NEWS
Written by Fazrina Fezili
Menara Merdeka 118, berdiri megah di pusat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, telah meraih status sebagai pencakar langit tertinggi di Malaysia dan menjadi satu-satunya bangunan kedua tertinggi di dunia setelah Burj Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Dengan ketinggian mencapai 679 meter dan sebanyak 118 tingkat, Menara Merdeka 118 bukan sekadar suatu struktur fisik monumental, tetapi juga sebuah simbol kemajuan dan kebanggaan bagi negara Malaysia.
Photo by Highlanderimages Photography
Bangunan pencakar langit ini dulunya dikenali sebagai Warisan Merdeka yang berdiri gah bersebelahan Pemulihan Stadium Merdeka, lokasi keramat pengisytiharan kemerdekaan negara pada tahun 1957 telah mencerminkan sejauh mana negara Malaysia Tanah Tumpah Darahku telah berkembang maju.
Reka bentuk bangunan adalah daripada usaha kerjasama antara RSP Architects Sdn. Bhd dan Fender Katsalidis Architects yang berpusat di Melbourne. Inspirasi di sebalik rekaan Merdeka 118 mencerminkan imej ikonik pengisytiharan kemerdekaan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di mana tangan kanan Tunku Abdul Rahman dinaikkan Ketika melaungkan ‘Merdeka’ tujuh kali pada 31 Ogos 1957. Disebabkan itu jugalah ada tambahan puncak 160m di atas menara yang menjadikan ketinggian Merdeka 118 mencapai 679m.
Menara Merdeka 118 menjadi bangunan pertama di Malaysia yang mempunyai tiga akreditasi bangunan platinum hijau di peringkat tempatan dan antarabangsa dengan pensijilan kelestarian antarabangsa, iaitu Indeks Bangunan Hijau (GBI), Hartanah Hijau (GreenRE) dan Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED).
Ketinggian puncak menara atau spire Merdeka 118 adalah berukuran 160 meter dengan berat 1,015 tan. Berat ini adalah bersamaan dengan berat 852 buah kereta Proton Saga. Ia diperbuat daripada keluli dan panel aluminium, dan tempoh pemasangan mengambil masa tiga bulan.
Lif pencakar langit tertinggi di Malaysia ini dilengkapi dengan sistem lif yang terpantas di dunia dengan hanya mengambil masa sebanyak 65 saat dari tingkat 1 ke tingkat 118 dan boleh digunakan ketika waktu kecemasan seperti kebakaran. Malah, lif ini juga diperbuat daripada kaca dan keluli yang menjadi satu tarikan unik buat pengunjung kerana mereka akan dapat menyaksikan pemandangan langit Kuala Lumpur sepanjang lif itu naik ke atas.
Photo by Skyscrapers
Reka bentuk luaran Menara Merdeka 118 yang dilitupi kaca berbentuk seperti kristal dan tapak bangunan yang seperti Diamond adalah melambangkan Songket Melayu. Manakala, segi tiga pelbagai saiz pada permukaannya melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Projek Pembangunan menara kediaman termasuklah Menara Timur Merdeka Residences setinggi 65 tingkat dan Menara Barat Merdeka Residences setinggi 63 tingkat, serta kediaman berperkhidmatan Oakwood Premier Kuala Lumpur. Senarai Projek hartanah berdekatan:
Menara Merdeka 118, dijangka akan dibuka secara rasmi pada tahun 2024 oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), tidak hanya menjadi mercu tanda kemajuan Malaysia, tetapi juga menandakan tekad negara untuk terus maju ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Share :
Article Highlights
menara merdeka 118
Warisan Merdeka Tower
kuala lumpur
menara tertinggi di Malaysia
Merdeka PNB 118 (KL 118)
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent