PROPERTY REVIEWS
Written by Fazrina Fezili
Mencari rumah mampu milik di Johor? Projek eRumah Johor menawarkan pelbagai pilihan rumah Johor dengan harga berpatutan bagi membantu rakyat memiliki kediaman sendiri.
Berikut adalah enam projek eRumah Johor atau Rumah Mampu Mililk Johor (RMMJ) yang boleh anda pertimbangkan dan semuan rumah Johor ini berharga di bawah RM250,000.
Taman Tasik Indah menawarkan rumah teres dua tingkat yang luas di Kluang. Projek ini sesuai untuk keluarga yang mencari kediaman dengan ruang yang lebih besar dan harga yang berpatutan.
Sumber gambar: eRumah Johor
Ini adalah peluang hebat untuk mereka yang berpendapatan rendah dengan harga rumah serendah RM50,000. Taman Kota Selesa menawarkan rumah teres dua tingkat yang sesuai untuk individu atau pasangan muda.
Sumber gambar: eRumah Johor
Masih di lokasi yang sama, Taman Kota Selesa menawarkan pilihan rumah teres dengan keluasan yang sedikit lebih besar dan harga yang tetap berpatutan, iaitu RM100,000.
Sumber gambar: eRumah Johor
Terletak di Pogoh, Segamat, Taman Kenari Indah menawarkan rumah teres dengan harga RM80,000. Ia adalah pilihan ideal bagi mereka yang ingin menetap di kawasan yang lebih tenang.
Sumber gambar: eRumah Johor
Layangkasa di Plentong, Johor Bahru menawarkan townhouse dengan harga RM150,000. Dengan keluasan 1011.81 ft², projek ini sesuai untuk keluarga yang memerlukan ruang tambahan.
Sumber gambar: eRumah Johor
Senadi Hills menawarkan pilihan apartmen di Pulai, Johor Bahru dengan keluasan lantai 1000 ft² dan harga RM150,000. Ini adalah pilihan yang ideal bagi mereka yang mencari kediaman moden di bandar.
Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan! Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari laman web rasmi eRumah Johor.
Baca juga eRumah Johor: Cara Mohon Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) 2024
Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari laman web rasmi eRumah Johor di erumah.johor.gov.my. Laman web ini menyediakan butiran lengkap mengenai perumahan-perumahan ini, termasuk cara-cara permohonan dan syarat kelayakan.
Artikel Berkaitan:
Share :
Article Highlights
eRumah Johor
RMMJ
Rumah mampu milik
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent