NEWS
Written by Fazrina Fezili
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melakukan penstrukturan semula memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penyimpan dan membantu semua akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik.
Akaun Fleksibel adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.
Dengan memperkenalkan akaun fleksibel sebagai akaun 3, penyimpan boleh mengakses atau mengeluarkan duit mereka pada bila-bila masa untuk keperluan jangka pendek. Manakala akaun persaraan (akaun 1) dan sejahtera (akaun 2) membolehkan penyimpan merancang untuk masa depan mereka.
Pelaksanaan penstrukturan tiga (3) akaun KWSP akan bermula pada 11 Mei 2024 dan penstrukturan KWSP yang baru ini berbeza dengan caruman untuk sistem sekarang. Sistem caruman KWSP sekarang dibahagikan kepada:
Pembahagian caruman akaun 3 akan dipecah kepada berikut:
Contoh lain, jika Caruman KWSP sebulan adalah RM100, maka ia akan dibahagikan kepada berikut:
Bukan itu saja, penstrukturan semula akaun KWSP 3 ini juga membenarkan peminjam untuk memindahkan duit yang berada di akaun 2 ke akaun 3 dengan pemindahan hanya boleh dilakukan sekali sahaja antara 11 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024 dan berikut adalah syarat lain pemindahan duit:
Sekiranya Akaun 2 KWSP ada baki kurang daripada RM1,000, penyimpan boleh memindahkan kesemuanya ke Akaun 3 (Fleksibel) .
Contohnya, jika baki Akaun 2 ada RM900. Maka:
Jumlah yang dipindahkan ke Akaun 3 (Fleksibel) adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun 2 (Sejahtera).
Contohnya, jika baki Akaun 2 ada RM7,000. Maka:
Penyimpan boleh memindahkan wang ke Akaun 3 (Fleksibel) dengan baki simpanan dalam Akaun 2 (Sejahtera) diagihkan mengikut nisbah berikut:-
Contohnya jika baki Akaun 2 ada RM30,000. Maka:
Sekiranya peminjam tidak berhasrat untuk memindahkan duit ke akaun 3, baki dalam akaun 1 dan akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.
Dengan struktur Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baru ini, diharapkan penyimpan dapat menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik, dengan penekanan pada tabungan jangka panjang untuk masa depan mereka dan ruang bagi keperluan semasa.
Sumber:
Artikel Lain:
Share :
Article Highlights
Akaun 3
pengeluaran KWSP
Akaun fleksibel
KWSP
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent