PROPERTY GUIDE
Written by Fazrina Izzma
Jawapannya cukup mudah, proses membeli rumah pertama dengan pendapatan atau bajet kecil ini tidak mustahil TETAPI tidak mudah tau. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kelayakan gaji untuk membeli rumah dan senarai rumah mampu milik untuk pembeli rumah pertama.
Untuk semak kelayakan beli rumah ni, anda boleh guna formula pengiraan DSR (Debt Service Ratio).
Setiap peminjam mempunyai profil kewangan yang berbeza. Oleh sebab itu, bank menetapkan had DSR maksimum bergantung kepada profil kewangan individu tersebut.
Formula:
(Jumlah komitmen bulanan/Jumlah gaji bulanan) x 100%
Contohnya:
Gaji bulanan Anwar: RM 3,000
Jumlah komitmen bulanan Anwar: RM 150 (PTPTN) + RM 450 (Loan Kereta)
DSR: RM 600/RM 3,000 x 100% = 20%
Disini menunjukkan Anwar masih boleh mendapat pinjaman sebanyak 40% gaji beliau.
Anggaran pinjaman rumah mengikut gaji dan berdasarkan kadar interest bank boleh di kira menggunakan kalkulator CTOS
Buat pengetahuan anda, pihak bank akan melihat kepada kadar Debt Service Ratio (DSR), CCRIS dan CTOS pembeli terlebih dahulu sebelum pinjaman perumahan mereka akan diluluskan. DSR ini boleh diterjemahkan sebagai nisbah pembiayaan hutang iaitu nisbah jumlah hutang seseorang individu dibandingkan dengan pendapatan isi rumahnya.
**Sebaiknya komitmen anda tak boleh lebih daripada 1/3 gaji untuk pihak bank luluskan jumlah pinjaman anda.
Jika anda nak tahu anggaran jumlah pinjaman yang akan dibayar, anda boleh gunakan kalkulator pengiraan loan di PropertyGenie.
Kebiasaannya apabila anda telah berminat dan berniat untuk membelirumah tersebut, anda perlu membayar yuran tempahan terlebih dahulu. Kadar yuran dikenakan lazimnya antara dua hingga tiga peratus daripada jumlah pinjaman.
Bila anda telah setuju dengan syarat dan menandatangani surat perjanjian jual beli (SPA), kadar yang perlu anda bayar ialah 10% daripada jumlah pinjaman dan anda boleh tolak yuran tempahan yang telah dibayar untuk downpayment ini.
Caj duti setem akan untuk memindahkan hak milik kepada nama anda dan kadar dikenakan seperti berikut:
Jadi, walaupun anda berpendapatan rendah dalam golongan B40 atau tidak mempunyai pendapatan tetap, anda masih boleh memiliki rumah pertama anda dengan merancang kewangan anda dengan bijak. Pastikan DSR anda tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan, dan pertimbangkan skim bantuan perumahan yang ada.
Selamat mencuba!
Jom baca artikel-artikel lain yang berkaitan:
Share :
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent