Loading Property Genie

Soalan Lazim Tentang Hak Penyewa Rumah: Apa yang Anda Perlu Tahu?

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Menyewa rumah memang seronok lagi-lagi bila dapat tempat yang selesa dengan harga yang mampu milik. Tapi kadang-kadang menyewa ni tak selalunya indah belaka, ada masanya ia boleh mendatangkan tekanan lebih-lebih lagi bila melibatkan hak-hak penyewa dan tuan rumah. Tak ramai yang tahu, tapi hak penyewa rumah ni sebenarnya ada dilindungi oleh undang-undang di Malaysia. Jadi, jom kita tengok soalan-soalan lazim yang selalu bermain di fikiran penyewa dan tuan rumah, dengan penerangan yang mudah.

16 Soalan Yang Sering Ditanya Sebagai Hak Penyewa Rumah

1. Bolehkah tuan rumah menaikkan sewa sesuka hati?

hak penyewa rumah

TTidak, tuan rumah tidak boleh menaikkan sewa sesuka hati, lebih-lebih lagi jika anda masih dalam tempoh perjanjian sewa rumah. Kalau perjanjian sewa rumah dah tamat, tuan rumah boleh minta kenaikan sewa, tapi anda sebagai penyewa ada hak untuk terima atau tolak. Kalau nak kenaikan sewa, tuan rumah kena bagi notis yang munasabah dan ia mesti berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak. Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 juga menyatakan bahawa penyewa tidak boleh dipaksa terima kenaikan yang tidak munasabah.

2. Cukai pintu Penyewa atau pemilik yang perlu bayar?

Dalam kebanyakan kes, cukai pintu adalah tanggungjawab pemilik rumah. Namun, ada tuan rumah yang cuba meletakkan tanggungjawab ini kepada penyewa. Tapi, untuk lebih selamat, pastikan perkara ni dinyatakan jelas dalam perjanjian sewa. Jadi, selalu baca perjanjian betul-betul, ya!

3. Apa hak penyewa rumah jika tuan rumah tidak memulangkan deposit?

Tuan rumah perlu memulangkan deposit anda selepas tempoh sewa tamat, jika tiada kerosakan pada rumah dan bil semua telah dijelaskan. Menurut Akta Kontrak 1950, deposit rumah sewa bertujuan untuk melindungi tuan rumah daripada kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau hutang tertunggak. Menurut undang-undang juga, pemulangan deposit sewa rumah harus dilakukan dalam tempoh 30 hari selepas anda keluar dari rumah. Jika tuan rumah enggan memulangkan deposit tanpa sebab yang munasabah, anda boleh membuat tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

4. Apa yang berlaku jika saya keluar dari rumah sewa sebelum perjanjian sewa rumah tamat?

hak penyewa rumah

Biasanya, kalau anda keluar sebelum kontrak tamat, anda berisiko kehilangan deposit atau dikenakan penalti bergantung pada syarat dalam perjanjian. Oleh itu, jika anda bercadang untuk keluar awal, anda dinasihatkan untuk menyemak perjanjian terlebih dahulu dan memberikan surat notis keluar rumah sewa kepada tuan rumah dalam tempoh yang munasabah.

Ini dipanggil pelanggaran perjanjian sewa rumah atau “breach of contract” dalam undang-undang. Tapi, ada pengecualian kalau sebab-sebab munasabah seperti keadaan kesihatan atau kecemasan keluarga. Penting untuk semak perjanjian anda tentang klausa keluar awal sebelum anda buat keputusan.

5. Apa hak penyewa jika tuan rumah ingin masuk ke dalam rumah sewa tanpa kebenaran?

Tuan rumah tidak dibenarkan memasuki rumah yang anda sewa tanpa kebenaran, kecuali dalam kes kecemasan seperti kebakaran atau kebocoran air. Sebagai penyewa, anda berhak untuk menikmati privasi di rumah sewa anda. Jika tuan rumah ingin datang untuk pemeriksaan, mereka mesti memberi notis keluar rumah kepada penyewa sekurang-kurangnya beberapa hari awal. Jika mereka melanggar hak privasi anda, anda boleh buat laporan kepada pihak berkuasa.

6. Apakah tindakan yang boleh diambil jika tuan rumah enggan memulangkan deposit?

Jika tuan rumah enggan memulangkan deposit tanpa sebab yang sah, anda boleh buat aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) atau mahkamah sivil bergantung kepada jumlah yang dituntut. Pastikan anda simpan bukti seperti gambar keadaan rumah dan rekod pembayaran untuk menyokong tuntutan anda.

7. Apa hak penyewa terhadap harta yang rosak akibat faktor luaran (contohnya bencana alam)?

Sebarang kerosakan yang berlaku akibat bencana alam seperti banjir atau ribut bukan tanggungjawab penyewa. Ini adalah tanggungjawab pemilik rumah untuk membaiki atau menggantikan harta yang rosak akibat faktor luar yang tak boleh dikawal. Akta Pemajuan Perumahan 1966 juga melindungi penyewa dalam situasi seperti ini.

8. Bolehkah tuan rumah mengusir penyewa tanpa notis?

Tuan rumah tak boleh sesuka hati mengusir penyewa tanpa memberi notis keluar rumah kepada penyewa terlebih dahulu. Biasanya, notis pengusiran perlu mengikut syarat dalam perjanjian sewa dan biasanya diberi masa antara 14 hingga 30 hari, bergantung kepada sebab pengusiran. Kalau tiada sebab yang sah atau tanpa notis, anda boleh mengambil tindakan undang-undang untuk melindungi hak anda sebagai penyewa.

9. Boleh ke sewa rumah tanpa perjanjian?

Secara teknikal, boleh. Tapi, sangat tak digalakkan sebab tiada dokumen bertulis yang boleh melindungi hak anda sebagai penyewa. Kalau berlaku apa-apa, sukar untuk anda mempertahankan diri di hadapan undang-undang. Contohnya, jika berlaku perselisihan dengan tuan rumah mengenai pemulangan deposit atau tanggungjawab membaiki kerosakan, tiada dokumen rasmi yang boleh dirujuk.  Jadi, sebaik-baiknya, pastikan ada perjanjian bertulis untuk melindungi hak penyewa rumah dan tuan rumah.

Baca juga: Contoh Perjanjian Sewa Rumah

10. Siapa yang bertanggungjawab untuk baiki kerosakan rumah sewa?

Tuan rumah bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan besar seperti masalah atap bocor atau paip pecah. Namun, penyewa bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keadaan rumah. Jika berlaku kerosakan kecil, seperti mentol lampu terbakar, penyewa perlu menanggung kos tersebut. Periksa perjanjian sewa rumah untuk memastikan siapa yang bertanggungjawab terhadap pembaikan tertentu.

11. Adakah haiwan peliharaan dibenarkan?

Ini bergantung kepada tuan rumah dan apa yang tertera dalam perjanjian sewa. Ada sesetengah tuan rumah tidak membenarkan haiwan peliharaan kerana kebimbangan tentang kebersihan atau gangguan kepada jiran. Jadi, pastikan anda tanya dan baca terma dalam perjanjian sewa sebelum bawa masuk haiwan peliharaan.

12. Adakah perjanjian masih sah kalau tuan rumah ditukar?

hak penyewa rumah

Ya, perjanjian sewa tetap sah walaupun tuan rumah bertukar. Pemilik baru perlu mematuhi terma dalam perjanjian asal sehingga tamat tempoh perjanjian. Sebarang perubahan perlu melalui persetujuan bersama.

13. Saya penyewa yang baik, tetapi tuan rumah saya halau saya. Boleh ke?

Tuan rumah tak boleh halau anda begitu saja tanpa sebab munasabah dan notis yang betul. Jika anda tak melanggar apa-apa syarat dalam perjanjian sewa, anda berhak tinggal di rumah tersebut sehingga kontrak tamat.

14. Siapa yang bayar duti setem?

Duti setem biasanya dibayar oleh penyewa, dan ini adalah kos tambahan yang datang dengan penandatanganan perjanjian sewa. Kadar duti setem adalah berdasarkan jumlah sewa bulanan dan tempoh sewaan.

15. Adakah surat perjanjian sewa sama untuk warga asing?

Ya, surat perjanjian sewa adalah sama untuk warga asing dan tempatan. Walau bagaimanapun, ada tuan rumah yang mungkin meminta deposit lebih tinggi atau syarat tambahan, terutamanya jika penyewa warga asing.

16. Bolehkah tuan rumah menghalau saya keluar sekiranya saya gagal membayar sewa tepat pada masanya?

hak penyewa rumah

Jika anda gagal membayar sewa, tuan rumah boleh memberikan notis pengusiran mengikut terma yang tertera dalam perjanjian sewa. Namun, mereka mesti mengikuti prosedur undang-undang yang betul, termasuk memberikan notis bertulis sebelum mengambil tindakan.

Sebagai penyewa, anda mempunyai hak yang dilindungi undang-undang. Pastikan anda baca dan faham perjanjian sewa sebelum tandatangan. Sekiranya ada masalah dengan tuan rumah, undang-undang seperti Akta Kontrak 1950 dan Akta Pemajuan Perumahan 1966 boleh melindungi anda. Dengan pengetahuan yang betul, anda boleh menyewa rumah dengan lebih tenang dan selamat.

Artikel lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

sewa rumah tanpa perjanjian

surat notis keluar rumah sewa

notis keluar rumah kepada penyewa​

pemulangan deposit sewa rumah

hak penyewa rumah

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5626 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More