Melaka, sebuah negeri yang pesat membangun, kini menawarkan pelbagai projek perumahan mampu milik yang direka khusus untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri. Melalui inisiatif yang diselia oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM), golongan berpendapatan rendah dan sederhana kini berpeluang untuk memiliki Rumah Mampu Milik (RMM) idaman mereka pada harga yang berpatutan. Projek-projek ini merangkumi pelbagai jenis kediaman seperti rumah bandar (townhouse) dan rumah teres, sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Malah, Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menyasarkan sebanyak 41,900 rumah mampu milik akan dibina di Melaka menjelang 2030. Senarai projek Rumah Mampu Milk Melaka (RMMM) terbahagi kepada 5 Jenis Rumah Mampu Milik (RMM) iaitu:
- Rumah Bahagia (RKR)
- Rumah Sejahtera (RKSR)
- Rumah Impian Jenis A (RMM C)
- Rumah Impian Jenis B (RMM D)
- Rumah Belia Melaka
Artikel ini akan menyenaraikan beberapa pilihan rumah mampu milik melaka di bawah RM250,000 yang boleh dijadikan pilihan oleh pembeli rumah pertama atau mereka yang sedang mencari rumah baharu.
Senarai Rumah Mampu Milik Melaka RM250K dan ke Bawah oleh LPM
Berikut adalah beberapa pilihan Rumah Mampu Milik Melaka yang ditawarkan pada harga di bawah RM250,000, sesuai untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah:
1. Rumah Sejahtera (RKSR) Tiang Dua Bestari

Sumber FB Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
- Jenis Bangunan: Rumah Bandar (Townhouse)
- Harga: Bermula dari RM151,000.00
- Luas Binaan: 24’ x 40’
- Kemudahan: 3 bilik tidur dan 2 bilik air
- Hak Milik: Freehold
- Lot Kuota: Terbuka
2. Rumah Impian A Impiana Kesang

Sumber FB Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
- Jenis Bangunan: Rumah Teres
- Harga: Bermula dari RM180,000.00
- Luas Binaan: 20’ x 70’
- Kemudahan: 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi
- Hak Milik: Leasehold
- Lot Kuota: Terbuka (Bumiputera dan bukan Bumiputera)
3. Rumah Sejahtera Bertam Height

Sumber FB Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
- Jenis Bangunan: Townhouse
- Harga: Bermula dari RM120,000.00
- Luas Binaan: 24’ x 55’
- Kemudahan: 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi
- Hak Milik: Freehold
4. Rumah Impian A Taman Bukit Katil Damai

Sumber FB Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
- Jenis Bangunan: Townhouse
- Harga: Bermula dari RM180,000.00
- Luas Binaan: 24’ x 55’
- Kemudahan: 3 bilik tidur dan 2 bilik air
- Hak Milik: Freehold
- Lot Kuota: MCL
5. Rumah Impian A Nuri Botani

Sumber FB Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
- Jenis Bangunan: Townhouse
- Harga: Bermula dari RM190,000.00
- Luas Binaan: 1000sf (bawah), 1300sf (atas)
- Kemudahan: 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi
- Hak Milik: Freehold
- Lot Kuota: Terbuka (Bumiputera dan bukan Bumiputera)
6. Rumah Impian Jenis A Pengkalan Impian (i-MOLEK)

Sumber FB Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
- Jenis Bangunan: Townhouse
- Harga: Bermula dari RM180,000.00
- Luas Binaan: 24’ x 65’
- Kemudahan: 3 bilik tidur, 1 bilik mandi, dan 1 tandas
- Hak Milik: Leasehold
- Lot Kuota: Terbuka (Bumiputera dan bukan Bumiputera)
- Syarat Kelayakan: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000.00
7. Rumah Impian A Scientex Melaka Jasin (Bemban)

Sumber FB Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
- Jenis Bangunan: Rumah Teres 2 Tingkat
- Harga: Bermula dari RM180,000.00
- Luas Binaan: 16' x 60'
- Kemudahan: 3 bilik tidur dan 2 bilik air
- Hak Milik: Freehold
8. Rumah Impian A Scientex Melaka Bandar Jasin (Serkam)

Sumber FB Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
- Jenis Bangunan: Rumah Teres 2 Tingkat
- Harga: Bermula dari RM180,000.00
- Luas Binaan: 16' x 60'
- Kemudahan: 3 bilik tidur dan 2 bilik air
- Hak Milik: Freehold
8. Rumah Impian B Puteri Mutiara

Sumber FB Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
- Jenis Bangunan: Rumah Teres 1 Tingkat
- Harga: Bermula dari RM250,000.00
- Luas Binaan: 20' x 67'
- Kemudahan: 4 bilik tidur dan 2 bilik air
- Hak Milik: Freehold
9. Rumah Impian B Taman Paya Rumput Gemilang

Sumber FB Lembaga Perumahan Melaka (LPM)
- Jenis Bangunan: Rumah Teres 2 Tingkat
- Harga: Bermula dari RM250,000.00
- Luas Binaan: 20' x 55'
- Kemudahan: 3 bilik tidur dan 2 bilik air
- Hak Milik: Bumiputera
Explore juga hartanah lain:
Artikel lain: