Loading Property Genie

25 Projek Baru Rumah Teres di Malaysia 2024

PROPERTY REVIEWS

Written by Fazrina Fezili

Bila bercakap mengenai rumah, kita sering mendengar istilah seperti rumah teres, rumah teres link, dan rumah superlink. Walaupun kelihatan sama, sebenarnya terdapat perbezaan antara mereka. Mari kita lihat perbezaan dan kelebihan masing-masing.

Rumah Teres

Rumah teres adalah yang paling asas dalam kategori rumah berangkai. Saiznya biasanya sekitar 22 kaki x 75 kaki, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk keluarga kecil atau individu yang baru memulakan kehidupan berdikari. Walaupun bersaiz kecil, rumah teres dibina dalam deretan, di mana kita berkongsi dinding dengan jiran sebelah.

Kelebihan Rumah Teres:

  • Rumah teres biasanya lebih murah berbanding rumah berangkai yang lebih besar, menjadikannya pilihan yang baik untuk pembeli rumah pertama yang mempunyai bajet terhad.
  • Oleh kerana rumah ini berderet-deret, memudahkan hubungan dengan jiran tetangga dan penyertaan dalam aktiviti kejiranan.
  • Saiz yang lebih kecil memudahkan penjagaan kebersihan dan penyelenggaraan rumah, menjimatkan masa dan tenaga pemilik rumah.

Rumah Teres Link

Rumah teres link adalah pilihan yang lebih besar dalam kategori rumah berangkai. Saiz yang lebih besar ini memberikan keselesaan tambahan untuk keluarga yang lebih besar atau mereka yang memerlukan ruang tambahan.

Kelebihan Rumah Teres Link

  • Rumah teres link menyediakan ruang tambahan yang sesuai untuk keluarga yang lebih besar, mengelakkan kesesakan bila ada ahli keluarga bertambah dan meningkatkan keselesaan.
  • Rumah teres link biasanya datang dengan reka bentuk yang lebih moden dan terkini, menarik bagi mereka yang suka reka bentuk kontemporari dan kemasan berkualiti.
  • Dengan saiz yang lebih besar dan reka bentuk yang menarik, rumah teres link mempunyai potensi nilai pasaran yang lebih tinggi, memberikan pulangan pelaburan yang lebih baik apabila dijual semula.

Rumah Superlink

Rumah superlink adalah pilihan terbesar dalam kategori rumah berangkai, dengan saiz yang boleh mencecah sehingga 34 kaki x 80 kaki. Rumah jenis ini menawarkan ruang hidup yang maksimum, sesuai untuk mereka yang menginginkan gaya hidup yang lebih mewah dan privasi yang lebih baik.

Kelebihan Rumah Superlink

  • Pilihan ideal untuk mereka yang suka ruang luas untuk dekorasi, taman mini, atau ruang kerja di rumah.
  • Saiz yang lebih besar dan jarak antara rumah yang lebih jauh menawarkan lebih privasi, sesuai untuk mereka yang menghargai ruang peribadi dan ketenangan.
  • Perumahan superlink sering kali dilengkapi dengan fasiliti tambahan seperti taman permainan, kolam renang, atau dewan komuniti.

Kenapa Nama Berbeza?

Perbezaan nama antara rumah teres, teres link, dan superlink sebenarnya berdasarkan saiz rumah. Nama-nama ini membantu membezakan pilihan saiz yang tersedia, memudahkan pembeli memilih rumah yang sesuai dengan keperluan dan bajet mereka. Selain itu, Perbezaan nama ini berdasarkan saiz rumah dalam kategori rumah berangkai, memudahkan penjualan pada harga lebih tinggi kerana orang biasanya lebih tertarik pada rumah yang lebih besar dan mewah.

Hartanah jenis ini juga menawarkan hak milik kediaman dan dilindungi oleh Akta Pembangunan Perumahan (HDA), yang menjamin keselamatan dan hak pemilik.

Setelah memahami perbezaan saiz dan kelebihan, anda boleh membuat pilihan yang lebih bijak. Sesuaikan pilihan rumah dengan keperluan dan bajet anda. Setiap jenis rumah mempunyai kelebihan tersendiri, bergantung pada gaya hidup anda.

Jadi, jika anda sedang mencari rumah baru, ingatlah perbezaan ini. Semua pilihan di tangan anda! Setiap jenis rumah ini menawarkan keunikan dan kelebihan tersendiri, bergantung pada keperluan dan cita rasa anda.

Senarai Projek Baru Rumah Teres Superlink di Malaysia

1. Irama Sendayan 2

Rumah Teres Irama Sendayan 2

Alamat: Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan 

Projek baru: 2026

Jenis Rumah Teres: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 2142 - 2311 sqft

2. Taman Kinding Flora

Taman Kinding Flora

Alamat: Chemor, Ipoh, Perak

Projek baru: 2025

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 1 Tingkat

Saiz Rumah: 1179 - 1259 sqft

3. Austin Duta Phase 11B

Austin Duta Phase 11B

Alamat: Austin Duta, Mount Austin, Johor Bahru, Johor

Projek baru: 2026

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 1856 - 1979 sqft

4. Sejati Residences

Sejati Residences

Alamat: Sejati Residences, Cyber 9, Cyberjaya, Sepang, Selangor

Projek baru: 2027

Jenis Rumah : Rumah Berangkai 3 Tingkat

Saiz Rumah: 2267 - 2854 sqft

5. Ayra Terraces

Ayra Terraces

Alamat: IJM Bayouri Phase 2, Jawi, Seberang Perai Selatan (Mainland - South), Penang 

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 1,913 sqft

6. Nasa City - Desa Palma

Nasa City - Desa Palma

Alamat: Nasa City, Tebrau, Johor Bahru, Johor

Projek baru: 2026

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 1691 - 1759 sqft

7. Oskar Residence

Oskar Residence

Alamat: Forest Heights, Seremban, Negeri Sembilan

Projek baru: 2026

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 1595 - 1741 sqft

8. Rimbayu Indah

RIMBAYU INDAH

Alamat: Bandar Rimbayu Indah, Sandakan, Sabah

Projek baru: 2024

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 1,356 sqft

9. Sebana Cove - Suria 2 @ The Botany

Sebana Cove

Alamat: Sebana Cove, Pengerang, Kota Tinggi, Johor

Jenis Rumah :: Rumah Teres

Saiz Rumah: 1,754 sqft

10. Senja Lakeside Estate

Senja Lakeside Estate

Alamat: Senja Lakeside Estate, Seri Kembangan, Selangor Lihat Peta

Projek baru: 2026

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 3 Tingkat

Saiz Rumah: 3398 - 6743 sqft

11. Alysia 2

Alysia 2

Alamat: Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor 

Projek baru: 2025

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 1540 - 1749 sqft

12. Wellington @ Eco Grandeur

Wellington @ Eco Grandeur

Alamat: Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, Shah Alam, Selangor

Projek baru: 2026

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 1469 - 1700 sqft

13. Citrine Hills Double-Storey Terrace House

Citrine Hills Double-Storey Terrace House

Alamat: Bandar Baru Kangkar Pulai, Kangkar Pulai, Johor Bahru, Johor Lihat Peta

Projek baru: 2024

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 1,845 sqft

14. Emerald Garden 3

Emerald Garden 3

Alamat: Bandar Putera Indah, Batu Pahat, Johor

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 1 Tingkat

Saiz Rumah: 1498 - 1602 sqft

15. Ponderosa Vista 2

Ponderosa Vista 2

Alamat: Jalan Ponderosa 3/9, Taman Ponderosa,, Johor Bahru, Johor

Projek baru: 2026

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 2700 - 2902 sqft

16. Senadi Hills

SENADI HILLS

Alamat: Iskandar Puteri (Nusajaya), Johor Bahru, Johor

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 2222 - 2383 sqft

17. Avela

Avela

Alamat: No.1, Jalan Flora 3, Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor

Projek baru: 2025

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 2,745 sqft

18. Elmina Ridge

Elmina Ridge

Alamat: City of Elmina, Shah Alam, Selangor 

Projek baru: 2027

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 2265 - 3237 sqft

19. Taman Tulip 5

Taman Tulip 5

Alamat: Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor

Projek baru: 2026

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

20. Avisa Residences

Avisa Residences

Alamat: Tropicana Alam, Puncak Alam, Kuala Langat, Selangor 

Projek baru: 2027

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 1917 - 2324 sqft

21. Lumira @ Eka Heights

Lumira @ Eka Heights

Alamat: Eka Heights, Seremban, Negeri Sembilan

Projek baru: 2026

Jenis Rumah: Rumah Berangkai 2 Tingkat

Saiz Rumah: 1607 - 1877 sqft

 

Artikel lain:

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

rumah teres

rumah berangkai

superlink

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5626 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More