FOODS & TRAVELS
Written by Fazrina Fezili
Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam di mana umat Islam mengambil kesempatan untuk muhasabah diri, banyakkan beribadah, dan mengeratkan hubungan silaturahim. Selain daripada itu, ada satu lagi tradisi yang paling dinantikan semasa Ramadan, semestinya berkunjung ke Bazar Ramadhan yang meriah dan menarik dengan juadah istimewa di setiap bandar. Bukan saja, ia menjadi tarikan buat kaum melayu tetapi menjadi tarikan utama buat bangsa lain juga. Dengan pelbagai penduduknya, Kuala Lumpur dan Selangor menjadi tempat di mana beberapa Bazar Ramadhan yang paling menarik di Malaysia diadakan!
Bazar Ramadan ini kebiasaannya bermula ketika matahari terbenam, dan setiap bazar Ramadhan akan berniaga dari hidangan Melayu tradisional hinggalah ke masakan antarabangsa. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk kunjungi Bazar Ramadhan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang terbaik pada tahun 2024 ini bersama yang tersayang.
Dalam artikel ini, kami akan senaraikan 11 Bazar Ramadhan 2024 yang wajib anda singgah di KL dan Selangor pada bulan Ramadhan!
Di Bazar Ramadan TTDI, anda boleh menikmati pelbagai hidangan seperti nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, dan nasi padang. Bazar Ramadhan ini terkenal di KL kerana makanannya yang sedap dan harga yang berpatutan.
Tak mahu bersesak macam tin sardin, lebih baik datang awal! Bukan apa, kawasan sekitar TTDI penuh dengan kawasan perumahan, memang confirm akan ramai dan sesak.
Location: Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sambil-sambil tengok makanan tu, cuba tengok juga pelbagai projek perumahan yang terdapat di sini seperti Pinggir TTDI dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
(Photo from LiveLifeLah)
Bukit Bintang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Kuala Lumpur, terkenal dengan pusat-pusat membeli-belah mewahnya dan pelbagai pilihan hiburan. Bazar Ramadhan ini terkenal dengan hidangan lazatnya dan merupakan tempat yang sangat digemari oleh ramai orang.
Antara hidangan yang wajib anda cuba adalah, daging kambing yang dipanggang dengan arang dan roti john yang mengancam, sandwich yang di olah dengan roti gaya baguette beriisi daging dan sayur-sayuran., dua hidangan wajib dicuba di gerai-gerai tersebut.
Aroma kambing bakarnya pula sangat menggiurkan sehingga boleh dihidu penduduk berdekatan seperti penghuni di Orion Residence, Pavillion Ceylon Hill dan 18 Madge Onsen Suite.
Manalah tahu tekak tiba-tiba nak makan masakan Thai atau Arab ke, boleh lah pergi ke Sup Tom Yam di Alor Food Corner dan Nasi Briyani Ayam Saffron yang boleh tahan sedapnya!
Location: Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Bangsar terkenal dengan kedai seperti bar dan kafe-kafe bergaya. Namun tibanya Ramadhan, kawasan ini menjadi Bazar Ramadhan yang meriah, malah menawarkan pelbagai makanan western yang trendy dan hidangan tradisional Melayu.
Buat, peminat makanan panggang wajib singgah Bazar Ramadhan Bangsar. Hidangan ayam bakar, sotong bakar dan ikan bakar di Bazaar Ramadan Bangsar sangat popularnya. Tak lupa juga, dessert seperti putu piring, wajib untuk anda cuba buat juadah berbuka puasa.
Antara projek perumahan yang terdapat di sini seperti Luxury Residence dan Tempinis, Bangsar
Location: Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bazar Ramadhan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) memang menjadi ikonik dan menjadi tarikan utama di Kuala Lumpur, terutama semasa bulan Ramadhan. Lokasinya yang strategik di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, dikelilingi oleh pejabat-pejabat dan pusat perniagaan, menjadikannya mudah diakses oleh orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut.
Pelbagai pilihan makanan yang disajikan di bazar ramadhan ini memang memikat selera, mulai dari hidangan tradisional seperti nasi kerabu, nasi lauk, dan sata, sehingga ke kuih-muih tempatan yang lezat dan manis. Keberagaman hidangan yang ditawarkan memastikan setiap pengunjung dapat menemui sesuatu yang mereka kehendaki.
Walaupun meletakkan kenderaan mungkin agak sukar kerana kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat letak kereta, penggunaan pengangkutan awam seperti STAR LRT adalah disyorkan. Antara perumahan yang terdekat adalah The Colony By Infinitum, The Ruma Residences KLCC, Bistari Condominium dan Villa Putra Condominium
Location: Lorong Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Photo from Agenda Daily)
Kampung Baru memang menjadi destinasi yang sangat popular, terutama semasa bulan Ramadhan kerana pelbagai hidangan tradisional yang disediakan di sana. Kedai-kedai makan yang terkenal dengan hidangan seperti bihun Singapura dan murtabak pasti menarik ramai pengunjung.
Selain itu, bubur lambuk Kampung Baru juga menjadi kegemaran ramai, dengan citarasa yang khas dan unik. Ia telah menjadi warisan yang diwarisi dari generasi ke generasi, dan terus menjadi tarikan utama bagi mereka yang mengunjungi Kampung Baru, tidak kira sama ada semasa bulan Ramadhan atau tidak. Tak lupa juga, antara projek hartanah menarik yang ada di sini ialah Idaman Residence KLCC dan Plaza RAH Condominium.
Location: 124, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bazar Ramadhan yang terletak di Lorong Selangor, Taman Melawati memang menjadi tarikan utama di Kuala Lumpur, terutama semasa musim perayaan dan bulan Ramadhan. Pelbagai hidangan yang dijual di sana seperti popiah basah, roti john, ayam claypot, dan tepung pelita pasti memikat selera pengunjung.
Selain daripada bazar ramadhan, kawasan Lembah Klang juga terkenal dengan pelbagai projek hartanah terbaik. Contohnya, Residensi Permata, Hampton kemensah, Park One Residensi dan Verge 32 Melawati adalah beberapa projek yang menonjol di kawasan tersebut. Dengan kawasan padat penduduk yang dinamik, pelbagai kemudahan dan infrastruktur telah dibangunkan, menjadikannya destinasi yang menarik untuk tinggal atau melabur.
Location: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Di Bangi, bazar ramadhan memang menjadi tarikan utama bagi penduduk tempatan dan juga pengunjung dari luar kawasan. Bandar Baru Bangi adalah antara lokasi yang paling popular untuk menikmati hidangan tradisional semasa bulan Ramadan.
Pelbagai hidangan yang ditawarkan di bazar ramadhan ini termasuklah nasi kerabu, ayam golek, dan popia basah yang menjadi kegemaran ramai. Keunikan dan keaslian hidangan-hidangan ini menjadikan pengalaman berbuka puasa di Bangi sangat memuaskan.
Bangi juga dikenali dengan pelbagai projek hartanah menarik yang boleh menjadi pilihan untuk pelaburan hartanah atau tempat tinggal. Contohnya termasuk Single Storey, double storey terrace house dan bungalow Bangi Golf Resort yang menawarkan kemudahan dan keselesaan yang memenuhi keperluan pelbagai golongan.
Location: PTD 68518, Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Stadium Shah Alam memang menjadi landmark yang sangat terkenal, tidak hanya di kalangan penduduk tempatan Shah Alam, tetapi juga bagi penduduk luar kawasan tersebut. Bazar Ramadhan di sini juga terkenal dengan pelbagai hidangan yang menggiurkan seperti nasi kukus dan pau ayam panggang yang menjadi kegemaran ramai. Tahun lepas menjadi tumpuan adalah kerana Nasi Arab Chef Ammar yang menjadi fenomena apabila ramai yang sanggup beratur dari pukul 12 semata untuk merasa nasi arab Chef Amar.
Selain sebagai pusat perniagaan dan hiburan, Shah Alam juga dikenali sebagai bandar pendidikan yang penting dengan kehadiran pelbagai institusi pendidikan ternama seperti UiTM Shah Alam, UNISEL, dan MSU. Kehadiran institusi pendidikan ini turut menyumbang kepada kehidupan bandar yang meriah, terutama semasa musim akademik di mana aktiviti kebudayaan dan sosial sering berlangsung.
Bukan itu saja, kawasan sekitar Stadium Shah Alam juga menawarkan pelbagai hartanah yang menarik seperti Double Storey Superlink, Semi-D & Bungalow Mix Development, Bungalow Villa dan Nordic & Swedish Design Seksyen 3 yang menarik minat pelabur dan pembeli hartanah yang mencari tempat tinggal yang berkualiti. Oleh itu, tidak hairanlah jika Stadium Shah Alam dan kawasan sekitarnya menjadi destinasi yang diminati oleh ramai orang.
Location: Stadium Shah Alam, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Bazar Ramadhan di 17/1A Petaling Jaya memang menjadi destinasi yang sesuai bagi mereka yang mencari hidangan tradisional Pantai Timur seperti yang terdapat di Kelantan, Terengganu, atau Pahang. Pelbagai jenis juadah makanan disediakan di sini, memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati kepelbagaian hidangan tradisional yang lazat.
Antara hidangan yang popular di bazar ini termasuklah satar ikan, roti tempayan, kuih tepung pelita, akok, nasi kerabu, nasi dagang, gulai patin tempoyak, laksam lemak, dan laksa siam. Keunikan dan keaslian setiap hidangan ini menjadikan pengalaman berbuka puasa di bazaar ini sangat memuaskan, membawa kenangan akan rasa-rasa kampung halaman. Bukan itu saja, petaling jaya juga mempunyai pelbagai hartanah yang menarik seperti Single Storey Terrace Corner, Ara Hill Condominium , Seri Pilmoor Ara Damansara dan Grand Damansara.
Location: Jalan 17/1a, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor
Bazar Ramadhan di Putrajaya memang menjadi tumpuan pengunjung, terutama kerana lokasinya yang berdekatan dengan Dataran Putrajaya, memudahkan mereka untuk membeli makanan di Bazar Ramadhan dan menikmatinya di Dataran Putrajaya.
Pelbagai makanan popular ditawarkan di bazar ini, termasuklah Mee Tonggek, Putu Mayam Putrajaya, Ayam Champion, dan pelbagai hidangan dan juadah lainnya. Keunikan dan kepelbagaian hidangan ini memastikan setiap pengunjung dapat menikmati hidangan yang mereka gemari. Tak lupa juga, putrajaya kini mempunyai projek hartanah yang menarik seperti Residensi Putrajaya dan Puteri Palma Condominium.
Location: 12, Persiaran Perdana, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Bazar Ramadhan USJ 4 di Subang Jaya memang menjadi destinasi yang tepat bagi mereka yang merindui masakan ala-ala masakan ibu di rumah. Setiap peniaga di sini menawarkan pelbagai pilihan lauk pauk yang membangkitkan kenangan akan masakan tradisional di rumah.
Antara hidangan yang selalu diminati di Bazar Ramadhan ini adalah ikan bakar air asam dan nasi kerabu. Ikan bakar air asam yang dipenuhi dengan rasa pedas dan masam yang menyegarkan pasti memuaskan selera pengunjung. Sementara itu, nasi kerabu yang berwarna-warni dengan pelbagai ulam dan rempah khasnya turut menjadi pilihan utama yang disukai oleh banyak orang. Antara perumahan yang terdekat adalah Cornerlot Double Storey USJ 3, Lake View Luxury Condominium dan Cornerlot 1.5 Storey USJ 3.
Location: Jalan USJ 4/5, Usj 4, 47600 Subang Jaya, Selangor
Selamat berpuasa dan aemoga Ramadhan 2024 ni diberkati dan amalan kita diterima Tuhan!
Artikel lain:
Share :
Article Highlights
bazar ramadhan
bazar ramadhan 2024
bazar ramadhan ttdi
bazar ramadhan putrajaya
ramadhan 2024
Top Searched Property For Sale
Top Searched Property For Rent
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent
Whether it's property for sale or houses for rent, explore an extensive selection of listings with detailed, interactive maps and high-quality images at Property Genie. From residential homes to commercial spaces, our platform is tailored to meet your needs!
Owning your next property is a significant milestone, and we're committed to providing you with all the necessary tools and insights. Browse through our comprehensive agent directory to connect with a property agent in Malaysia, and our developer directory will also provide an in-depth look at Malaysia's leading property developers - giving you a clearer understanding of the market landscape.
We offer a diverse range of real estate opportunities, from residential to commercial in our list of projects. Added on with our insider guides, we’re here to further guide you in your property journey and to deliver expert advice, market trends, and property insights. Start your property search with Property Genie today!
Top Searched Property For Sale
Properties For Sale in Kuala Lumpur
Properties For Sale in Petaling Jaya
Properties For Sale in Johor Bahru
Properties For Sale in Seremban
Top Searched Property For Rent
Properties For Rent in Kuala Lumpur
Properties For Rent in Petaling Jaya
Properties For Rent in Johor Bahru
Properties For Rent in Seremban
Malaysia Property For Sale
Malaysia Property For Rent