Loading Property Genie

Skim Smart Sewa Selangor: Cara Mohon dan Syarat Kelayakan 2024

PROPERTY GUIDE

Written by Fazrina Fezili

Kerajaan Malaysia banyak menawarkan pelbagai inisiatif bagi membantu meringankan beban semua rakyat Malaysia. Salah satunya dengan menyediakan pelbagai skim perumahan untuk merealisasikan impian setiap rakyat miliki rumah sendiri tanpa perlu menanggung beban yang besar.

Antara program yang ditawarkan seperti skim menyewa sambil membeli ( rent to own ), pengecualian stamp duty, skim rumah pertamaku dan banyak lagi untuk mereka yang ingin membeli rumah sendiri.

Tapi harini, kami ingin memfokuskan Skim Smart Sewa atau Skim Smart Selangor yang memfokuskan penduduk Selangor miliki rumah dengan cara menyewa. Pada 10 Mac yang lalu, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dilaporkan belanja RM2.8 juta bagi memperluas Skim Smart Sewa bagi membantu lebih ramai rakyat miliki kediaman sendiri.

Apa itu Skim Smart Sewa Selangor?

Skim Smart Selangor merupakan satu inisiatif kerajaan Selangor bagi mengatasi masalah kenaikan harga rumah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Skim Smart Sewa ini bermula pada tahun 2016 di mana program ini membantu rakyat untuk menyimpan dengan cara menyewa.

Usaha Kerajaan Negeri Selangor ini khususnya untuk membantu penduduk di Selangor yang berpendapatan rendah dan sederhana menurunkan kos sara hidup dan miliki rumah yang hendak dibeli.

Skim Smart Sewa Selangor menyediakan beberapa senarai kediaman untuk disewa dan duit sewaan itu akan dibayar terus ke Kerajaan Negeri Selangor.

Dalam tempoh sewaan itu, sekiranya penyewa mempunyai cukup duit untuk membeli rumah, 30% daripada jumlah sewaan yang telah dibayar ke Kerajaan Negeri Selangor melalui Skim Smart Sewa akan dipulangkan sebagai deposit / bayaran pendahuluan rumah pilihan penyewa.

Apa yang membuatkan Skim Smart Sewa ini berbeza dengan menyewa biasa adalah duit yang disewa akan terus disalurkan ke tuan rumah tanpa memberi apa-apa pulangan. Tetapi Skim Smart Selangor berikan peluang kepada rakyat untuk menyewa sambill mengumpul simpanan untuk pendahuluan rumah yang ingin dibeli.

Tempoh Menyewa Bagi Skim Smart Selangor

Tempoh sewaan minima adalah 2 tahun yang membolehkan anda mendapat pulangan sewan sebanyak 30% daripada jumlah sewaan selama anda menyewa melalui Skim Smart Selangor. Manakala bagi tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.

[ Tips: Anda boleh gunakan pemulangan sewa 30% Skim Smart Selangor sebagai deposit / bayaran pendahuluan membeli rumah dengan Skim Rumah Selangorku. ]

Melalui Skim Smart Sewa Selangor ini, penyewa dapat menyewa pada kadar berpatutan berbanding harga sewa pasaran yang lebih tinggi.

6 Syarat Kelayakan Skim Smart Sewa

Syarat sah kelayakan Program Skim Smart Sewa Selangor ini dinyatakan oleh Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) dan disasarkan untuk golongan-golongan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Mestilah warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan
  3. Pendapatan seisi keluarga iaitu:
    1. Tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah
    2. Tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (diberi keutamaan) atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor

Senarai Kawasan Perumahan Skim Smart Sewa Selangor 2024

Berikut merupakan kawasan projek yang terlibat dengan Skim Smart Sewa Selangor yang masih terbuka untuk permohonan:

1. Pangsapuri Arista

Pangsapuri Arista

  • Kawasan: Klang
  • Kadar Sewa: RM 550 - RM 600
  • Keluasan: 700sqft
  • Bilangan Bilik Tidur: 3
  • Bilangan Bilik Air: 2

2. Pangsapuri Azaria

Pangsapuri Azaria

  • Kawasan: Klang
  • Kadar Sewa: RM 700
  • Keluasan: 750sqft
  • Bilangan Bilik Tidur: 3
  • Bilangan Bilik Air: 2

3. Pangsapuri Damai Utama

PANGSAPURI DAMAI UTAMA

  • Kawasan: Puchong
  • Kadar Sewa: RM 550 - RM 650
  • Keluasan: 650sqft
  • Bilangan Bilik Tidur: 3
  • Bilangan Bilik Air: 2

4. Pangsapuri Putra Prima

Pangsapuri Putra Prima

  • Kawasan: Puchong
  • Kadar Sewa: RM 600 - RM650
  • Keluasan: 7000sqft
  • Bilangan Bilik Tidur: 3
  • Bilangan Bilik Air: 2

5. Pangsapuri Idaman Abadi

Pangsapuri Idaman Abadi

  • Kawasan: Klang
  • Kadar Sewa: RM 1000
  • Keluasan: 1022sqft
  • Bilangan Bilik Tidur: 3
  • Bilangan Bilik Air: 2

6. Pangsapuri Aronia

Pangsapuri Aronia

  • Kawasan: Klang
  • Kadar Sewa: RM 900
  • Keluasan: 900sqft
  • Bilangan Bilik Tidur: 3
  • Bilangan Bilik Air: 2

7. Rumah Bandar Selindung Daun

Rumah Bandar Selindung Daun

  • Kawasan: Ulu Yam
  • Kadar Sewa: RM 600 - RM 700
  • Keluasan: 788sqft
  • Bilangan Bilik Tidur: 3
  • Bilangan Bilik Air: 2

Cara Mohon Smart Sewa Selangor 2024:

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh menghantar permohonan untuk skim sewaan ini melalui satu cara di bawah:

1. Muat turun borang permohonan Skim Smart Sewa selangor di link http://phssb.com/borang/

2. Isi borang dengan dan sertakan dokumen sokongan yang diperlukan.

3. Scan dan email borang permohonan serta dokumen ke smartsewa@phssb.com.

4. ATAU Lengkapkan segala butiran yang diminta dalam borang permohonan tersebut dan hantarkan borang beserta dokumen lengkap ke alamat berikut:

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Buat pengetahuan anda, setiap pemohon akan ditemuduga terlebih dahulu dan tarikh temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon selepas borang dan dokumen lengkap diterima.

Dokumen Sokongan Skim Smart Sewa Selangor

Berikut dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan Smart Sewa Selangor iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/surat pendaftaran perkahwinan/surat cerai
  • Salinan sijil kelahiran (MyKad/MyKid) anak
  • Salinan MyKad/MyKid tanggungan (selain anak)
  • Penyata Gaji 3 bulan terkini
  • Salinan KWSP
  • Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
  • Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
  • Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
  • Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
  • Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
  • Salinan Daftar Undi

7 Sebab Kelayakan Untuk Skim Smart Selangor Terbatal

Terdapat beberapa sebab yang boleh membatalkan kelayakan anda sekiranya anda telah diterima masuk sebagai Skim Smart Sewa Selangor, antaranya:

  • Gagal untuk menjelaskan sewaan bulanan sebelum atau pada 7 haribulan setiap bulan;
  • Mempunyai tunggakan sewa bulanan (melebihi satu bulan) dan/ atau tunggakan bayaran utiliti;
  • Adalah seorang yang diisytiharkan bankrap/muflis;
  • Dibabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah oleh mahkamah;
  • Penyewa atau suami/isteri, dalam tempoh Perjanjian ini, mempunyai rumah kediaman atau tanah yang diperoleh secara beli, pesaka, pajak, hadiah atau lain-lain cara yang terletak di dalam lingkungan 50km daripada unit sewaan ini atau
  • Melepaskan posesi Premis tersebut atau sebahagian daripadanya kepada oaring lain atau mengambil orang-orang tumpangan;
  • Melakukan perbuatan tidak bermoral, salahlaku dan melakukan pelanggaran lain-lainsyarat atau terma seperti yang terkandung di dalam perjanjian sewa.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Smart Sewa Selangor ini, sila rujuk saluran berikut:

Laman Web Rasmi : http://phssb.com/
Facebook : Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd – PHSSB
Telefon : 03-5102 9612 / 011 1302 0487 / 019-440 6828 / 017-416 3990 / 013-225 3365 / 018-986 9544 / 017-938 7537

Berdasarkan rekod Perumahan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. bilangan bekas penyewa Skim Smart Sewa yang telah berjaya membeli rumah sendiri adalah sebanyak 82 orang penyewa iaitu kira-kira 41% daripada 202 orang penyewa yang telah menamatkan penyewaan atas sebab memiliki rumah sendiri.

Selamat mecuba!

Artikel Lain:

Share :

.

Related Article

Thinking about your mortgage?

Use our loan calculator

See what you can afford

Article Highlights

Skim Smart Sewa Selangor

penduduk selangor

cara mohon

.

Latest Guides

Properties You May Like

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

Malaysia’s fastest growing and expanding property portal for users and real estate agents alike. With PropertyGenie, discovering your ideal property - be it for buying, renting or investing in residential or commercial spaces across Malaysia.

+603 5622 0022

Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!

Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.

We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!