Kerajaan Negeri Sembilan kini membuka peluang kepada warga negeri ini untuk memiliki Rumah Mampu Milik Jenis A. Permohonan ini terbuka kepada individu atau keluarga yang memenuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Jika anda sedang mencari rumah pertama dengan harga berpatutan dan lokasi yang strategik, inilah masanya!
Syarat Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A
Untuk memastikan anda layak memohon, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut:
- Status Berkahwin: Pemohon mesti sudah berkahwin.
- Pendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM4,500 Sebulan: Pendapatan gabungan suami dan isteri tidak boleh melebihi RM4,500.
- Menetap di Daerah Seremban: Pemohon dan pasangan perlu tinggal dan bekerja di daerah Seremban.
- Tiada Pemilikan Rumah atau Tanah: Pemohon dan pasangan tidak boleh mempunyai rumah atau tanah atas nama sendiri.
Jika anda tidak memenuhi mana-mana syarat di atas, mohon maaf, permohonan anda tidak akan diterima. Pastikan semua syarat dipatuhi sebelum memohon!
Cara Mohon Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A
- Hanya SATU (1) borang permohonan sahaja DITERIMA bagi SEISI RUMAH (SUAMI dan ISTERI).
- Hanya SATU (1) alamat emel sahaja DITERIMA bagi setiap SATU (1) permohonan. Permohonan akan DITOLAK sekiranya SATU (1) alamat emel digunakan bagi 2 atau lebih permohonan.
- Permohonan akan DITOLAK sekiranya didapati kedua-duanya (SUAMI dan ISTERI) membuat permohonan.
- Pendapatan KASAR isi rumah tidak melebihi RM3,500.00 sebulan.
- PEMOHON adalah wajib mempunyai PENDAPATAN dan BEKERJA.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam Daerah Seremban serta telah berkahwin.
- Keutamaan kepada pemohon yang BELUM MEMILIKI RUMAH atau TANAH.
- Pemohon / Penyewa PPR Bersepadu Senawang, Rumah Pangsa Senawang 1, Rumah Pangsa Tun. Dr. Ismail (Templer) dan Rumah Pangsa Wisma Sentosa, Kuala Pilah yang ingin memohon hendaklah memastikan tiada TUNGGAKAN sewa rumah. Permohonan akan DITOLAK sekiranya mempunyai tunggakan sewa.
- Sila hantar dokumen di Bahagian A ke alamat emel rmmlamansendayan@gmail.com bagi melengkapkan permohonan. Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, dokumen tidak lengkap, kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca serta tidak mematuhi ketetapan akan DITOLAK.
- PERMOHONAN YANG LENGKAP ADALAH BERMAKSUD PEMOHON MENGISI BORANG DAN MENGHANTAR DOKUMEN SOKONGAN KE ALAMAT EMEL YANG TELAH DITETAPKAN.
- Sila pastikan semua maklumat adalah BETUL dan TEPAT sebelum klik 'HANTAR'
Dokumen Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (WAJIB)
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan ATAU Salinan Sijil Kematian Pasangan (WAJIB - KECUALI Bujang)
- Salinan Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) Pemohon - jika berkaitan
- Salinan Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) Pasangan - jika berkaitan
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (WAJIB)
- Salinan Sijil Kelahiran Pasangan (WAJIB - KECUALI Bujang)
- Salinan Slip Gaji Pemohon Terkini (3 Bulan Terkini) ATAU Salinan Surat Tawaran dari Majikan (sekiranya slip gaji tidak mencukupi 3 bulan dan baru bekerja di bawah tempoh 3 bulan (WAJIB)
- Salinan Slip Gaji Pasangan Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB - KECUALI Bujang)
- Salinan Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan / Salinan Surat Perintah Mahkamah (Proses Cerai) / Surat Akuan Sumpah (Perkahwinan tidak berdaftar dengan JPN) - (WAJIB - KECUALI Bujang)
- Surat Akuan Sumpah (Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan) Bekerja Sendiri / Pendapatan Tidak Tetap / Tidak Mempunyai Slip Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah ( WAJIB - KECUALI pemohon atau pasangan yang mempunyai Slip Gaji)
- Salinan Kad Pesara dan Penyata Bayaran Tahunan Pesara Terkini - (WAJIB BAGI PESARA)
Lokasi Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A yang Tersedia
Taman Nusa Seri Cengal 2 & 3, Mantin, Daerah Seremban

- Harga Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A RM110,000
- Projek ini terletak di Mantin, sesuai untuk mereka yang bekerja atau tinggal di sekitar Seremban.

Taman Shorea Hartamas, Pasir Panjang, Port Dickson

- Harga Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A RM110,000
- Lokasinya yang terletak di Pasir Panjang, PD, menawarkan suasana yang lebih tenang dan damai untuk didiami.

Taman Arowana, Lenggeng, Daerah Seremban

- Harga Rumah Mampu Milik Negeri Sembilan Jenis A RM110,000
- Terletak di Lenggeng, kawasan ini terkenal dengan persekitarannya yang tenang dan mesra keluarga.

Jika anda berminat untuk memiliki Rumah Mampu Milik Jenis A ini, jangan lepaskan peluang ini! Pastikan anda memenuhi syarat yang ditetapkan dan segera buat permohonan. Ini adalah peluang terbaik untuk memiliki rumah pertama dengan harga yang berpatutan di Negeri Sembilan.
Artikel lain: