA

 

7 Jenis Pinjaman LPPSA

LPPSA menawarkan tujuh jenis pembiayaan yang berbeza untuk memenuhi pelbagai keperluan perumahan penjawat awam. Berikut adalah senarai lengkap jenis-jenis pembiayaan yang disediakan:

  1. Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
    • Pembiayaan ini sesuai bagi mereka yang ingin membeli rumah yang sudah siap untuk diduduki tanpa perlu menunggu pembinaan.
    • Contohnya: Rumah teres, kondominium, dan rumah berkembar.
  2. Membina rumah di atas tanah sendiri
    • Bagi yang mempunyai tanah sendiri dan ingin membina rumah mengikut citarasa dan keperluan keluarga, pembiayaan ini merupakan pilihan yang sesuai.
    • Contoh: Projek pembangunan rumah baru di kawasan bandar.
  3. Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaa
    • Ini adalah pembiayaan untuk pembelian rumah yang masih dalam pembinaan. Sesuai untuk mereka yang ingin memiliki rumah baru dalam projek pembangunan.
  4. Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
    • Bagi yang mempunyai hasrat untuk memiliki rumah impian mereka sendiri di atas tanah kosong, pembiayaan ini membolehkan pembelian tanah dengan tujuan membina rumah.
  5. Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
    • Pembiayaan ini membolehkan penjawat awam untuk menyelesaikan hutang pinjaman perumahan yang sedia ada dari bank atau institusi kewangan lain.
  6. Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan
    • Bagi mereka yang telah membeli tanah menggunakan pinjaman kerajaan dan ingin membina rumah di atas tanah tersebut, pembiayaan ini merupakan pilihan yang sesuai.
  7. Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman
    • Pembiayaan ini membolehkan pemilik rumah untuk melakukan kerja-kerja ubahsuai atau penambahbaikan kepada rumah atau petak kediaman mereka yang sedia ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan pembiayaan, pengiraan dan pembayaran, serta iklan tender/sebut harga, pengguna boleh mendapatkan lebih banyak maklumat melalui laman web rasmi LPPSA.

Selain itu, LPPSA juga menyediakan perkhidmatan atas talian seperti portal semakan bayaran, portal permohonan pembiayaan, dan portal lelong untuk memudahkan pencarian rumah idaman. Dengan adanya kemudahan ini, proses mendapatkan pembiayaan perumahan menjadi lebih mudah dan efisien bagi penjawat awam Malaysia.

 

Syarat dan Kelayakan Memohon Pinjaman LPPSA

 

Semua penjawat awam berjawatan tetap yang telah disahkan perkhidmatan layak untuk memohon pinjaman LPPSA bagi tujuan pembelian rumah kediaman, tanah atau kerja ubah suai yang dibenarkan dan Salinan Surat Pengesahan jawatan adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan.

Kaedah pengiraan kelayakan untuk pinjaman adalah seperti berikut:

 

Contoh pengiraan kelayakan pinjaman LPSSA

 

Bagi pinjaman LPPSA pertama:

  • Ansuran bulanan yang dibayar tidak boleh melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diterima oleh peminjam.
  • Jumlah keseluruhan hutang yang dibawa oleh peminjam, termasuk ansuran bulanan pinjaman baru, tidak boleh melebihi 80% daripada pendapatan bersih peminjam setelah dikurangkan dengan perbelanjaan tetap lain seperti sewa, pembayaran pinjaman sedia ada, dan lain-lain.
  • Pendapatan bersih bagi semua peminjam perlu sekurang-kurangnya mencapai 20% daripada pendapatan kasar peminjam. Pendapatan bersih merujuk kepada jumlah pendapatan yang diterima setelah ditolak dengan cukai, potongan gaji, dan perbelanjaan wajib lain.

Bagi pinjaman LPPSA kedua:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diterima.
  • Jumlah hutang tidak boleh melebihi 80% daripada pendapatan bersih

Anggaran jumlah maksimum pembiayaan boleh dikira menggunakan Kalkulator Pengiraan Kelayakan Pinjaman LPPSA di laman sesawang LPPSA dengan memasukkan amaun hartanah dan amaun yang dimohon.. Amaun pembiayaan yang diluluskan adalah tertakluk kepada amaun yang terendah di antara berikut:

  1. Harga hartanah;
  2. Penilaian JPPH;
  3. Amaun yang dimohon; 
  4. Kelayakan maksimum pemohon.

 

Cara Permohonan Pinjaman LPPSA

Cara Permohonan Pinjaman LPPSA

 

Permohonan pinjaman Perumahan LPPSA boleh dilakukan secara atas talian dengan mengikuti proses Pembiayaan LPPSA berikut yang lebih detail: 

  • Layari laman utama Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA di lppsa.gov.my.
  • Pengguna pertama kali perlu mendaftar ID Pengguna.
  • Log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftar dan disahkan melalui e-mel.
  • Untuk akaun yang baru didaftarkan, pengguna akan diarahkan ke laman Kemaskini Butiran.
  • Isi maklumat yang diperlukan dalam Kemaskini Butiran seperti berikut:
    • Maklumat Peribadi
    • Alamat Kediaman
    • Maklumat Keluarga
    • Maklumat Pekerjaan
  • Pada laman utama, pengguna akan melihat pemilihan jenis pembiayaan yang tersedia:
    • Permohonan Individu
    • Permohonan Bersama
  • Untuk permohonan baru, pengguna perlu mengisi butir-butir berikut semasa permohonan pembiayaan:
    • Maklumat Awal Pembiayaan
    • Maklumat Perkhidmatan
    • Pendapatan dan Komitmen
    • Maklumat Pembiayaan
    • Pemilihan Insurans/Takaful
    • Pengesahan
  • Klik pada butang Simpan dan Hantar untuk menghantar permohonan.

**Nota: Klik di sini untuk Tutorial Video Pendaftaran Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA

Dokumen yang perlu disediakan dan diisi dengan lengkap untuk permohonan pembiayaan perumahan sektor awam (LPPSA) adalah:

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) yang telah disahkan.
  • Slip Gaji Asal / e-Penyata Gaji atau Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen yang telah disahkan.
  • Surat Iringan Ketua Jabatan.
  • Borang Permohonan Pinjaman / Pembiayaan SPPB yang telah disahkan, termasuk:
    1. Borang Akuan Pemilihan Insurans / Takaful.
    2. Borang 2 – Surat Persetujuan Menyelesaikan
  • Baki Hutang Pinjaman Perumahan Serta Faedah.
  • Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan Di Malaysia.
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak.

LPPSA juga menyediakan portal untuk semakan dokumen bagi memudahkan pemprosesan permohonan pembiayaan perumahan LPSSA.

 

Dengan pengetahuan ini, penjawat awam Malaysia dapat memanfaatkan peluang yang disediakan oleh LPPSA untuk memiliki rumah sendiri dengan lebih mudah dan berpatutan. Dengan proses pembiayaan yang mudah, fleksibel, dan terkawal, impian memiliki rumah sendiri dapat direalisasikan dengan lebih cepat dan lancar. Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan sertai ribuan penjawat awam yang telah berjaya memiliki rumah impian mereka melalui pinjaman LPPSA!

 

Artikel lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

pinjaman perumahan

LPPSA

penjawat awam

kakitangan kerajaan

pembiayaan rumah

Pengiraan Kelayakan

cara mohon LPPSA

Pembiayaan LPPSA

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5626 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More