Loading Property Genie

Cara Mohon dan Syarat Kelayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2024

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Dalam Belanjawan 2024, peruntukan untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2024 telah ditingkatkan menjadi RM10 bilion, dengan harapan untuk memberi manfaat kepada 40,000 peminjam. Ini merupakan peruntukan terbesar kerana peruntukan sebelum ini hanya memberi RM5 bilion untuk Syarikat Perumahan Kredit Negara (SJKP) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan bahawa untuk pembelian rumah bernilai RM300,000 dan ke bawah, pembiayaan sehingga 120% boleh diberikan. Ini bermakna peminjam boleh mendapatkan dana tambahan untuk menampung kos-kos tersembunyi pembelian rumah seperti yuran guaman, cukai tanah, dan sebagainya.

 

Apa maksud SJKP? SJKP adalah Skim Jaminan Kredit Perumahan

 

Persoalannya, macam mana cara untuk memohon bantuan SJKP ni? Atau apa syarat-syarat kelayakan untuk memohon? Jom terus membaca untuk ketahui info lengkap tentang SJKP ini!

Apa maksud SJKP?

SJKP adalah Skim Jaminan Kredit Perumahan

Sebuah skim yang bertujuan membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau bergaji kecil untuk membeli rumah dan golongan yang susah mendapatkan pembiayaan/pinjaman daripada institusi kewangan biasa. Skim ini memberi jaminan kredit kepada peminjam, membolehkan mereka mendapatkan pembiayaan untuk pembelian rumah dengan lebih mudah.

Dengan bantuan SJKP atau Skim Jaminan Kredit Perumahan, boleh dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.

Apa syarat-syarat permohonan rumah SJKP (Skim Jaminan Kredit Perumahan)?

SJKP merupakan inisiatif yang dirangka khas bagi membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap, bergaji kecil atau mungkin menghadapi kesukaran dalam memperoleh pinjaman perumahan dari institusi kewangan konvensional. 

Bagi yang berminat untuk memohon SJKP, ia mempunyai syarat-syarat dan kriteria tertentu yang perlu dipenuhi. Antara faktor yang diambil kira termasuklah pendapatan bulanan, status pekerjaan, dan kelayakan kewangan secara keseluruhan.

Sebagai contoh, Individu yang bekerja sebagai pekerja sementara, bekerja sendiri, atau mempunyai pendapatan tidak stabil mungkin merupakan calon yang sesuai untuk memohon SJKP. Begitu juga dengan golongan yang mungkin menghadapi cabaran seperti kurangnya kebolehpercayaan kewangan atau rekod kredit yang tidak memuaskan. Untuk memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), terdapat beberapa syarat asas yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

 

syarat-syarat permohonan rumah SJKP 2024

  1. Warganegara Malaysia: Pemohon perlu menjadi warganegara Malaysia untuk layak memohon SJKP.
  2. Usia 18 tahun ke atas: Pemohon perlu berusia 18 tahun ke atas. Pinjaman bersama juga dibenarkan dalam SJKP.
  3. Pendapatan purata kasar: Pemohon perlu mempunyai pendapatan purata kasar dengan minima RM1,000 sebulan.
  4. Pembeli rumah pertama: Pemohon perlu menjadi pembeli rumah pertama. Ini bermakna mereka yang belum memiliki sebarang hartanah sebelum ini.
  5. Jenis hartanah: Hartanah yang dibeli mesti termasuk dalam kategori kediaman baru, rumah sedia ada, atau rumah lelongan. Semua hartanah ini perlu berada dalam kategori kos rendah, sederhana, atau mampu milik.
  6. CCRIS/Rekod kredit: Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini. Pemohon juga tidak boleh mempunyai sebarang rekod kredit lain yang negatif dalam tempoh 24 bulan lepas.

Jika anda memenuhi semua syarat kelayakan permohonan rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan ini, maka peluang anda untuk memiliki hartanah pertama lebih cerah.

Haa tak lupa juga, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) mempunyai terma dan syarat pembiayaan/pinjaman yang lain untuk dipertimbangkan seperti berikut:

  • Marjin Pembiayaan:
    • 100% untuk pembiayaan maksimum sehingga RM500,000 (termasuk MRTA/MRTT)
    • 120% pembiayaan maksimum sehingga RM300,000 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, yuran guaman, yuran penilaian dan insurans serta pembelian perabot dan kos ubah suai).
  • Jenis Pembiayaan:
    • Sah untuk pembiayaan bertempoh sahaja.
  • Tempoh Pembiayaan:
    • Sehingga 35 tahun.
    • Pinjaman dua generasi dibenarkan.
  • Jaminan Pembiayaan:
    • Jaminan 100% di atas jumlah pembiayaan.
    • Termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian.
  • Had Pembiayaan:
    • Sehingga RM500,000.
    • Termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian.
  • Kadar Faedah:
    • Seperti ditentukan oleh bank terlibat berdasarkan kadar asas standard dan kadar pinjaman.
  • Deposit:
    • Deposit wajib bersamaan 3 bulan bayaran awal.

 

Cara Mohon Rumah Skim Pinjaman Kredit Perumahan (SJKP) 2024

Cara Mohon Rumah Skim Pinjaman Kredit Perumahan (SJKP) 2024

Untuk memulakan proses permohonan rumah melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), adalah penting untuk mengumpulkan dokumen yang diperlukan dan mengambil langkah-langkah yang sesuai. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mohon SJKP:

  1. Kenalpasti Jenis Rumah:
    • Tentukan jenis rumah yang ingin dibeli, sama ada kediaman baru, rumah sedia ada, atau rumah lelongan.
    • Pastikan rumah tersebut berada dalam kategori kos rendah, sederhana, atau mampu milik.
  2. Dapatkan Dokumen Perumahan:
    • Dapatkan dokumen berkaitan seperti draft perjanjian jual beli atau resit bayaran deposit.
  3. Hubungi Bank Pilihan:
    • Hubungi bank pilihan untuk memulakan proses permohonan SJKP. Anda boleh bertanya lebih lanjut mengenai terma dan syarat pembiayaan.
  4. Lengkapkan Borang Permohonan:
    • Lengkapkan borang permohonan SJKP yang disediakan oleh bank.
    • Sertakan dokumen sokongan seperti slip gaji, penyata bank, dan salinan kad pengenalan.
  5. Proses Penilaian Bank:
    • Bank akan menjalankan proses penilaian terhadap permohonan anda.
    • Jika lulus, bank akan mengeluarkan surat tawaran pinjaman.
  6. Tandatangan Perjanjian Pinjaman:
    • Tandatangan perjanjian pinjaman dengan bank setelah menerima surat tawaran.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda akan lebih memahami proses permohonan SJKP dan dapat mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk membeli rumah impian.

Dokumen Diperlukan untuk mohon SJKP 2024

Dokumen Diperlukan untuk mohon SJKP 2024

Untuk memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), berikut adalah senarai dokumen yang biasanya diperlukan:

  • Kediaman/Rumah:
    • Perjanjian asal Jual Beli, borang tempahan, atau resit bayaran muka bagi rumah yang ingin dibeli.
  • Pendapatan:
    • Penyata akaun Bank atau deposit untuk tempoh 6 bulan terkini (jika ada).
    • Cukai Pendapatan atau penyata KWSP terkini untuk mengesahkan pendapatan anda.
    • Surat pengesahan pekerjaan dari majikan untuk mengesahkan status pekerjaan dan pendapatan.
  • Dokumen Sokongan Lain:
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon.
    • Surat pengesahan majikan jika ada.
    • Lesen perniagaan, kad pendaftaran Nelayan, atau permit teksi (jika berkaitan dengan sumber pendapatan anda).
    • Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung, atau Pengurus Cawangan Bank.

Pastikan semua dokumen ini disiapkan dengan betul dan lengkap sebelum membuat permohonan. Ini akan memudahkan proses permohonan anda dan mempercepatkan penilaian oleh institusi kewangan yang terlibat.

 

Senarai 17 Institusi Kewangan Yang Menyertai SJKP

Berikut adalah senarai bank yang menawarkan pinjaman melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2024:

  • Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB):Menawarkan pembiayaan perumahan berdasarkan prinsip Syariah.
  • Bank Simpanan Nasional (BSN):Menawarkan pelbagai pakej pembiayaan perumahan dengan kadar faedah yang kompetitif.
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat):Menawarkan pembiayaan perumahan yang fleksibel dan mesra pelanggan.
  • CIMB Bank Berhad:Menawarkan pembiayaan perumahan dengan pelbagai pilihan pakej.
  • AmBank (M) Berhad:Menawarkan pembiayaan perumahan yang sesuai dengan pelbagai keperluan pelanggan.
  • Affin Bank Berhad:Menawarkan pembiayaan perumahan dengan kadar faedah yang bersaing.
  • Hong Leong Bank Berhad:Menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan perumahan yang fleksibel.

Setiap institusi kewangan yang menyertai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menawarkan pelbagai produk pembiayaan perumahan yang berbeza-beza. Berikut adalah senarai institusi kewangan yang terlibat:

  1. Agro Bank

    Agro Bank SJKP 2024
  2. Bank Islam

    Bank Islam SJKP 2024
  3. Bank Muamalat

    Bank Muamalat SJKP 2024
  4. Bank Rakyat

    Bank Rakyat SJKP 2024
  5. BSN

    BSN SJKP 2024
  6. MBSB Bank

    MBSB Bank SJKP 2024
  7. RHB Bank

    RHB Bank SJKP 2024

  8. Affin Bank Berhad

    Affin Bank SJKP 2024
  9. Affin Islamic Bank Berhad

    Affin Islamic Bank Berhad SJKP2024
  10. Alliance Bank Malaysia Berhad

    Alliance Bank Malaysia Berhad

  11. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad

    Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
  12. AmBank (M) Berhad

    AmBank (M) Berhad
  13. AmBank Islamic Berhad

    AmBank Islamic Berhad

  14. Hong Leong Bank Berhad

    Hong Leong Bank Berhad

  15. Hong Leong Islamic Bank Berhad

    Hong Leong Islamic Bank Berhad

  16. Malayan Banking Berhad

    Malayan Banking Berhad
  17. Maybank Islamic Berhad

    Maybank Islamic Berhad

Sebagai contoh, produk SJKP Bank Rakyat menawarkan Pembiayaan Perumahan-i SJKP, SJKP Bank Muamalat pula SMART Mortgage SJKP, serta SJKP Maybank dan banyak lagi! Buat pengetahuan anda, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Islam Malaysia Berhad adalah antara bank-bank yang terawal menyertai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), menunjukkan komitmen mereka terhadap inisiatif ini sejak awal.

SJKP memberi jaminan kepada bank-bank, pengurusan operasi harian SJKP diserahkan sepenuhnya kepada pihak Prokhas Sdn Bhd. Ini termasuk pengurusan dan pemantauan terhadap pelaksanaan SJKP secara keseluruhan, serta memastikan bahawa skim ini berjalan dengan lancar dan cekap bagi semua pihak yang terlibat.

Kerjasama antara Prokhas Sdn Bhd dan institusi kewangan yang menyertai SJKP adalah penting untuk memastikan kesinambungan dan keberkesanan skim ini dalam menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam memiliki rumah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej pembiayaan yang ditawarkan oleh setiap bank, anda boleh mengunjungi laman web rasmi mereka atau menghubungi wakil bank terdekat.

Soalan berkaitan SJKP 2024

Bolehkah Guna Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Untuk Rumah PR1MA 2024?

Ya, anda boleh menggunakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk rumah bantuan kerajaan PR1MA. Projek pertama yang mendapat pembiayaan melalui SJKP adalah Residensi Larkin Indah, Rumah PR1MA dan ia menandakan langkah positif dalam menyediakan akses kepada pembiayaan perumahan kepada golongan yang memerlukan.

Adakah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi membiayai pembinaan rumah?

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) tidak menyediakan pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah. SJKP lebih tertumpu kepada memberikan jaminan kepada institusi kewangan untuk memberikan pembiayaan kepada individu-individu yang ingin membeli rumah yang sudah wujud.

Semoga maklumat ini membantu anda dalam memohon pinjaman Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan lebih lancar.Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain, boleh terus sahaja pihak SJKP di portal rasmi mereka untuk maklumat lanjut. Selamat berjaya!

 

Artikel lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Skim Jaminan Kredit Perumahan

SJKP

cara mohon SJKP

syarat kelayakan SJKP

skim pinjaman perumahan

permohonan rumah sjkp

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5626 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More