Pada 12 Mei 2024 yang lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakan penstrukturan semula akaun ahli. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan kewangan selepas persaraan dan memenuhi keperluan hidup ahli sepanjang hayat.
Penstrukturan Semula Akaun KWSP
Dalam penstrukturan ini, akaun ahli akan diubah dari dua akaun (Akaun 1 dan Akaun 2) kepada tiga akaun baru, iaitu:
- Akaun Persaraan (75%): Akaun ini dikhususkan untuk pengumpulan simpanan bagi pendapatan semasa persaraan.
- Akaun Sejahtera (15%): Akaun ini bertujuan untuk menangani keperluan sepanjang hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.
- Akaun Fleksibel (10%): Akaun baru ini menawarkan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.
Cara Membuat Pemindahan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel 2025
Berikut adalah langkah-langkah untuk memindahkan dana dari Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel (Akaun 3):

2. Pada laman utama, klik "Ketahui Lanjut" di bahagian atas kiri.

3. Baca penerangan yang diberikan sebelum memindahkan dana

Peringatan Penting: Anda hanya boleh membuat pemindahan sekali sahaja sebelum 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk tidak memindahkan sebarang amaun.
4. Klik "Teruskan" untuk melihat jumlah sebelum dan selepas pemindahan.

5. Klik "Teruskan" jika bersetuju dengan jumlah dan memahami terma dan syarat.

6. Klik "Terima" pada Perakuan Ahli.

7. Klik "Ya" jika pasti dengan pilihan anda.

8. Paparan dibawah akan muncul menunjukkan pilihan pindahan anda sedang diproses.

Pemindahan akan diluluskan dalam 3-5 hari bekerja. Sila buat semakan I-Akaun anda dari semasa ke semasa untuk memastikan pemindahan telah berjaya.
9. Sekiranya permohonan anda berjaya, paparan di bawah akan muncul

Cara Membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel 2025
Setelah anda membuat pemindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel, anda boleh membuat pengeluaran ke akaun bank anda dengan langkah-langkah berikut:
1. Log masuk ke I-Akaun dan Klik "Pengeluaran".

2. Klik "Keluarkan simpanan anda" dan Pilih jenis pengeluaran - Akaun Fleksibel.

3. Jumlah yang boleh dikeluarkan akan tertera di bahagian kanan atas dengan mesej "Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX".

4. Klik "Keluarkan Sekarang" dan masukkan amaun pengeluaran.

5. Masukkan maklumat lengkap akaun bank anda bagi mengeluarkan amaun akaun 3.

6. Pastikan maklumat yang tertera adalah betul dan lengkap, kemudian klik "Teruskan".

7. Baca penerangan yang diberikan sebelum mengeluarkan dana dan klik "Terima".

8. Nombor TAC akan dihantar kepada nombor berdaftar dan masukkan 6 digit kod bagi pengesahan pengeluaran.

9. Permohonan pengeluaran anda telah dihantar dan akan diproses seperti paparan di bawah.

Pembayaran akan diproses dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas permohonan diluluskan. Oleh itu, ahli disarankan untuk sentiasa menyemak status I-Akaun mereka untuk memastikan semua proses berjalan lancar.
Syarat-syarat Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP 2025
Untuk membuat pengeluaran dari Akaun Fleksibel atau Akaun 3, ahli perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara dan bukan warganegara.
- Belum mencapai umur 55 tahun.
- Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
- Pengeluaran minimum RM50 boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Dengan penstrukturan semula ini, KWSP berharap dapat memberikan lebih banyak fleksibiliti dan keselamatan kewangan kepada ahli dalam menghadapi keperluan kewangan semasa dan selepas persaraan.
Artikel Lain: