Kerajaan Negeri Sembilan kini membuka peluang kepada warga Negeri Sembilan untuk memiliki Rumah Mampu Milik Jenis A. Permohonan ini terbuka kepada mereka yang berkelayakan atau memenuhi semua syarat untuk membuat permohonan Rumah Mampu Milik Type A. Buat masa sekarang kawasan Rumah Mampu Milik Jenis Jenis A yang terbuka untuk permohonan adalah seperti berikut:
- Rumah Bandar Kediaman Suria (Elma), Laman Sendayan (Presint 3), Daerah Seremban.
Untuk Rumah Mampu Milik Jenis A, harga rumah akan bermula dari RM75,000.00 dan tempoh permohonan bagi Rumah Mampu Milik Jenis A Bandar Kediaman Suria (Elma), Laman Sendayan (Presint 3), Daerah Seremban adalah terhad.
Tarikh buka permohonan adalah 16 April 2024 (Selasa) sehingga 29 April 2024 (Isnin) iaitu merupakan tarikh akhir penutupan permohonan.
Info Lengkap Bandar Kediaman Suria (Elma), Laman Sendayan, Seremban
Kemudahan Fasiliti Kediaman Suria (Elma)

- Gelanggang Badminton
- Taman Permainan
- Gazebo
- Gimnasium Luar
- Trek Jogging
- Laluan Refleksologi
Saiz dan Keluasan Laman Sendayan (Elma)

- Lot tengah dan tepi di tingkat bawah dan tingkat satu
Lokasi Kawasan Kediaman Suria (Elma)

Syarat dan Cara Mohon Permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A Bandar Kediaman Suria (Elma), Laman Sendayan, Seremban

( https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdYJtDBMMlXa-YyMYArX6LEjGqSZxMCDxFdL2YpWgam6wHd6A/viewform)
- Hanya SATU (1) borang permohonan sahaja DITERIMA bagi SEISI RUMAH (SUAMI dan ISTERI).
- Hanya SATU (1) alamat emel sahaja DITERIMA bagi setiap SATU (1) permohonan. Permohonan akan DITOLAK sekiranya SATU (1) alamat emel digunakan bagi 2 atau lebih permohonan.
- Permohonan akan DITOLAK sekiranya didapati kedua-duanya (SUAMI dan ISTERI) membuat permohonan.
- Pendapatan KASAR isi rumah tidak melebihi RM3,500.00 sebulan.
- PEMOHON adalah wajib mempunyai PENDAPATAN dan BEKERJA.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam Daerah Seremban serta telah berkahwin.
- Keutamaan kepada pemohon yang BELUM MEMILIKI RUMAH atau TANAH.
- Pemohon / Penyewa PPR Bersepadu Senawang, Rumah Pangsa Senawang 1, Rumah Pangsa Tun. Dr. Ismail (Templer) dan Rumah Pangsa Wisma Sentosa, Kuala Pilah yang ingin memohon hendaklah memastikan tiada TUNGGAKAN sewa rumah. Permohonan akan DITOLAK sekiranya mempunyai tunggakan sewa.
- Sila hantar dokumen di Bahagian A ke alamat emel rmmlamansendayan@gmail.com bagi melengkapkan permohonan. Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, dokumen tidak lengkap, kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca serta tidak mematuhi ketetapan akan DITOLAK.
- PERMOHONAN YANG LENGKAP ADALAH BERMAKSUD PEMOHON MENGISI BORANG DAN MENGHANTAR DOKUMEN SOKONGAN KE ALAMAT EMEL YANG TELAH DITETAPKAN.
- Sila pastikan semua maklumat adalah BETUL dan TEPAT sebelum klik 'HANTAR'
Dokumen Permohonan Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (WAJIB)
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan ATAU Salinan Sijil Kematian Pasangan (WAJIB - KECUALI Bujang)
- Salinan Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) Pemohon - jika berkaitan
- Salinan Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) Pasangan - jika berkaitan
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (WAJIB)
- Salinan Sijil Kelahiran Pasangan (WAJIB - KECUALI Bujang)
- Salinan Slip Gaji Pemohon Terkini (3 Bulan Terkini) ATAU Salinan Surat Tawaran dari Majikan (sekiranya slip gaji tidak mencukupi 3 bulan dan baru bekerja di bawah tempoh 3 bulan (WAJIB)
- Salinan Slip Gaji Pasangan Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB - KECUALI Bujang)
- Salinan Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan / Salinan Surat Perintah Mahkamah (Proses Cerai) / Surat Akuan Sumpah (Perkahwinan tidak berdaftar dengan JPN) - (WAJIB - KECUALI Bujang)
- Surat Akuan Sumpah (Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan) Bekerja Sendiri / Pendapatan Tidak Tetap / Tidak Mempunyai Slip Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah ( WAJIB - KECUALI pemohon atau pasangan yang mempunyai Slip Gaji)
- Salinan Kad Pesara dan Penyata Bayaran Tahunan Pesara Terkini - (WAJIB BAGI PESARA)
Cara-Cara Mengisi Surat Akuan Sumpah
- Klik pada pautan Surat Akuan Sumpah dan muat turun borang
- Isi borang tersebut dengan maklumat yang lengkap beserta tandatangan Hakim Mahkamah Sesyen, Mejistret atau Pesuruhjaya Sumpah
- Borang yang telah lengkap diisi perlu di hantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan
- Tarikh surat akuan sumpah hendaklah dibuat dalam tempoh permohonan dibuka
Sumber:
Artikel Lain: