PROPERTY GUIDE
Written by Fazrina Fezili
Setiap rakyat Malaysia, mesti akan ada keinginan untuk miliki rumah sendiri, tapi yang jadi penghalang tu tak lain tak bukan mesti atas dasar diluar kemampuan atau masih lagi tak mampu untuk beli rumah sendiri khususnya buat golongan B40 dan M40 ni.
Bila sebut tentang golong pendapatan di Malaysia, mesti ramai dah mula faham yang kumpulan pendapat di Malaysia dibahagikan kepada tiga kumpulan pendapatan iaitu: B40, M40 dan T20. Setiap golongan pendapatan biasanya dikira dari segi kuasa memperoleh pendapatan. Teruskan membaca untuk faham tentang satu per satu kumpulan pendapatan B40, M40 dan T20.
B40, M40, dan T20 merujuk kepada klasifikasi kelas pendapatan isi rumah di Malaysia iaitu:
Berikut adalah pecahan kategori dibuat berdasarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah & Kemudahan Asas dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia:
Ringkasan B40: Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan di bawah RM4,850
Ringkasan M40: Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan antara RM4,851 hingga RM10,970
Ringkasan T20: Berpendapatan seisi rumah dengan purata bulanan RM10,971 dan ke atas
Rakyat Malaysia dikelaskan dalam kumpulan pendapatan masing-masing, mengikut median pendapatan bulanan setiap isi rumah. Namun begitu, median pendapatan isi rumah mesti berbeza di setiap negeri.
(Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah 2022 (Malaysia & Negeri - Kemaskini siaran 28 Julai 2023)
Median Pendapatan Isi Rumah setiap Negeri tertinggi dinyatakan dalam laporan DOSM, iaitu W.P. Kuala Lumpur ( RM10,234,), W.P. Putrajaya (RM10,0565) dan Selangor (RM9,983). Manakala, median pendapatan terendah di peringkat negeri adalah Kelantan (RM3,614), Kedah (RM4,402) dan Perak (RM4,494).
Jadi, jika di bandingkan pendapatan median di Kelantan mungkin cukup, tetapi sekiranya anda menetap di Kuala Lumpur untuk isi rumah dengan saiz yang sama, berkemungkinan anda perlu mencari kerja tambahan bagi menampung kos perbelanjaan.
Dengan agihan kumpulan pendapatan ini, ia bertindak sebagai asas untuk pelbagai inisiatif kerajaan dan salah satunya adalah membantu setiap golongan dapat miliki rumah sendiri dengan skim perumahan.
Terdapat banyak lagi institusi dan organisasi yang menyediakan skim bantuan perumahan atau seumpamanya mengikut golongan kelas pendapatan B40 dan M40 bagi membantu meringankan beban membeli rumah pertama. Semoga berjaya!
Baca Lain:
Share :
Article Highlights
skim perumahan
Golongan pendapatan B40 M40 T20
Skim Perumahan B40 dan M40
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent