Loading Property Genie

Apa itu MRTA, MLTA, MRTT, and MLTT?

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Bagi semua yang ingin membeli rumah mesti selalu dengar orang bercakap tentang MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT tapi tak tahu pun maksud, fungsi, beza dan manfaat sebenar, kan?

Sebenarnya 4 istilah ini merupakan jenis-jenis insurans yang boleh cover pinjaman kewangan perumahan anda. Kebiasaanya bila anda membeli rumah menggunakan pinjaman atau loan bank, pihak bank akan menawarkan perlindungan insurans seperti MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT. 

Apa Maksud MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT?

MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT adalah jenis-jenis insurans nyawa yang berkait dengan perlindungan perumahan.

Dalam erti kata lain, sekiranya berlaku apa-apa atau menimpa musibah / kemalangan seperti kematian atau hilang upaya kekal, 4 insurans ini berikan jaminan untuk menampung bebanan hutang pinjaman kewangan perumahan anda dengan membayar semua baki hutang pinjaman bank / loan bank.

Jadi, keluarga atau orang yang tersayang tak akan terbeban dengan hutang yang anda tinggalkan. 

Berikut adalah maksud MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT:

Maksud MRTA:

MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) ialah insurans hayat yang direka khas untuk melindungi pemilik rumah daripada bebanan hutang secara sementara.

  • Polisi MRTA insuranskan menyusut selari dengan penurunan baki pinjaman perumahan anda.
  • Ia menyediakan perlindungan jika sesuatu terjadi kepada anda sepanjang tempoh pembiayaan rumah, dan membantu melindungi keluarga anda daripada penanggungan hutang.
  • [ PENTING ] Semasa mengambil MRTA, masukkan tempoh dan nilai pinjaman perumahan dengan betul supaya tidak berlaku jurang antara nilai hutang pinjaman perumahan dengan nilai pembayaran MRTA.

Contoh Sekiranya berlaku tuntutan:

A membeli rumah baru dengan pinjaman perumahan selama 35 tahun bernilai RM400,000. 

  • A memasukkan tempoh pinjaman selama 35 tahun dan nilai pinjaman perumahan sebanyak RM400,000 semasa mengambil polisi MRTA.
  • Maklumat tempoh pinjaman dan nilai pinjaman perumahan yang tepat buatkan syarikat insurans dapat mengira jumlah perlindungan yang diperlukan. 
  • Jika berlaku kejadian yang tidak dijangka seperti kematian,MRTA akan membayar jumlah yang berkurang selari dengan penurunan baki pinjaman kepada pihak bank.

Secara ringkasnya, jika anda masukkan maklumat yang salah, baki tuntutan MRTA akan lebih rendah dan tak boleh cover baki pinjaman perumahan anda. MRTA hanya membayar jumlah tuntutan megikut baki pinjaman perumahan berdasarkan maklumat semasa pengambilan insurans.

Maksud MLTA:

MLTA (Mortgage Level Term Assurance) menyediakan jumlah perlindungan yang kekal sepanjang tempoh polisi.

  • Polisi MLTA biasanya lebih fleksibel, kerana jumlah perlindungan / insurans tidak berkurang walaupun baki pinjaman perumahan anda berkurang.
  • MLTA memberikan perlindungan yang lebih luas, dan jika terdapat lebihan pembayaran, ia akan di bayar kepada ahli keluarga.

Contoh Sekiranya berlaku tuntutan:

A membeli rumah baru dengan pinjaman perumahan selama 35 tahun bernilai RM400,000. 

  • Dengan memilih MLTA, insurans A kekal RM400,000 selama 35 tahun.
  • Jika berlaku kematian, keluarga A akan mendapat RM400,000 untuk menyelesaikan baki pinjaman perumahan (RM300,000).
  • Lebihan RM100,000 boleh digunakan untuk menampung kos hidup keluarga A dan sebagainya.

Secara ringkasnya, MLTA memberikan jumlah perlindungan tetap dan dapat memastikan benefisiari melindungi diri jika berlaku kejadian yang tidak dijangka.

Maksud MRTT:

MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) adalah konsep yang serupa dengan MRTA, tetapi ia berdasarkan prinsip takaful, yang menetapkan prinsip perkongsian risiko di antara peminjam.

  • Seperti MRTA, MRTT juga menawarkan perlindungan yang berkurang selari dengan penurunan baki pinjaman.

Contoh Sekiranya berlaku tuntutan:

A membeli rumah baru dengan pinjaman perumahan selama 35 tahun bernilai RM400,000. 

  • Nilai pinjaman perumahan yang belum dijelaskan adalah RM200,000
  • Jumlah jaminan MRTT anda adalah RM210,000, jumlah baki perumahan RM200,000 akan dijelaskan.
  • Baki RM10,000 akan dimasukkan ke dalam keuntungan bank.

Secara ringkasnya, MRTT akan dibayar mengikut jumlah nilai baki pinjaman perumahan anda yang berkurangan.

Maksud MLTT:

MLTT (Mortgage Level Term Takaful) adalah versi takaful daripada MLTA, yang menyediakan jumlah perlindungan yang kekal sepanjang tempoh polisi.

  • Ia menawarkan fleksibiliti dan perlindungan yang kekal, tetapi berdasarkan prinsip takaful.
  • MLTT adalah produk kewangan Islam yang memastikan jumlah pembayaran yang perlu dibuat kekal sama, sepanjang tempoh pinjaman.

Contoh Sekiranya berlaku tuntutan:

A membeli rumah baru dengan pinjaman perumahan selama 35 tahun bernilai RM400,000 dan tetapi Insurans MLTT bernilai RM500,000. 

  • RM400,000 akan dibayar kepada bank untuk menampung pinjaman perumahan
  • Baki RM100,000 akan dibayar kepada benefisiari.

Secara ringkasnya, MLTT boleh membantu meringankan beban dan memberi sokongan kewangan tambahan sekiranya A meninggal dunia, atau mengalami hilang upaya kekal.

Apa Perbezaan Antara MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT?

MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT boleh dilihat dengan perbezaan berikut:

Perbezaan Antara MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT

1. Jenis Insurans Bagi MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT

Salah satu perbezaan antara MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT adalah jenis insurans iaitu Insurans Perlindungan Rumah Konvensional dan Insurans Perlindungan Rumah Takaful.

Insurans Perlindungan Rumah Konvensional:

Adalah seperti MRTA dan MLTA iaitu pinjaman rumah mengikut amalan biasa urus niaga bank dan tak sama dengan sistem perbankan Islam.

  • Berdasarkan keadaan pasaran tanpa had.
  • Faedah dikira pada skala kompaun.
  • Pembayaran lewat akan dikenakan denda yang lebih tinggi.
  • Boleh dikenakan penalti yang besar jika memilih penyelesaian awal.

Insurans Perlindungan Rumah Takaful:

Adalah seperti MRTT dan MLTT iaitu pinjaman rumah yang mengikut perbankan Islam dan mematuhi Syariah.

  • Tak mengandungi unsur pinjaman wang atau faedah (riba).
  • Ansuran yang dibayar untuk harga pasaran dinaikkan adalah lebih kurang sama dengan ansuran pinjaman dari bank konvensional yang dah termasuk kadar faedah.
  • Secara ringkasnya, ia bermaksud bank akan membeli rumah tersebut pada harga yang ditawarkan, dan menjualnya semula kepada pembeli dengan harga yang lebih tinggi sebagai ‘keuntungan’ yang telah ditentukan oleh bank.
  • Berdasarkan keadaan pasaran tak boleh melebihi had.
  • Pembayaran lewat perlu dikenakan denda yang lebih rendah.
  • Keluar dari kontrak pada bila-bila masa tanpa penalti (penyelesaian kontrak awal).

2. Jumlah perlindungan MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT

Jumlah perlindungan MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) dan MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) adalah:

  • Insurans yang direka khas mengikut tempoh pinjaman perumahan 

Jumlah perlindungan MLTA (Mortgage Level Term Assurance) dan MLTT (Mortgage Level Term Takaful) adalah:

  • Insurans kekal sepanjang tempoh pinjaman perumahan.
  • Lebihan bayaran akan diberikan kepada benefisiari.

3. Harga / Kos Insurans MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT

Kos untuk MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT adalah berbeza dan bergantung kepada beberapa faktor termasuk usia, jumlah perlindungan yang dipilih, tempoh polisi, jenis polisi (insurans hayat atau takaful), serta faktor risiko individu. Secara ringkasnya, semakin berusia, semakin lama tempoh perlindungan, atau semakin tinggi nilai yang diinsuranskan, maka semakin tinggi kos insuransnya.

Namun, kos bagi MLTA dan MLTT adalah lebih tinggi kerana risiko kewangan bagi bank jauh lebih besar untuk perlindungan yang akan membayar jumlah yang sama pada bila-bila masa.

Polisi Pembayaran Insurans MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT:

  • Perlindungan MRTA dan MRTT : Pembayaran insurans dibayar sekali gus di awal tempoh permulaan polisi.
  • Perlindungan MLTA dan MLTT : Pembayaran insurans dibayar secara ansuran bulanan sepanjang tempoh pinjaman.

Kebaikan dan Keburukan MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT

MRTA dan MRTT:

Kebaikan MRTA dan MRTT:

  • Kos yang lebih rendah
  • Baki hutang diselesaikan oleh pihak bank
  • Boleh ditambahkan kepada pinjaman perumahan untuk mengurangkan perbelanjaan tambahan

Keburukan MRTA dan MRTT:

  • Polisi hanya perlindungan hutang rumah sahaja
  • Perlindungan terhad kepada kematian dan hilang upaya kekal
  • Jumlah perlindungan menurun mengikut baki pinjaman
  • Pembayaran secara sekaligus

MLTA dan MLTT:

Kebaikan MLTA dan MLTT:

  • Perlindungan kepada kematian, hilang upaya kekal dan pilihan perlindungan tambahan
  • Polisi perlindungan hutang rumah dan bayaran lebihan akan dibuat kepada benefisiari
  • Pembayaran secara ansuran 
  • Jumlah perlindungan adalah kekal

Keburukan MLTA dan MLTT:

  • Kos yang lebih tinggi

 

Cara Memilih Insuran Rumah di Antara MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT

Situasi bagi setiap individu adala berbeza dan agak sukar untuk kita tentukan tetapi kebiasaanya semasa membeli rumah, ejen hartanah atau pihak bank akan mencadang insurans rumah yang paling sesuai dan akan bantu anda sediakan dokumen untuk pembelian insurans.

Anda juga boleh menukar insurans tersebut sekiranya insurans yang pihak bank tawarkan tidak menepati keperluan anda. Berikut antara faktor yang perlu anda pertimbangankan:

  • Tujuan membeli selari dengan polisi perlindungan
  • Cara pembayaran insuran
  • Kos perlindungan
  • Jumlah perlindungan 

Soalan Lazim

Apakah perbezaan antara insuran MRTA vs MLTA dan MRTT vs MLTT?

MRTA vs MLTA ialah polisi insurans konvensional, manakala MRTT vs MLTT ialah polisi Takaful yang mematuhi prinsip kewangan Islam dan mengelakkan 'riba' atau transaksi berasaskan faedah.

Adakah insuran diwajibkan kepada peminjam perumahan/hartanah?

Ianya tidak wajib tetapi pemberi pinjaman perumahan boleh menjadikannya syarat untuk menerima pinjaman perumahan.

Apakah kepentingan insurans gadai janji?

Insurans gadai janji menyediakan perlindungan keselamatan bernilai untuk orang kesayangan di samping memberika ketenangan fikiran apabila berlaku situasi kewangan yang malang atau tak diingini. Ia juga direka untuk mengurangkan beban sekiranya terjadi perkara yang tak diingini.


 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

perlindungan pinjaman perumahan

MRTA

MLTA

MRTT

MLTT

Hibah

insurans rumah

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5626 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More