Loading Property Genie

Cara Mohon Rumah Selangorku 3.0 (RSKU) 2024

FIRST-TIME BUYER

Written by Fazrina Fezili

 

Apa Rumah Selangorku 2024?

Rumah Selangorku (RSKU) adalah skim perumahan khas dari kerajaan negeri Selangor untuk orang Selangor yang ingin memiliki rumah sendiri atau lebih tepat ia ditubuhkan dengan bertujuan membantu kumpulan berpendapatan sederhana untuk membeli rumah di kawasan bandar di dalam Negeri Selangor.

Selangor merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah populasi yang tertinggi dan juga mempunyai harga hartanah yang tinggi. Ini membuatkan ramai penduduk selangor terkesan dan sukar untuk menjadi pembeli rumah pertama.

Namun dengan adanya skim Rumah Selangorku (RSKU) ini, miliki rumah di Selangor menjadi kenyataan. Inisiatif ini diketuai oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), sebuah organisasi perumahan negeri selangor dan diperkenalkan sejak 2014, untuk memberi semangat dan sokongan sepenuhnya pada pemaju untuk membina rumah mampu milik Selangor sebanyak 60,000 unit Rumah Selangorku menjelang 2025. Ia juga selari dengan polisi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membantu penduduk di Selangor miliki rumah sendiri dan mencapai satu juta rumah mampu milik menjelang 2028.

Jadi, pemaju dengan pembinaan yang berkelayakan perlu membina sejumlah unit rumah mampu milik Selangor yang berkualiti yang memenuhi keperluan warga tempatan yang memang mencari tempat tinggal yang berpatutan, sebagai sebahagian daripada projek keseluruhan mereka. Malahan, Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor, Rumah Selangorku ini juga telah banyak berubah dan ditambahbaik, yang kini menjadi Rumah Selangorku 3.0!

Siapa Yang Layak Untuk Mohon Rumah Selangorku 2024?

Memandangkan skim ini disasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana di Selangor, maka beberapa kriteria harus dipatuhi untuk permohonan Rumah Selangorku (RSKU):

  • Pemohon mesti berumur 18 tahun dan ke atas.

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia dan merupakan penduduk Selangor.

  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah projek kerajaan/ swasta di Selangor.

  • Pemohon hanya boleh memohon hanya satu jenis rumah sahaja.

  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

  • Tempoh sah laku setiap permohonan adalah 2 tahun.

 

Mana Lokasi Rumah Selangorku 3.0?

Di bawah inisiatif Rumah Selangorku 3.0, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai zon tersendiri bagi membina Rumah Mampu Milik - Rumah Selangorku 3.0 iaitu:

  • Zon 1: Kawasan Berkepadatan Tinggi

  • Zon 2: Kawasan Bandar

    • Daerah Gombak (Mukim Batu dan Hulu Klang)
    • Daerah Hulu Langat (Mukim Cheras, Kajang, Ampang dan Semenyih)
    • Daerah Klang (Mukim Klang selain Kawasan Majlis Bandaraya)
    • Daerah Sepang (Kawasan Cyberjaya)
    • Daerah Kuala Langat (Mukim Tanjung Dua Belas)
  • Zon 3: Kawasan Pinggir Bandar

    • Daerah Gombak (Mukim Setapak dan Rawang)
    • Daerah Hulu Langat (Mukim Hulu Langat, Beranang dan Hulu Semenyih)
    • Daerah Klang (Mukim Kapar)
    • Daerah Sepang (Keseluruhan Daerah Sepang Kecuali Kawasan Cyberjaya)
    • Daerah Kuala Langat (Keseluruhan Daerah Kuala Langat kecuali Tanjung Dua Belas)
    • Daerah Kuala Selangor (Mukim Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Batang Berjuntai dan Hujung Permatang)
    • Daerah Hulu Selangor (Mukim Serendah) 
  • Zon 4: Kawasan Luar Bandar

    • Daerah Kuala Selangor (Mukim Pasangan, Tanjung Karang dan Hulu Tinggi)
    • Daerah Hulu Selangor (Keseluruhan Daerah Hulu Selangor kecuali Serendah)
    • Daerah Sabak Bernam (Keseluruhan Daerah Sabak Bernam)

 

Kawasan Rumah Selangorku 3.0 dibina

Sumber: Pekeliling Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

Lihat Hartanah disini

 

 

Jenis Unit Dan Harga Hartanah Rumah Selangorku (RSKU) 2024

Di bawah initiatif Rumah Selangorku 3.0, berlakunya perubahan dasar dengan mengambil kira pelbagai aspek seperti zon pembangunan, komponen pembangunan, speksifikasi, kawalan pembangunan dan penguatkuasaan.

Rumah Selangorku 3.0 turut menawarkan pilihan kepada golongan bujang dengan unit 1 bilik seluas 450 kaki persegi pada harga RM114,750 bagi bujang berusia 30 tahun ke bawah dan masih baru bekerja di pusat bandar dan Rumah Selangorku (RSKU) mempunyai 6 jenis unit yang dibina khas berdasarkan kriteria pembeli dan pendapatan.

Pemohon dibenarkan memilih satu jenis rumah mengikut tahap pendapatan bulanan:

  • Jenis A: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan
  • Jenis B: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM7,000 sebulan
  • Jenis C: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
  • Jenis D, Jenis E dan Jenis E Khas: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM14,500

Harga jualan bagi Rumah Selangorku 3.0

Harga jualan bagi Rumah Selangorku tertakluk kepada kategori dan Jenis rumah yang dipilih seperti berikut:

  • Rumah Bertingkat (Pangsapuri)

    • Jenis A: RM 42,000.00 seunit
    • Jenis B: RM 100,000.00 seunit
    • Jenis C: RM 150,000.00 seunit
    • Jenis D: RM 200,000.00 seunit
    • Jenis E: RM 250,000.00 seunit

Nota: Perubahan harga jualan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri

  • Rumah Bertanah (Rumah Bandar & Teres)

    • Jenis A: RM 42,000.00 seunit (Rumah Bandar)
    • Jenis B: RM 100,000.00 seunit (Rumah Bandar)
    • Jenis C: RM 200,000.00 seunit (Rumah Bandar)
    • Jenis D: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)
    • Jenis E: RM 250,000.00 seunit (Rumah Teres)

Nota: Perubahan harga jualan tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri

 

5 Jenis Rumah Selangorku 3.0 2024

Jenis unit dan saiz yang ada pada Rumah Selangorku 3.0 seperti berikut:

5 Jenis Rumah Selangorku 3.0

Sumber: Pekeliling Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

  • Jenis rumah Solo (450 kps 1 bilik) berharga RM 114,750   
  • Jenis rumah Duo (600 kps 2 bilik) berharga RM 153,000
  • Jenis rumah Trio (750 kps 3 bilik) berharga RM 191,250
  • Jenis rumah Quad (900 kps 3 bilik) berharga RM 229,500
  • Jenis rumah Quad (Teres) (900 kps (20’ x 60’)) berharga RM 250,000

Kira anggaran bayaran perumahan anda disini!

 

Cara Mohon Rumah Selangorku 3.0

Permohonan Rumah Selangorku RSKU adalah PERCUMA dan haruslah dilakukan secara atas talian (online) di laman web Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Negeri Selangor. Anda perlu mendaftarkan satu akaun dan sertakan semua dokumen untuk tujuan pengesahan.

LPHS tidak pernah membayar pihak ketiga (individu, organisasi, badan atau syarikat) sebagai ejen Rumah Selangorku (RSKU). Tindakan akan diambil oleh LPHS dengan tidak memberikan kelulusan strata bagi pemilik yang membeli tanpa kelulusan mereka.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Sijil lahir anak (jika berkaitan)
  • Sijil nikah (jika berkaitan)
  • Surat pengesahan majikan atau Surat Angkat Sumpah untuk bujang atau bekerja sendiri (jika berkaitan)
  • Slip gaji, penyata bank atau pengesahan pendapatan dari pesuruhjaya sumpah (jika berkaitan
  • Surat pengesahan dari pesuruhjaya sumpah jika tidak berkerja (jika berkaitan)
  • Penyata KWSP (jika berkenaan)
  • Salinan bil utiliti
  • Laporan kredit CCRIS dan/atau dari CTOS
  • Pemohon Rumah Selangorku (RSKU) akan dinilai dari sistem merit dan akan dibandingkan mengikut kelayakan, kriteria dan markah merit

1. Pergi ke portal Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Terkawal Negeri Selangor di https://ehartanah.lphs.gov.my/

portal Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Terkawal Negeri Selangor

2. Daftar akaun pengguna baru

Garis Panduan Permohonan Rumah Selangorku 2024

3. Lengkapkan maklumat pemohon

Lengkapkan maklumat pemohon

4. Login semula dan kemaskini maklumat

Login semula dan kemaskini maklumat

5. Pilih projek perumahan yang diinginkan

Projek Perumahan Rumah Selangorku 2024

Selepas menghantar semua dokumen, anda perlu menunggu kerana permohonan mengambil masa untuk mendapat jawapan. Walau bagaimanapun, hanya pemohon yang lulus sahaja akan dihubungi melalu surat atau emel.

Proses Permohonan Rumah Selangorku 3.0

Proses Permohonan Rumah Selangorku

  • Pendaftaran Pengguna: Pengguna boleh melayari portal dan mendaftar sebagai pengguna.
  • Muat Naik Dokumen: Muat naik dokumen terpilih apabila tawaran diberikan.
  • Hantar Permohonan: Pengguna boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan.
  • Surat Tawaran: Terima surat tawaran dan laksana proses pinjaman.
  • Proses Kelulusan: Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa.
  •  Pindah Ke Kediaman: Pindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan.

Info berkaitan Rumah Selangorku 

Rumah Selangorku adalah skim perumahan penting yang bertujuan untuk menyediakan rumah mampu milik Selangor untuk rakyat. Jadi, ada beberapa syarat yang terikat dengan penjualan rumah:

  • Tuan rumah tak boleh menjual rumah dalam masa 5 tahun selepas membeli
  • Ada panduan yang menyatakan pemilik tak boleh menyewakan rumah pada orang lain
  • Permohonan Rumah Selangorku ni aktif selama 2 tahun
  • Pemohon mesti memohon semula kalau tak berjaya selepas 2 tahun
  • Pemohon yang menolak tawaran rumah akan dilabel sebagai tak aktif selama 2 tahun
  • Pemilihan rumah berdasarkan nilai merit dan tidak boleh ditukar

Senarai Hartanah Rumah Selangorku 2024!

1. Residensi Begonia/Oleander @ Eco Majestic

Residensi Begonia/Oleander @ Eco Majestic

  • Jenis: Kondominium
  • Harga: RM262,000
  • Ansuran Bulanan: RM1,150
  • Lokasi: Semenyih
  • Keluasan: 1050 kaki per segi

2. Residensi Emas 3 @ Kajang 2

Residensi Emas 3 @ Kajang 2

  • Jenis: Kondominium
  • Harga: RM270,000
  • Ansuran Bulanan: RM1,200
  • Lokasi: Daerah Hulu Langat
  • Keluasan: 721 kaki per segi

3. Residensi Idaman Bayu @ Bangi Avenue

Residensi Idaman Bayu @ Bangi Avenue

  • Jenis: Kondominium
  • Harga: RM316,000
  • Ansuran Bulanan: RM1,400
  • Lokasi: Bangi
  • Keluasan: 1050 kaki per segi

4. Eco Ardence @ Setia Alam

Eco Ardence @ Setia Alam

  • Jenis: Kondominium
  • Harga: RM268,000
  • Ansuran Bulanan: RM1,200
  • Lokasi: Setia Alam
  • Keluasan: 1045 kaki per segi

5. Casa Embun @ Cybersouth

Casa Embun @ Cybersouth

  • Jenis: Kondominium
  • Harga: RM385,000
  • Ansuran Bulanan: RM1,600
  • Lokasi: Cyberjaya
  • Keluasan: 1000 kaki per segi

6. Kita Bestari @ Cybersouth

Kita Bestari @ Cybersouth

  • Jenis: Townhouse
  • Harga: RM385,000
  • Ansuran Bulanan: RM1,800
  • Lokasi: Cyberjaya
  • Keluasan: 22' x 75'

Panduan Relevan:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Rumah Selangorku

RSKU

Rumah Mampu Milik Negeri Selangor

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5626 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More