FIRST-TIME BUYER
Written by Fazrina Fezili
Buat mereka yang mempunyai tanah sendiri tapi masih lagi tak cukup modal atau duit nak bina rumah, kami ada satu berita gembira untuk anda!
Kini, pihak kerajaan memperkenalkan satu program baru untuk membantu menangani masalah ini dan memenuhi kehendak rakyat untuk membina rumah dengan harga mampu milik di bawah program SPNB, Syarikat perumahan negara berhada yang merupakan sebuah syarikat milik menteri kewangan diperbadankan (MOF INC) yang menawarkan program atau skim Rumah Mesra Rakyat 2024 (RMR).
Buat pengetahuan semua, semasa pembentangan Bajet 2024, sebanyak RM358 juta disediakan bagi meneruskan 14 Program Rumah Mesra Rakyat melibatkan 3,500 unit rumah. Malah, Sehingga 31 Januari 2024, terdapat 187,248 permohonan untuk RMR dengan 65,758 permohonan diluluskan. Jom teruskan bacaan anda untuk tahu syarat kelayakan dan cara mohon Rumah Mesra Rakyat 2024 (RMR) ini!
Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 atau berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi pada masa yang sama mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Malahan, kesinambungan Program Rumah Mesra Rakyat sedia adalah unttuk mempertingkatkan lagi pemilikan rumah kepada golongan B40 melalui bayaran secara tunai atau pinjaman dari institusi kewangan.
Bukan itu saja, yang buatkan program Rumah Mesra Rakyat ni jadi lebih menarik lagi adalah program perumahan ini boleh mendapat subsidi pembinaan sebanyak RM20,000 yang merupakan jumlah yang besar dan boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi mereka yang layak.
Untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR), pemohon perlulah menepati setiap syarat-syarat kelayakan permohonan RMR seperti yang tertera di bawah:
Harga Rumah Mesra Rakyat (RMR) ia bergantung kepada kawasan tempat tinggal anda seperti di bawah:
Bagi pinjaman, jika pemohon meninggal dunia dan diinsuranskan, maka pinjaman tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Insurans. Jika tiada sebarang insurans pemohon kedua/tuan tanah/pewaris perlu meneruskan pembayaran bulanan.
Pelaksanaan binaan rumah di bawah program Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2024 memberi subsidi pembinaan adalah sebanyak RM20,000 yang merupakan jumlah yang besar. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang pinjaman ini:
Kaedah pembiayaan
Dokumen perjanjian dan sekuriti
Pelaksanaan pembinaan
Rumah Mesra Rakyat mempunyai 6 rekabentuk untuk rumah satu tingkat dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. SPNB menawarkan juga rekaan rumah baru yang lebih kontemporari berbanding rekaan yang terdahulu. Berikut antara rekaan terbaru Rumah Mesra Rakyat (RMR):
**Nota
Artikel lain:
Share :
Article Highlights
Rumah Mesra Rakyat
RMR
Subsidi kerajaan
syarat RMR
cara mohon RMR 2024
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent