FIRST-TIME BUYER
Written by Fazrina Fezili
Kerajaan Malaysia berusaha aktif menyediakan lebih banyak rumah mampu milik melalui Program Perumahan Rakyat 1Malaysia, PR1MA, atau PRIMA. Program ini merupakan peluang penting buat anda yang ingin memiliki rumah idaman tanpa beban kewangan yang terlalu besar atau dalam bajet yang lebih rendah dan mampu milik.
Rumah Mampu Milik (PR1MA) adalah inisiatif yang memastikan pembangunannya dirancang dengan teliti dengan menitikberatkan aspek pembangunan komuniti. Rumah-rumah PRIMA direka agar menjadi sebahagian daripada komuniti bersepadu untuk memenuhi keperluan penduduk di pusat bandar yang berkembang pesat di Malaysia.
Kebanyakan projek PR1MA terletak di lokasi yang strategik dan menarik, terutamanya di bandar utama di seluruh negara. Oleh itu, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan berdekatan dengan perumahan PRIMA.
Projek Rumah Mampu Milik (PR1MA) ini merangkumi seluruh Malaysia dan dibahagikan kepada lima kawasan wilayah, iaitu:
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan lebih lanjut berkenaan Projek Rumah Mampu Milik (PR1MA) tetapi memfokuskan kepada kawasan Pulau Pinang atau dikenali juga sebagai Rumah Mampu Milik Pulau Pinang (RMMPg).
RMMPg atau Rumah Mampu Milik Pulau Pinang (RMMPg) adalah inisiatif kerajaan negeri di bawah Pelan Induk Perancangan Pembangunan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP). Objektif Rumah Mampu Milik Pulau Pinang (RMMPg) ini adalah untuk menyediakan rumah kepada penduduk negeri Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan masih belum memiliki rumah.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan untuk melanjutkan Dasar Rangsangan Sektor Hartanah dan Dasar Pemilikan Kediaman atau dikenali sebagai Home Ownership Campaign (HOC) 3.0 bermula 1 Jan 2024 hingga 31 Dis 2024 dalam usaha membantu mempromosi pemilikan Rumah Mampu Milik (RMM) kepada masyarakat di Pulau Pinang.
Skim umah Mampu Milik Pulau Pinang (RMMPg) ini adalah selaras dengan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 (RSNPP) yang diwartakan pada 28 Jun 2007 iaitu melibatkan pembinaan Rumah Kos Rendah (RMM A) dan Rumah Kos Sederhana Rendah (RMM B). Berkuatkuasa mulai 26 Ogos 2014, Kerajaan Negeri meluluskan Garis Panduan Penyediaan Skim Perumahan 100% Rumah Mampu Milik di mana kategori baru skim perumahan iaitu RMM C diwujudkan.
Malah, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) juga membuat cadangan pelaksanaan 14 projek pembangunan dari tahun 2021 hingga 2025 dan Kerajaan Negeri optimis dapat mencapai sasaran untuk membina 220,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) menjelang 2030.
Antara syarat asas permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang (RMMPg) adalah seperti berikut:
KATEGORI RUMAH: RUMAH PANGSA
LOKASI: ATAS PT 1813, LOT 4327(LOT LAMA 3613-3624) MK 6 SPT
PEMAJU: GRAND EASTERN REALTY DAN DEVELOPMENT SDN BHD
KATEGORI RUMAH: RUMAH PANGSA
LOKASI: -
PEMAJU: KUNTUM BINA SDN. BHD.
KATEGORI RUMAH: RUMAH PANGSA
LOKASI: TASEK MUTIARA
PEMAJU: PALMINGTON SDN BHD
KATEGORI RUMAH: RUMAH PANGSA
LOKASI: BALIK PULAU
PEMAJU: LEMBAGA PERUMAHAN NEGERI PULAU PINANG
KATEGORI RUMAH: RUMAH PANGSA
LOKASI: JALAN BUKIT PANCHOR, MUKIM 7
PEMAJU: PANCHOR RESIDENCE SDN BHD
KATEGORI RUMAH: RUMAH PANGSA
LOKASI: BANDAR JELUTONG
PEMAJU: NOVA LAND DEVELOPMENT SDN. BHD.
KATEGORI RUMAH: RUMAH PANGSA
LOKASI: GEORGETOWN
PEMAJU: TANJUNG VILLA CAPITAL SDN BHD
KATEGORI RUMAH: RUMAH PANGSA
LOKASI: -
PEMAJU: PDC PROPERTIES SDN BHD
KATEGORI RUMAH: RUMAH PANGSA
LOKASI: BALIK PULAU
PEMAJU: PRISMA BUMIRAYA SDN. BHD.
KATEGORI RUMAH: RUMAH PANGSA
LOKASI: -
PEMAJU: SOLARIS PRESTASI SDN BHD
KATEGORI RUMAH: RUMAH PANGSA
LOKASI: LINTANG TELUK KUMBAR
PEMAJU: KOBAY SB SDN. BHD
Artikel Berkaitan:
Share :
Article Highlights
Rumah Mampu Milik
Pulau Pinang
Rumah Mampu Milik Pulau Pinang
RMM 2024
LPNPP
Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP)
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent
Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!
Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.
We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!
Top Searched Property For Sale
Properties For Sale in Kuala Lumpur
Properties For Sale in Petaling Jaya
Properties For Sale in Johor Bahru
Properties For Sale in Seremban
Top Searched Property For Rent
Properties For Rent in Kuala Lumpur
Properties For Rent in Petaling Jaya
Properties For Rent in Johor Bahru
Properties For Rent in Seremban
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent