Loading Property Genie

The Greater Johor Bahru, Transformasi Ekonomi Melalui Pembangunan Bersepadu

NEWS

Written by Fazrina Izzma

Bagi merealisasikan kedudukan Johor Bahru sebagai pemacu utama ekonomi, inisiatif "The Greater Johor Bahru" telah diperkenalkan. Ia merupakan kerjasama antara empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) utama di kawasan "The Greater Johor Bahru" yang membawa harapan untuk mengubah landskap ekonomi dan melibatkan pelbagai projek pembangunan serta industri pelancongan, infrastruktur dan hartanah.

Dalam artikel ini, kita akan menjelajahi lebih mendalam mengenai inisiatif ini, memberi ruang kepada potensi hartanah dan pembangunan yang memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan "The Greater Johor Bahru".

 

The Greater Johor Bahru

Sumber gambar: Facebook Onn Hafiz Ghazi.

 

Apa itu "The Greater Johor Bahru"?

"The Greater Johor Bahru" adalah satu bentuk kerjasama antara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di kawasan Johor Bahru.

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk membangunkan wilayah ini menjadi kawasan metropolitan kedua negara, selepas Lembah Klang dan bertujuan untuk membangunkan infrastruktu serta mewujudkan persekitaran yang kondusif dari segi pembangunan, pelancongan dan juga pembentukan projek buat pelabur hartanah.

 

Inovasi Pembangunan dan Potensi Pertumbuhan Ekonomi

PBT dalam "The Greater Johor Bahru" telah melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan yang memacu pertumbuhan ekonomi dan memberi dorongan kepada pasaran hartanah. Antara langkah-langkah yang telah diambil termasuklah: 

  • Johor Selamat dan Bersih
    • Inisiatif untuk memastikan keselamatan dan kebersihan bandaraya sentiasa terjamin dari segala ancaman dan jenayah.

  • JB Fast Line
    • Pengenalan sistem pengangkutan awam yang cekap untuk meningkatkan mobiliti penduduk.

  • Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon
    • Usaha untuk meningkatkan kesedaran dan amalan masyarakat rendah karbon dalam komuniti Iskandar Puteri.

  • Johor Selamat dan Bersih
    • Inisiatif untuk memastikan keselamatan dan kebersihan bandaraya sentiasa terjamin dari segala ancaman dan jenayah.

  • JB Fast Line
    • Pengenalan sistem pengangkutan awam yang cekap untuk meningkatkan mobiliti penduduk.

  • Karnival Iskandar Puteri Rendah Karbon
    • Usaha untuk meningkatkan kesedaran dan amalan masyarakat rendah karbon dalam komuniti Iskandar Puteri.

  • Tanda Tangani Perjanjian Persafahaman
    • Perjanjian antara PBT "The Greater JB" dan Persatuan Profesional Johor bertujuan untuk memperkuatkan kerjasama dalam pembangunan ekonomi dan sosial.

  • Pusat Arahan Pintar dengan Kerjasama Southmax
    • Pengenalan teknologi pintar untuk meningkatkan pengurusan bandar dan kemudahan awam.

  • Pemasangan Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik
    • Langkah progresif dalam menyokong penggunaan kenderaan bersih dan mesra alam.

  • Kajian Rancangan Kawasan Khas Sungai Skudai
    • Usaha untuk memperbaiki kualiti alam sekitar dan sumber air Sungai Skudai.

 

Potensi dan Impak "The Greater Johor Bahru" Terhadap Pasaran Hartanah

Dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan pembangunan infrastruktur yang berterusan di kawasan "The Greater JB", terdapat pelbagai peluang hartanah yang menarik. Johor Bahru dan sekitarnya menjadi tumpuan pelabur hartanah tempatan dan antarabangsa termasuk kedudukan strategik berhampiran sempadan dengan Singapura, akses kepada pelbagai kemudahan pengangkutan, dan pelan pembangunan yang holistik.

  • Peningkatan Nilai Hartanah:
     
    • Dengan pelaksanaan inisiatif pembangunan dan kemudahan infrastruktur yang ditingkatkan di bawah "The Greater JB", dijangkakan nilai hartanah di kawasan-kawasan yang terlibat akan mengalami peningkatan. Pembangunan projek-projek seperti pusat bandar yang lebih terancang, kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik, dan penjenamaan semula kawasan-kawasan tertentu sebagai zon pembangunan akan memberi dorongan kepada pertumbuhan nilai hartanah.
  • Permintaan Hartanah yang Meningkat:
    • Dengan penjenamaan JB sebagai kawasan metropolitan kedua negara, dijangkakan akan wujud peningkatan permintaan terhadap hartanah di sekitar wilayah "The Greater JB". Ini termasuklah permintaan daripada pelabur tempatan dan luar negara yang melihat potensi pertumbuhan ekonomi yang pesat di kawasan tersebut. Selain itu, pembangunan infrastruktur yang lebih baik juga akan menarik penduduk untuk menetap di sini, meningkatkan permintaan untuk kediaman.
  • Peluang Pelaburan yang Luas:

    • Dengan kedudukan strategik berhampiran sempadan dengan Singapura, "The Greater JB" menawarkan peluang pelaburan yang menarik, terutamanya dari pelabur Singapura yang mencari alternatif pelaburan yang menguntungkan. Ini memberi dorongan kepada pembangunan projek-projek hartanah baru seperti perumahan, komersial, dan industri.
  • Peningkatan Kualiti Hidup:

    • Pembangunan infrastruktur yang bersepadu di bawah "The Greater JB" termasuklah kemudahan awam, landskap bandar yang lebih hijau, dan kawasan rekreasi yang lebih baik. Ini tidak hanya meningkatkan daya tarikan kawasan untuk penduduk tetap, tetapi juga menaikkan kualiti hidup penduduk sedia ada.

 

"The Greater JB" bukan sekadar satu inisiatif pembangunan, tetapi juga membawa implikasi yang besar terhadap pasaran hartanah di kawasan tersebut. Dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang terancang dengan baik, dijangkakan kawasan ini akan menjadi destinasi pilihan untuk pelabur hartanah dan penduduk yang mencari kualiti hidup yang lebih baik. Dengan itu, "The Greater JB" berpotensi untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan transformasi wilayah yang positif.

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Johor Bahru

The Greater JB

Pembangunan hartanah

Ekonomi

Pasaran hartanah Johor

Iskandar Puteri

Pasir Gudang

Kulai

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More