Loading Property Genie

Panduan Lengkap Memohon Bantuan Rumah MAIK

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap keluarga, terutama bagi mereka yang kurang bernasib baik. Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) menyediakan Bantuan Rumah Kediaman MAIK untuk golongan asnaf dan fakir miskin di Kelantan. Bantuan ini adalah peluang besar untuk mereka yang layak mendapatkan rumah baru yang lebih selesa.

Sepanjang tahun 2023, pihak MAIK telah membelanjakan RM 13,993,670 bagi membina 203 buah rumah yang diantaranya mempunyai 3 bilik, 4 bilik dan 5 bilik jenis rumah kediaman untuk membantu golongan asnaf yang layak ini memiliki tempat tinggal lebih baik dari sebelumnya.

Apa Itu Bantuan Rumah Kediaman MAIK?

Bantuan Rumah Kediaman MAIK adalah satu program yang menyediakan rumah baru untuk golongan asnaf. Program ini bukan sahaja membantu menyediakan tempat tinggal yang selesa tetapi juga memastikan kestabilan dan keselamatan keluarga yang memerlukan.

Syarat-Syarat Memohon Bantuan Rumah MAIK

bantuan rumah maik

Untuk memohon bantuan rumah MAIK, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat asas:

  • Program ini dikhaskan untuk umat Islam.
  • Bantuan ini khusus untuk pembinaan rumah baru, bukan untuk pembaikan rumah sedia ada.
  • Pemohon mesti daripada golongan asnaf fakir miskin dan yang layak menerima zakat.
  • Keutamaan diberikan kepada ibu tunggal, anak yatim, dan orang kurang upaya (OKU) serta merupakan peranakan Kelantan.
  • Pemohon mesti memiliki tanah sendiri, ibu bapa, atau tanah kerajaan dengan kebenaran bertulis.
  • Pemohon yang mempunyai tanggungan ramai diberi keutamaan.

Cara Memohon Bantuan Rumah Kediaman MAIK

Borang Bantuan Rumah MAIK boleh didapati secara percuma di Kaunter Zakat MAIK atau Kaunter Baitulmal di masjid-masjid jajahan. Penting untuk diperhatikan bahawa borang fotostat tidak akan diterima, jadi pastikan anda mendapatkan borang asal.

borang bantuan rumah maik

Atau pemohon hanya boleh memohon Bantuan Rumah Kediaman MAIK melalui Sistem E-Agihan di masjid-masjid bandar terpilih. Pemohon perlu hadir sendiri ke masjid terdekat dengan membawa dokumen lengkap untuk pengisian borang online oleh kerani masjid. Berikut adalah senarai masjid yang terlibat:

  • Masjid Bandar Mahmudi, Bachok
  • Masjid Muhammadi, Kota Bharu
  • Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa
  • Masjid Bandar Sultan Muhammad II, Telipot
  • Masjid Bandar Sultan Mansor Kg. Sireh, Kota Bharu
  • Masjid DiRaja Long Yunus, Langgar
  • Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
  • Masjid Bandar Sultan Muhammad III, Pasir Mas
  • Masjid Ismaili, Tumpat
  • Masjid Sultan Yahya Petra, Machang
  • Masjid Bandar Tg. Muhammad Faris Petra, Kuala Krai
  • Masjid Bandar Ibrahimi, Pasir Puteh
  • Masjid Tg. Muhammad Faiz Petra, Gua Musang
  • Masjid Sultan Muhammad I, Jeli

Keperluan Dokumen untuk Permohonan

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut semasa memohon bantuan rumah MAIK:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pasangan (sertakan sijil cerai jika bercerai, atau sijil mati jika pasangan telah meninggal)
  • Salinan Kad Pengenalan Anak-Anak (yang masih dalam tanggungan dan tidak dalam tanggungan)
  • Slip Gaji/Pencen/Surat Akuan Pendapatan Pemohon
  • Slip Gaji/Pencen/Surat Akuan Pendapatan Pasangan
  • Salinan Geran Tapak Tanah Rumah yang Akan Dibina

Semakan Status Permohonan Bantuan Rumah MAIK

Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka melalui laman web rasmi MAIK di https://ssba.e-maik.my. Ini memudahkan pemohon untuk mengetahui perkembangan permohonan mereka tanpa perlu pergi ke pejabat.

 

Bantuan Rumah Kediaman MAIK adalah satu peluang penting bagi golongan asnaf di Kelantan untuk memiliki rumah sendiri. Dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan dokumen yang diperlukan, pemohon perlu memastikan proses permohonan dilakukan dengan betul. 

Artikel lain:

 

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

bantuan rumah maik

borang bantuan rumah maik

bantuan perumahan

bantuan rumah kelantan

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!

Top Searched Property For Sale

Properties For Sale in Kuala Lumpur

Properties For Sale in Petaling Jaya

Properties For Sale in Johor Bahru

Properties For Sale in Seremban

View More

Top Searched Property For Rent

Properties For Rent in Kuala Lumpur

Properties For Rent in Petaling Jaya

Properties For Rent in Johor Bahru

Properties For Rent in Seremban

View More