PROPERTY GUIDE
Written by Fazrina Fezili
Cukai tanah yang juga dkenali sebagai Quit Rent ialah cukai yang dikenakan ke atas hartanah persendirian oleh kerajaan negeri di Malaysia. Kadar cukai tanah adalah berbeza-beza buat setiap negeri dan pembayaran cukai tanah dikenakan adalah setiap tahun.
Namun begitu, setiap negeri mempunyai cara tertentu untuk membayar cukai tanah ini, jadia rtikel kali ini kami akan menerangkan cara untuk membayar cukai tanah di Johor dengan menggunakan JohorPay.
JohorPay adalah platform pembayaran yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan untuk kerajaan Negeri Johor. JohorPay bukan saja memudahkan rakyat Johor membuat pembayaran, tetapi juga menjadi tempat untuk urusan perniagaan, pendidikan, dan kerjasama dengan swasta dan agensi kerajaan. Dengan JohorPay, urusan kerajaan jadi lebih pantas, telus, dan mudah untuk rakyat.
Buat pengetahuan semua, Portal JohorPay sudah beroperasi sejak 21 Oktober 2021, dan aplikasi mudah alih boleh dimuat turun mulai 2 Disember 2021.
JohorPay juga platform pembayaran bersepadu secara dalam talian Kerajaan Negeri Johor bagi bayaran perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun.
Antara perkhidmatan pembayaran Agensi Kerajaan Negeri Johor dan Pihak Berkuasa Tempatan melalui JohorPay adalah:
1. Pembayaran di Pentadbiran Tanah Johor
2. Pembayaran di Jabatan Agama Islam Negeri Johor
3. Pembayaran di Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor
4. Pembayaran di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor
5. Pembayaran di SUKJ Bahagian Khidmat Pengurusan ( akan datang )
6. Pembayaran di Pihak Berkuasa Tempatan
Pastikan anda membaca syarat-syarat penggunaan JohorPay ini dengan teliti sebelum menggunakan kemudahan pembayaran dalam talian JohorPay. Dengan menggunakan kemudahan pembayaran melalui platform JohorPay, anda secara langsung menerima terma & syarat yang dinyatakan.
Semua pembayaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
1. Log in ke akaun JohorPay
2. Pilih Agensi Pentadbiran Tanah Johor
3. Pilih Cukai Tanah
4. Isikan maklumat Nombor Hakmilik atau Nomobor Lot dan tekan Cari
5. Sahkan dan teruskan kepada pembayaran di JohorPay
Artikel Lain:
Share :
Article Highlights
Cukai Tanah
JohorPay
Cara bayar cukai tanah Johor
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent